Pages

Sunday, November 2, 2014

Nasi kabsa

Hari masak nasi kabsa ayam lagi.....tapi kali ni guna spring chicken....ayam dara.... Ayam ni lembut dan rebus tak boleh lama. Kali ni saya buat rosted kabsa...ayam saya rebus macam biasa selama setengah jam kemudian saya keluarkan dan susun atas baking tray....tabur skit seven spices dan garam dan bakar dalam oven selama 20 minit suhu 220 celcius. 

Kalau masak sekali dengan nasi saya risau ayamnya hancur.


Komen pelanggan....Alhamdulillah...
kalau tanya saya dah tak tau nak komen sebab kerap sangat makan....


Bahan-bahan:

2 ekor ayam dara potong 4
3 pot/cwn beras pusa/basmati~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 pot/cwn @ secukupnya air panas/kuah ayam/kambing
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

***********Untuk masak nasi*************

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

*****saya pula masak ayam dalam periuk lain. Beras yang direndam dan ditos, masukkan dalam periuk nasi elektrik.  Taburkan karot, capsicum, cili merah dan kismis. Masukkan ayam atau kambing. Sukatan air/kuah ayam dan masukkan dlm periuk beras. Kalau kuah ayam tu tak cukup saya tambah dengan air panas.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Homemade Rempah Kabsa

Bahan - bahan:

1 sudu makan bunga cengkih 
**1 sudu makan lada hitam 
**1 sudu makan jintan manis 
**1 sudu makan jintan putih 
**2 sudu makan biji ketumbar 
**1 sudu makan buah pelaga 
**1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) 
**1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak (sangan) bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sos:

1 biji tomato ~ hiris 
5 biji cili besar hijau (saya tambah cili padi) ~ hiris

1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus 

Garam 
Gula 
Perahan lemon.

Cara penyediaan:~

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


No comments:

Post a Comment