Pages

Thursday, April 30, 2015

Nasi ayam

Ni la menu yang sempat saya sediakan....2 dalam 1....sarapan cum lunch. Ini antara menu mudah yg lengkap....ada sup, sayur, sambal, nasi dan lauk....

Untuk sup saya guna kaki dan bahagian tengkuk ayam sebab stok lebihan masak ayam 7 spices untuk tahlil aritu banyak. Anak yg kecil tu pun baru tanya bila lagi ummi nak masak kaki ayam....kakak2 pula suka bahagian tengkuk...

Resepi nasi ayam 

Untuk nasi

5 cawan beras (saya guna basmathi - sukatan air ikut jenis beras)
7 cawan air rebusan ayam
Garam secukup rasa
Beberapa titis pewarna kuning.

Tanak nasi macam biasa. Bila nasi dah kering titiskan beberapa titis pewarna kuning jika suka. Biarkan nasi masak sepenuhnya (jgn kacau nasi selepas dititiskan pewarna. Biarkan nasi selama lima minit selepas masak sebelum di kareh rata). Masukkan bahan tumis di bawah dan kareh rata.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 sb minyak masak
2 sb minyak sapi

Tumis hingga naik bau dan bawang perang.


Resepi nasi ayam
Untuk ayam

2 ekor ayam (atau bahagian pilihan) - potong ikut citarasa
1 sb sumac (rempah arab boleh beli dari kedai yg menjual makanan timur tengah - jika suka)
1 sb lada hitam (tumbuk/kisar)
1 sb serbuk halia
1 sb serbuk bawang putih
1 sb serbuk jintan putih
4 sb kicap
4 sb sos tiram
garam secukup rasa
4 sb gula/madu

Gaul rata dan perap seketika sebelum digoreng.


Resepi nasi ayam
untuk sambal

*5 biji cili kering (rebus atau rendam hingga lembut)
*5 ulas bawang merah 
*5 ulas bawang putih
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
6 sb kicap

Kisar * hingga lumat. Satukkan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga pekat dengan api kecil. 


Resepi nasi ayam
Untuk sup

Saya guna kaki dan tengkuk ayam (saya rebus guna periuk tekanan selama 10 minit) 
Tuangkan bahan tumis dan tabur daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 sb minyak masak

Tumis hingga naik bau dan bawang perang.

Pelengkap rasa

Daun sup dan daun bawang - 

Wednesday, April 29, 2015

Femesnya resepi akak yang satu ini....nasi kabsah

Gumbira kut jumpa pulak page yg akak follow guna resepi dan gambar dari blog nih yg akak post kat N3 dilink ini......kihkihkih...ker huhuhu....

Ramai pulok orang yang dok skodeng blog ni semata2 nak "pinjam" gambar dll tu.....baguih2......bagi tepukan untuk akak sbb terer mengalahkan chep bab masak memasak ni yer.....kuikuikui....merapu pulok malam ni....ker meroyan....hahaha...

La ni baru akak tahu, ada blog masakan dan page yg sharekan resepi yg bukan diorg cuba/buat sendiri.....tu yg kekadang bila dicuba tak menjadi....tengok gambar macam sempurna aja........kenapa agaknya begitu....

Monday, April 27, 2015

Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes

Anak dok tengok iklan kat tv yg  anak ngan mak buat kek cawan vanila tu.......macam biasa request le ummi dia buat... Ummi pun apa lagi...bila dah ada permintaan.... Resepi kali ni saya cilok dari blog Azie Kitchen.


Memang sedap...tambah pulak guna golden churn.....bau menteganya semerbak....buat dua bancuhan....separuh pelangikan dan selebihnya plain.... Siap bakar jer satu loyang terus hilang.


Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes
Bahan-bahan

3/4 cawan  butter (170gm) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan jadi 1 1/2 jer....itu pun manis jugak)
3 sk vanilla 
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder


Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 170C. 
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen vanilla sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Roti cheese naan


Akhirnya impian jadi nyata.....mengidam dah beberapa hari sejak pekena roti ni kat restoran modern mamak.... Nak pegi ke sana malas, tu yang sudahnya buat sendiri...lembut....maveles... boleh sumbat cheese banyak2...Puas hati hakuuuu.....roti ni saya makan camtu jer walau pun dah panaskan kari entah bila kat peti ais tu...

Roti naan cheese

Bahan-bahan ( 12-15 keping sederhana besar )

750 g tepung gandum
250 g tepung naik sendiri
250ml plain yogurt
11 g  yis + (1 cawan + 5 sb air suam) + 2 sdu besar gula
2 sudu butter 
sedikit garam

Cara-cara

Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam-suam kuku bersama 2 sudu besar gula Tunggu dalam 3-5 minit sehingga yis timbul.Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan.... campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam dan mentega lembut dan digaul rata.

Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (jika adunan terlalu kering)Uli sehingga agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)-akak jadikan sebiji doh yang besar dan perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.

Canai leper dan bakar atas kuali (seeloknya kuali tak melekat-non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan.


Yg ni tak sempat mengembung dah terbalikkan sebab lupa ngejas api....

Saya buat nipis......
Sedap wooo.....tutup jugak restoran mamak lepas nih.....jom pakat2 masak sendiri yer...

Wisconsin Cheese Soup recipe

Dah berhari2 sejak jumpa resepi sup keju winconsin kat commonsensehome.com ni teringin nak makan...tapi sebab bahan2 tak cukup tertangguh juga beberapa lama.

Buatnya senang jer....rasanya pulak saya suker...saya suker....sup ni sesuai di makan dengan french bread atau isi dalam bread bowl......makan dengan pasta pun sedap....

Resepi roti perancis ni boleh klik kat link ini. Untuk bread bowl boleh juga juga resepi yang sama.


Wisconsin Cheese Soup recipe

INGREDIENTS
5 tablespoons butter
2 carrots, chopped
2 stalks celery, chopped
1 green bell pepper, chopped
1 onion, chopped
5 button mushrooms, chopped
1/2 cup chopped ham (saya guna freshly chopped chicken breast)
1/2 cup all-purpose flour
2 tablespoons cornstarch (look forGMO free
4 cups chicken broth – homemade chicken broth is great if you have it (saya letak air biasa jer - takde stok air rebusan ayam)
4 cups milk
1/2 teaspoon paprika
1/4 teaspoon ground cayenne pepper
1/2 teaspoon ground mustard
2 cups shredded sharp Cheddar cheese (saya guna brand bega.....kat msia ni susah nak cari light, medium, strong cheddar nih - sepesen jer)
salt to taste
ground black pepper to taste


DIRECTIONS

1. In a large heavy bottomed kettle, melt butter or margarine. Add carrots, celery, onion, green pepper, mushrooms, and ham; cook over medium heat until vegetables are crisp tender, about 10 minutes, stirring occasionally. Do not brown.
2. Stir in flour and cornstarch; cook, stirring constantly, about 3 minutes. Add broth and cook, stirring, until quite thick. Add milk, paprika, cayenne, and mustard.
3. Stir in cheese gradually, stirring until cheese is melted. To avoid curdling, do not allow soup to boil after cheese is added. Season to taste with salt and pepper. Serve piping hot.


Sunday, April 26, 2015

Quick calzone

Malam ni buat calzone lagi....rasa macam tak puas makan yg buat aritu....inti pun banyak lagi....



Saya buat 2 bancuhan...dapat 6 ketul calzone yang besar gedabak....makan satu kenyang seminggu....hehehe.

Saya punya takde la quick sangat....saya buat doh sendiri. Kali ni saya guna doh pizza resepi food.com. Dohnya lembik sikit...kena guna tepung masa nak canai....tapi jadinya ok jer....kali ni saya buat kulit nipis....tak macam aritu...tebal....inti pulak selambak....tambah cheese dan cendawan butang segar.

Inti calzone ni boleh dipelbagaikan macam resepi dari anitalianinmykitchen.com nih. Kalau rajin google mcm2 isi ble letak....ada juga yang panggil calzone ni stuff pizza....apa2 nama pun ok....janji rasanya enak...


Yang ni saya sapu dengan air + garam untuk dapat kulit yg keras/rangup pastu tabur italian herbs....


Ingredients
1 ready made pizza dough (store bought or bakery)
½ cup (60 grams) of pancetta (cubed)
½ pepper sliced
5 mushrooms sliced
½ cup (200 grams) diced tomatoes (in a can, make sure just tomatoes)
½ teaspoon (2½ grams) basil
½ teaspoon (2½ grams) oregano
¼ teaspoon (1½ grams) salt
2 teaspoon (10 grams) olive oil
½ cup (120 grams) mozzarella (firm mozzarella, not fresh)

Instructions

Pre heat oven to 450°- 480° (250° celcius)In a small bowl combine, diced canned tomatoes, basil, oregano, salt and olive oil mix together.

On a medium size pizza pan, drizzle a little olive oil (approximately 1 teaspoon (5 grams)) place pizza dough on top, add in the following order, tomato mixture (spread evenly on ½ the pizza dough), pancetta, peppers, mushrooms and mozzarella, then pull the other half of the pizza dough to cover the mixture filled side and crimp the edges so that none of the filling escapes, drizzle with olive oil (approximately 1 teaspoon).

Bake for approximately 15 minutes till golden, let sit 5 minutes before cutting. Buon appetito! 

By Mommy Makes from food.com

Ingredient

1 cup lukewarm water
2 tablespoons sugar
1 teaspoon salt
1 tablespoon butter
1⁄4 teaspoon garlic powder
1⁄4 teaspoon onion powder
1⁄2 teaspoon italian seasoning
2 1⁄2 cups bread flour, sub whole wheat flour as desired
2 1⁄2 teaspoons bread machine yeast
cornmeal, for sprinkling

DIRECTIONS

Place all ingredients except cornmeal into your bread machine according to your manufacturer's directions. For my bread machine it is in the order listed above.Once dough cycle has finished, turn dough out onto a floured surface.

Preheat oven to 400°F and roll or stretch dough out into a 12 inch round (medium crust) or several small rounds or a large rectangle. Place pizza on a greased cookie sheet.

Sprinkle cornmeal over top of dough.
Bake pizza for 10 minutes at 400ºF. Remove from oven and cover with toppings. Reduce oven temp to 350ºF and bake 10 minutes or until cheese is bubbly and browned.


Saturday, April 25, 2015

Roti gebu

Resepi ni bersumberkan Isma Maisarah cuma saya tukar susu tepung dengan santan  serbuk. Roti memang gebu dan lembut tanpa guna pelembut roti tapi menggunakan water roux. Tepung pun guna tepung gandum jer...


Roti ni satu saya buat plain dan separuh lagi letak sosej. Macam biasa roti sosej terlajak laris.....belum sempat sejuk lebih separuh dah habis...

Roti ni nyaris2 hangus sebab salah setting suhu....dok ingat set 180 celcius.....sekali intai tengok roti dah gelap....rupanya terset suhu lebih 200....huhuhu....nasib baik juga terfikir nak mengintai...

Roti gebu 

Bahan:

500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar serbuk santan
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air
2 sudu besar mentega/shortening

Kelapa kering utk hiasan
Telur untuk sapu

Cara:
Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.


French Bread / roti perancis

Resepi ni saya cnp dari http://commonsensehome.com. Caranya mudah sangat dan bahannya pun tak banyak 5 benda jer.. .

Kalau nak buat bread bowls pun sesuai juga guna resepi ni..... Rupa paras french loaf saya ni tak semenggah sikit....tak guna papan pencanai bagai....main tarik2 dengan tangan jer nak buat bentuk panjang tu....tapi tak kisah la kan....janji makan sedap ajer....



French Bread Recipe 

INGREDIENTS
Loaves:
1 1/4 cup warm water
1 TBSP sugar
1 tablespoon bread machine yeast (I prefer SAF-INSTANT yeast
1 tsp sea salt (Frontier sea salt is a personal favorite)
3 1/2 cups bread flour

Glaze:
2 TBSP water
1/2 tsp salt

DIRECTIONS
To make the dough, you can either use the dough cycle on your bread machine, mix in a heavy stand mixer with dough hook or Bosch Kitchen Machine, or mix by hand.  Dissolve sugar, yeast and salt in warm water.  Add flour cup by cup, mixing after each addition, until a firm dough is formed (or let the dough cycle do its thing).  Let rise about 20 minutes, punch down, allow to rise until doubled in size.
When dough has doubled in size, divide it into four portions and shape it into oblongs.  Place on baking sheets that are well greased or lined with reusable parchment paper.  Let rise until doubled again. Make the salt water glaze by mixing the salt and water together in a small bowl.  This will give your bread a crispy crust.  

Use a pastry brush to brush the rounds with the salt water glaze. Bake at 400F for around 15 minutes, until lightly browned.  

Sweet apricot lamb ribs

Lama order rib kat kedai borong daging tu....berbulan dah....ingatkan dah tak dapat tapi rupanya bendanya dah lama ada si harun tak ingat nama nak cari kat hp tak jumpa....kebetulan jumpa si harun kat pasar baru la tahu bendanya dah lama ada kat kedai....
Lamb ni saya hidang dengan fresh salad dan fresh french loaf....kiranya western habis la lunch kitorang arini....
Sweet apricot lamb ribs
Ingredients
1.5kg Lamb ribs
1/3 Cup (90ml) Nando’s PERi-PERi Sauce
3 Tbsp Olive oil
6 Tbsp Apricot jam (kali ni saya ganti dengan madu)
6 Tbsp Water
Coarse sea salt and black pepper to rub
Cooking Instructions
Preheat oven to 180˚C. Use a sharp knife to make a few nicks across the fat side of the meat. Rub salt and pepper over the fat and in-between nicks. Heat olive oil in a large griddle pan, place meat fat side down, and brown for 3 minutes on each side. 
Remove from heat and transfer to an oven proof dish or baking tray. Mix apricot jam, water and Nando’s PERi-PERi Sauce and pour over ribs. Place the ribs in the pre-heated oven and roast for 45 minutes to 1hr, 15 minutes. 
Baste ribs frequently with the sauce in the bottom of the dish. Serve with baked potato wedges and a side salad.
- See more at: http://www.nandos.co.uk/sauces-and-recipes/recipe/1026#sthash.UxzKub4x.dpuf

Friday, April 24, 2015

Calzone ala turki

Ermmmmmm sedapnya roti ni.... komen dari ustaz yang ajar anak2 mengaji.... boleh jual ni kak.... hehehe....yer la ustaz....sume benda nak suruh akak jual yer....

TQ la mat gebu....share resepi ni...anak2 pun suka dan hubby cakap rasa dia macam yang dia pernah makan masa kat uk....ada peniaga timur tengah yang bagi roti ni secara percuma masa bulan puasa. 

Patutnya calzone ni rupanya macam karipap.  saya punya doh terlembik sikit sbb terletak lebih mentega dan air. Tu yang tak boleh nak kelim. Kehkehkeh....



Calzone ala turki

BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH (KULIT) :- 

Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

KAEDAH BM :- Masukkan semua bahan untuk doh ikut turutan BM kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam BM, pilih setting untuk doh  asas.



BAHAN INTI AYAM :-)

1 cawan isi ayam yang dicencang halus
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

UNTUK INTI AYAM :-

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.

UNTUK CALZONE ALA TURKI :-

Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Letak 1/4 bahagian inti ayam, lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. 

Kemudian kelim seperti membuat karipap. Buat hingga siap. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu. (Saya tabur italian herbs). 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..


Saya buat dua adunan....dapat 8 ketul.....5 ketul habis tak sempat sejuk....tinggal 3 jer untuk sarapan.

Thursday, April 23, 2015

Kari tenggiri daun kesum

Buat lagi kari daun kesum sebab family cam suka jer dengan masakan ni....kali ni saya guna ikan tenggiri, dan tambah pulak bunga kantan.....atas alasan bunga kantan tengah murah....seringgit jer sebatang...kalau sebelum ni harganya pernah mencecah rm5 sebatang.....mahal giler....dok tanam kat surau tak hidup pulak....kalau tidak time harga tinggi kena pasang grill supaya tak hilang.....hehehe...

Kari kali ni saya tak letak santan....ganti dengan susu segar jer.....mood malas blend kelapa parut pagi2.....huhuhu...rasa ok jer....tak banyak beza dengan guna santan pun...

Kari tenggiri daun kesum

Bahan2

500 gm ikan tenggiri
secekak daun kesum
Saya tambah sekuntum bunga kantan kali ni sebab bunga kantan tengah musim....hehehe
1 ½ cawan santan pekat
2 ½ cawan air (atau gunakan 4 cawan santan sederhana pekat)
1 sudu besar asam jawa ~ larutkan dlm ½ cawan air di atas ambil jus
3 sudu besar rempah kari ikan ~ campur sikit air jadikan pes
beberapa terung (ikut suka nak letak sayur apa)
minyak untuk menumis
Garam

Bahan kisar

1 cm halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2~3 biji cili kering (rendam air panas) /1 sudu besar cili kering kisar

Bahan tumis

1 sudu kecil halba campur
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1 cm halia dimayang

Kepada yang tak kenal Halba campur, saya share kat sini gambarnya.... ehsan dari blog resepisedap-nennie...

Halba ni boleh beli dari supermarket atau kedai2 runcit terutamanya yg diusahakan oleh peniaga berbangsa India/mamak.....murah jer.....lain brand peratusan campuran bahan2nya agak berbeza dari pemerhatian saya...tapi tak melarikan rasa secara dominan pun.....



