Pages

Sunday, January 11, 2015

Kek coklat puding karamel

Lama dah nak cuba, akhirnya buat jugak sempena besday anak.....Kek yg sungguh menyerlah warnanya dan sedap rasanya.......saya hias kek ni dengan strawberry dan blueberry...kombinasi serasi untuk mengimbangkan rasa manis karamel...


Ada cerita ngeri disebalik kejadian kek yang cemerlang ini.....nak tau kesah ker.....hehehe...

sebenarnya karamel pertama yang saya hanguskan atas api, terhangit sudahnya sbb lepas pasangkan api besar....saya dok leka kuarkan pengukus....tau2 dah berasap satu dapur....nasib baik tak pasang smoke detecter....kalau tidak lencun la dapur saya...

jadi disebabkan loyang yang sesuai saiznya dah melekat gula hangit saya terpaksa guna loyang yg lebih kecil....bila dah tuang semua adunan puding...separuh loyang dah penuh....bahagian coklatnya terlebih sudah sebab takmuat loyang dah....jadi saya buat satu lagi adunan puding dan karamel utk menghabiskan adunan coklat...dapatla dua loyang kek yang mabeles nih...


Kek yg dihiasi dengan anggur hijau ni saya suruh hubby bawa ke surau.....

Resepi ni dari Khalijah Hussin yang dia share kat FB buku resepi yg saya edit caranya dan ubah suai sedikit bahannya.

Bahan karamel:

2 sudu besar gula dijadikan karamel (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt.)

Cara2nya

Taburkan pada dasar loyang dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)

Bahan Puding:

1 cawan susu pekat
1 cawan susu segar
3 biji telur
sedikit esen

Satukan semua bahan didlm mangkuk.  Pukul sebati dan tuangkan ke dlm loyang karamel. Kukus selama lebih kurang 20 minit.



Bahan kek:

Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu segar
1 cawan minyak

Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:

11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:

3 biji telur - dipukul dengan whisker hingga berbuih.

Cara-cara:

1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Adun sebati. Ketepikan.
2. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.

Selamat mencuba! :)


No comments:

Post a Comment