Pages

Wednesday, February 4, 2015

Roti Siang Dan Malam

Resipi ni saya ambil dari kelab roti yg di share oleh Mufidah Abdul Hadi Alyunusi.... Saya tak timbang doh ni jadi hasilnya tinggi rendah tak sama besar....heeee....kira ok la...nak makan sendiri...

Roti Siang Dan Malam

Adunan Biasa

Bahan2:

3 cawan tepung high protein (bleh guna tep gandum tp tepung high protein lebih baik)
2 sudu makan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
2 sudu makan butter/marjerin
1 cawan air suam 
2 sudu teh yis segera
Sedikit garam (1/2 - 1 sudu teh)
Sedikit vanilla jika suka

Satukan tepung bersama susu tepung, gula, garam dan gaul rata. Masukkan butter/marjerin dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengahnya dan masukkan air suam, vanilla dan yis. Gaul rata dan uli selama 10-15 minit. Tambahkan sedikit tepung atau air jika perlu semasa menguli. Buatkan bentuk bulat dan sapu sedikit minyak bahagian luarnya. Masukkan ke dalam bekas dan tutup. Ketepikan lebih kurang sejam atau sehingga doh naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya dan bentukkan bulat- bulat sebesar bola golf. 

Adunan Coklat
Bahan2:
2 2/3 cawan tepung high protein (bleh guna tep gandum tp tepung high protein lebih baik)
1/3 cawan serbuk koko
2 sudu makan susu tepung
1/3 cawan gula kastor (boleh kurangkan)
2 sudu makan butter/marjerin
1 cawan air suam 
2 sudu teh yis segera
Sedikit garam (1/2 - 1 sudu teh)
Sedikit vanilla jika suka

Satukan tepung bersama susu tepung, serbuk koko, gula, garam dan gaul rata. Masukkan butter/marjerin dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengahnya dan masukkan air suam, vanilla dan yis. Gaul rata dan uli selama 10-15 minit. Tambahkan sedikit tepung atau air jika perlu semasa menguli. Buatkan bentuk bulat dan sapu sedikit minyak bahagian luarnya. Masukkan ke dalam bekas dan tutup. Ketepikan lebih kurang sejam atau sehingga doh naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya dan bentukkan bulat sebesar bola golf.

Susun berselang seli dengan adunan coklat di dalam loyang. Ketepikan selama lebih kurang setengah jam atau hingga doh naik sekali ganda. 

Sementara itu panaskan oven pada suhu 180 djh. Jika suka boleh sapu atas roti dengan telur yg dipukul dengan sedikit air atau susu (egg wash) dan boleh ditabur bijan atau sebagainya di atas doh. Bakar hingga kuning keemasan (lebih kurang 15-20 minit jika buat seperti dalam gambar- bergantung pada saiz doh dan oven). Keluarkan dari loyang dan sementara roti masih panas sapukan permukaannya dengan marjerin/butter. Simpan roti yang dah sejuk dalam bekas kedap udara yer....

Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment