Pages

Sunday, November 9, 2014

Kek gula hangus yg bersarang semut

Buat kek ni lagi sebab suka pulak budak2 ni makan....aritu buat sikit jer....1/2 adunan jer. Kali ni buat 1 adunan....boleh la buat bekal esok terus...


Yg versi sebelum ni saya letak serbuk koko tapi kali ni tak....buat cam biasa jer. Cara bancuhnya pulak buat cara xpress....satukan tepung, susu, telur, esen, soda bikarbonat pastu pukul guna mixer  sampai sebati dalam 3 minit.....tuangkan gula hangus pastu pukul lagi sampai sebati dalam 2 minit...

Saya perap tak lama...2 jam sebab tak sabar nak ngap untuk minum petang.....dan hasilnya masih sempurna...pernah saya buat....siap bancuh terus bakar dan hasilnya pun ok jer...

Jom semak resepinya

♡♡♡Gula hangus ♡♡♡

2 cwn gula
2 cwn air 
4 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar hingga perang. Bila gula dah keperangan masukkan air (hati hati sebab gula akan meletop letop.) Kecilkan api dan cepat2 masukkan air sedikit2 sambil kacau gula hingga gula hancur sepenuhnya..... Lepas tu  tutup api dan masukkan mentega, kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

8 biji telur
1 cwn susu pekat (boleh kurangkan)
2 cwn tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-

Pukul telur sampai kembang & gebu.
Masukkan susu pekat - pukul hingga sebati.
Masukkan tepung, soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu.(saya tak ayak pun)
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi dan adun sebati.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160%C api bawah sahaja. Baki 11 minit terakhir tu pulak api atas & bawah.

atau

kukus dalam loyang yg ditutup foil selama 50-60 minit

No comments:

Post a Comment