Pages

Wednesday, December 10, 2014

Aiskrim homemade icecream

Tak sabar anak2 nak suruh ummi balik....bukan sebab rindu kat ummi pun tapi sebab nak makan aiskrim yg ummi buat mlm tadi.... Nak bagi tambah menyelerakan aiskrim ni saya hidangkan dalam mangkuk yang diperbuat dari roti.

2 cawan susu segar/susu cair

5 sb susu pekat manis
1 biji telur
1 sb ovellete
1 sk esen vanila (@ perisa pilihan)
Pewarna pilihan
Lain2 bahan - choc rice, choc chip ikut citarasa

-------
Kisar semua bahan menggunakan blender atau mixer dalam 10 minit. Tuang dalam bekas dan simpan dalam freezer selama sekurang2nya 5 jam.


Dah ready aiskrim ni....anak2 tak sabar tunggu beku...asyik bukak tutup fridge jer kejanya sepanjang hari.



Mangkuk roti ni senang jer nak buat....cuma perlukan remekin, roti dan sedikit mentega untuk menggris (tak letak pun takpe)

Masukkan roti macam dlm gambar dan bakar pada suhu 250°C selama 10 - 15 minit.

No comments:

Post a Comment