Pages

Sunday, March 15, 2015

Honey garlic roasted chicken

Nak kata makan tengahari dah petang....nak kata minum petang macam berat sangat....nak kata makan malam baru pukul 4.....ermmmm....takpe la kata la apa2....janji sedap menawan...


Honey garlic roasted chicken

Bahan2

1 ekor ayam dara saiz S di potong butterfly
1 sk serbuk halia
1 sk serbuk bawang putih
1/2 sk serbuk paprika
1 sk rosemary
1 sk parsley
4 sb madu
1/2 sk garam
1/4 cawan sos nandos garlic peri-peri

Gaul semua bahan dan perap ayam selama sekurang2nya 4 jam. 

Bakar (grill) di dlm oven pada suhu 250 °C selama 30 minit (selepas 15 minit terbalikkan). Siram sos nandos semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment