Pages

Thursday, August 7, 2014

Roti jala kuah durian

Tadaaaaa.....menu ni decide last minute....asalnya nak beli jer breakfast untuk anak2 sbb nak sediakan nasi kabsa untuk ofis  tapi disebabkan tak sampai hati...sibuk masak untuk orang untuk famili makan beli......tak patut....tak patut...

Roti jala 

1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar/santan/air/kombinasi
1 biji telur
1 sb minyak (optional)
Garam
Pewarna makanan

Kisar semua bahan kecuali pewarna makanan hingga sebati. Tuang dalam acuan roti jala.

Asingkan sedikit adunan, campur pewarna makanan dan sedikit tepung.  Kacau sebati. Tuang dalam acuan berasingan.

Griskan nonstick pan yg telah dipanaskan di atas api sederhana kecil.
Jalakan adunan. 

Angkat dan letakkan di atas tray atau pinggan untuk menggulung. Gulung roti.....

Kuah durian

3 cawan isi durian
3 cawan santan
1 helai daun pandan disimpul
gula dan garam secukup rasa

Satukan semua dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.


No comments:

Post a Comment