Pages

Wednesday, October 15, 2014

Karipap inti sardin

Petang tadi sempat gak siapkan 40 ketul karipap inti sardin untuk disejukbekukan....boleh la simpan untuk sarapan dan minum petang....

Karipap ni ikutkan sedap sangat kalau buat pesas2 sikit....cili padi dengan bawang holland tu kasi lebih....tapi disebabkan anak2 tak berapa suka bawang dan pedas, terpaksa la ejas ikut citarasa diorang jugakkan...

Gambar bawah ni karipap yang dah sedia untuk disejukbeku selepas saya goreng seketika...

Inti sardin

Bahan2nya

1 tin besar sardin/mackerel ditos sosnya dan dibuang tulangnya (tinggalkan sos dalam 1 sb jer)
2 biji bawang besar (kuning) dicincang
15 biji cili api dihiris halus (kalau nak lagi pedas ble tambah)
1 sk garam/secukup rasa

------------------------
Hancurkan ikan.
Gaul dengan bawang, cili dan garam hingga rata.
Dah boleh guna....

Doh

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak/butter yang dipanaskan
400 ml air sejuk/air ais
2 sk garam

Cara2

Masukkan tepung dalam bekas. 
Masukkan garam. 
Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar. 
Tuangkan minyak panas. Gaul rata - gunala senduk atau sudu, jangan guna tangan sebab panas. 
Masukkan air dan uli hingga sebati. 
Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

(Saya guna acuan karipap untuk mendapatkan bentuk dan saiz yg standard kemudian klem semula secara manual supaya tak pecah)

Untuk simpan frozen samada bakar sekejap kat dalam oven atau goreng sekejap, sejukkan dan simpan dalam freezer.


No comments:

Post a Comment