Pages

Tuesday, February 10, 2015

Roti burger charcoal

Burger mini charcoal untuk sarapan. Kalau buat besar2 nanti tak habis....buat dua biji sorang....satu untuk sarapan dan satu lagi untuk bekal...tak susah nak potong2....
Roti ni saya uli guna tangan jer....sebab BM tengah uli doh untuk roti inti kelapa....2 sekali jalan...


Buat la jugak saiz besar 3 ketul.....yg lain kecil dengan daging yg memang dibeli dalam saiz yang kecil juga......anak2 punya takde sayur....biasa la tukan......


Bahan2:
3 cawan tepung high protein (bleh guna tep gandum tp tepung high protein lebih baik)
2 sudu makan susu tepung
2 sb gula kastor
2 sudu makan butter/marjerin
1 cawan air suam
2 sudu teh yis segera
Sedikit garam (1/2 - 1 sudu teh)
1 biji telur gred c @ d
10 gm Charcoal powder

Satukan tepung bersama susu tepung, gula, garam, charcoal dan gaul rata. Masukkan butter/marjerin dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengahnya dan masukkan telur, air suam, vanilla dan yis. Gaul rata dan uli selama 10-15 minit. Tambahkan sedikit tepung atau air jika perlu semasa menguli. (Cara saya - Saya satukan semua bahan dan uli hingga doh tak melekat ditangan dan besen dan licin) - Kalau guna BM - ikut peraturan untuk basic doh)

Buatkan bentuk bulat dan sapu sedikit minyak bahagian luarnya. Masukkan ke dalam bekas dan tutup. Ketepikan lebih kurang sejam atau sehingga doh naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya dan bentukkan bulat- bulat. 
Susun dalam loyang. Biarkan naik seganda. Sapu putih telur campur susu segar dan tabur bijan. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit. (Panaskan oven selama 15 minit sebelum membakar)

No comments:

Post a Comment