Cara menyediakan

1. Ikan tongkol dibersihkan & rendam dengan air asam jawa selama 15 - 20 minit. Cuci bersih & tos.

2. Dalam periuk panaskan minyak masak lalu tumiskan halba campur hingga wangi. Terus masukkan bahan2 tumisan yg lain. Bila bawang2 dah agak layu, masukkan bahan2 kisar. Tumis lagi hingga wangi & terbit minyak. Masukkan pes kari & kacau rata.

3. Bila bahan dah cukup masak/terbit minyak.. masukkan santan & air. Biarkan ia mendidih sambil sentiasa dikacau. Masukkan ikan, air asam jawa, garam & perasa. Masak dengan pi sederhana hingga nampak pecah minyak sambil sentiasa dikacau. (kacau pelan2).  Masukkan daun kesum & kacang bendi. Bila bendi nampak lembut & kuah secukup rasa bolehlah padamkan api & dihidang.


Tuesday, April 21, 2015

Semperit Coklat

Malam ni selain buat muffin buat gak biskut semperit coklat sebab mentega dah ada dalam mangkuk adunan sejak sabtu aritu lagi.... Tak terbuat2.... Malam ni gagahkan jugak sebab risau nanti mentega tu rosak pulak...sayangkan....membazir pulak nanti...

Akhirnya jadi jugak biskut yang disukai anak2 saya nih...

Semperit coklat

Zulfaza love cooking

Bahan-bahan

Bahan A 
200gm mentega 
100gm gula ising 
1 biji kuning telur 
1 sk coklat emulco

Bahan B 
250gm tepung gandum 
50gm tepung jagung 
30gm tepung kastard 
1 sb serbuk koko

Hiasan : strawberry chips 

Cara-cara 

Pukul bahan A hingga berkrim. (kalau nak buat dua warna jgn masukkan emulco dulu)
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. (Kalau nak buat dua warna jgn masukkan serbuk koko dahulu, bila dah uli, asingkan sedikit doh dan baru campur koko dan emulco dalam doh yg banyak) Rehatkan selama 1 jam. 


Guna nozzle dahlia pecah 6 dan 10 untuk corak seperti di gambar dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. hias dengan chips strawberry.

Panaskan oven dan bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau hingga masak.

MOIST BANANA MUFFIN / Muffin Pisang Lembab Gilerrr

Rezeki pisang emas setandan. Dah puas makan tapi masih tak habis. Jadi saya buat la muffin yang lembut dan lembab nih....sedappppp sangat... Nampak macam keras jer tapi sebenarnya lembuttttt sangattttt... Makan yang baru keluar oven best....kerak dia rangup2 lagi tapi dalam dia lembut gilerrrrr.....



Resepinya saya dapat dari blog treatntrick dari link ini.

MOIST BANANA MUFFIN (muffin pisang lembab)
Yield   8 muffin

1  1/2  cup plain flour (1 1/2 cawan yepung gandum)
1 tsp baking powder(1 sk baking powder)
1/2 tsp baking soda (1/2 sk baking soda)
4 medium banana mashed (4 biji pisang sederhana - lecek - saya agak2 dlm 1/2 cawan pisang lecek)
1/2- 3/4 cup caster sugar (  1/2 cawan gula)
1/2 cup oil or melted butter (1/2 cawan minyak atau mentega cair)
1 tsp vanilla essence (1 sk esen vanila)
1 medium  egg (1 biji telur gred B)

METHOD

Preheat oven @ 175  C and grease your muffin pan or line with paper baking cups.
Panaskan oven suhu 175 °C.

With a whisk, combine flour, baking powder and baking soda in a bowl.
Whisk tepung, baking powder dan soda agar bersatu.

In a separate bowl,  beat together  oil,  egg, sugar, vanilla  and mashed banana.
Dalam mangkuk lain, pukul minyak, telur, gula dan pisang hingga sebati - saya guna whisk jer.

Pour banana mixture into dry ingredients, stir until  just combined.
Satukan adunan basah ke dalam adunan tepung dan kaup balik hingga sebati sahaja. Jangan pukul kerana ia akan menyebabkan muffin keras dan kering.

Spoon mixture into muffin pan, bake for 15-20  minutes or until a skewer inserted comes out clean.
Sudukan adunan ke dalam papercup dan susun di atas loyang dan bakar selama 15 - 20 minit atau hingga masak.

Cool in pan for 5 minutes before transferring onto  wire rack to cool.
Biarkan dalam loyang selama 5 minit sebelum dipindahlan ke atas rak untuk disejukkan sepenuhnya.