Pages

Tuesday, March 10, 2015

ROTI FOCACCIA

Besok pagi nak keluar cepat sebab ada kerja di luar daerah. Jadinya balik kerja tadi terus jer menyiapkan bahan untuk sarapan esok pagi... kurang skit kelam kabut memasak utk sarapan dan lauk tengahari.

Resepi roti ni saya cnp dari blog lydia honey cumanya saya tak ikut 100%. Cadangannya nak dihidangkan dengan chicken shawarma.

ROTI FOCACCIA

Bahan-bahanya:-
250g tepung roti 
50g tepung gandum 
1cmt yeast 
1cmb gula 
Secubit garam 
170g Air suam 
2cmb minyak zaitun 

(Bahan bawah ni saya tak letak kecuali parsely dan rosemary yg saya uli sekali dlm doh)
*bawang besar-cincang halus 
*bawang putih-hiris nipis 
*Oregano 
*Daun Parsely-cincang halus 
*Buah zaitun-cincang halus  
Chicken luncheon-hiris nipis/lebar 
Minyak zaitun -untuk sapu diatas roti 
Chicken Luncheon-hiris nipis & lebar 
Minyak zaitun 

Cara-cara 

1.Campurkan yeast dan gula ke dalam air suam, biarkan berbuih.

2.Campurkan kedua-dua tepung(tepung gandum je pon tak pe..saya guna tepung roti sbb kehabisan stok tepung gandum..) ke dalam mangkuk adunan, masukkan garam dan gaul rata. Masukkn campuran yeast yang berbuih tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Kalu tak cukup lembut tambah air suam. 

3.Masukkan 2cmb minyak zaitun dan uli untuk beberapa minit dan ketepikan.
Adunan ni tak perlu di uli lama, sekadar sebati & sekeliling mangkuk adunan tu clean dah cukup.. Pas tu biasa la tutup doh tu dengan dengan tuala lembab, biarkan ianya naik 2x ganda. (Saya masukkan doh tu ke dalam oven je supaya cepat naik sebab kesuntukan masa..INGAT!!!!..oven yg tak on apinya..)

4.Ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bebola kecil mengikut saiz yang anda sukai. Saya bahagikan kepada 6 bebola kerana nak buat 3 set Focachia..biarkan doh rehat untuk 10 minit lagi..

5.Canaikan doh memanjang lebih kurang 4inci lebar x 7inci panjang (tiap satu)..susunkan luncheon dan taburkan sedikit keju cheddar dan tutupakn dengan lapisan doh yang satu lagi. Klim/ tutup kemas tepinya supaya keju tak tersembur keluar, nanti comot lak baking tary.

6.Susun atas loyang yg dilengserkan dengan sedikit minyak zaitun. Ulang langkah 5 hingga habis dan biarkan doh rehat untuk 15 minit dan taburkan bawang besar, bawang putih, buah zaitun, daun parsely dan oregano keatas doh Focachia. 

7.Taburkan keju mozarella & keju Cheddar di atas bahan tabur tadi dan letakkan beberapa titik minyak zaitun di atasnya, biarkan 10 minit lagi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing hingga cheese dia ats tu keperangan.

8.Keluarkan dan hidangkan panas-panas. lagi sedap di hidangkan bersama cream chicken soup/ mushroom cream soup..Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment