Pages

Friday, November 7, 2014

KEK GULA HANGUS aka SARANG SEMUT 

Resepi2 sarang semut sekarang ni banyak di viralkan di dalam group dan blog2 masakan...kalau dilihat sukatan dan bahan pun lebih kurang sama sahaja.....

Cumanya kali ini saya tambahkan 2 sk serbuk koko untuk mendapatkan kesan warna yang lebih gelap tanpa menjejaskan rasa.....dan inilah hasilnya....


Gambar bawah ni saya guna flash...nampak cantik berkilat.....


Jom semak resepinya

♡♡♡Gula hangus ♡♡♡

1 cwn gula
1 cwn air panas
3 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah keperangan masukkan air panas (hati hati sebab dia akan meletop letop. Kecilkan api dan cepat2 masukkan air panas sedikit2 sambil kacau gula hingga gula hancur sepenuhnya..... Lepas tu  tutup spi dan masukkan mentega, kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan dan sejukkan sebentar.


4 bijik telor
3/4 cwn susu pekat (saya guna 1/2 cawan sahaja)
1 cwn tepung gandum
2 sk soda bikarbonat (saya kurangkan jadi 1 sudu dan gantikan dengan 1 sk baking powder)
1 sd kecil esen vanila
kali ni saya tambah 2 sk (penuh) serbuk koko

Cara2:-

Pukul telur sampai kembang & gebu.
Masukkan susu pekat - pukul hingga sebati.
Masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder yg diayak terlebih dahulu.(saya tak ayak pun)
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi dan adun sebati.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160%C api bawah sahaja. Baki 11 minit terakhir tu pulak api atas & bawah.

atau

kukus dalam loyang yg ditutup foil selama 50-60 minit


No comments:

Post a Comment