Pages

Monday, March 9, 2015

Cucur taugeh

Hari jumaat lepas buat taugeh....asalnya utk masak mee goreng tapi bila dah sampai hari ahad, meenya tak dibuat2 juga, taugeh tu pun saya guna untuk buat cucur. Kebetulan ada tetamu datang....itulah yg dihidangkan...cicah kuah kari yang hubby masak hari sebelumnya.

Kucai saya ambil dari dalam pasu depan rumah jer....tanam sendiri selamat....


Resepi cucur taugeh

Taugeh (kuantiti ikut suka)

Secekak daun kucai

Tepung gandum

1 sk baking soda

Air dan garam secukupnya

Kisar halus :-

1/2 cawan udang kering (nak letak lebih pun boleh)

2 biji bawang besar

Cara2nya

Satukan bahan kisar, air (dalam secawan) kucai dan taugeh. Masukkan baking powder dan  tepung sedikit2 sambil kacau sehingga mendapat adunan yang sederhana pekat perisakan dengan garam. 

Tuang adunan (saya buat saiz besar dan potong2 sebelum dihidang). Goreng adunan hingga keperangan dengan minyak yang banyak. Angkat dan toskan. 


Ni la rupa taugeh yg saya buat/tanam sendiri.....takde la gemuk2 tapi lepas la untuk guna sendiri...

Yang bawah ni bila dah dibuang ekornya.....
anak2 sume kena kerah buang ekor taugeh

1 comment: