Pages

Sunday, August 10, 2014

Kek coklat kukus

Dah lama tak buat kek ni....sesekali terasa enak tak terhingga...

Bahan2

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur (Kalau saiz C saya guna 4 biji)

Cara : -

Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.

Tutupkan api dan biarkan ia suam.

Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.

Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.

Telur dipukul (tak perlu kembang sangat sekadar menggunakan whisker dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.

Tuang dalam acuan yang dialas dengan kertas minyak didasarnya dan balut loyang dengan aluminium foil.

Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache.


Saya guna ganache express.....

Masakkan 1/4 cawan susu cair dengan 250gm coklat compound....panas2 saya tuang kat kek.....

kalau nak cantik boleh guna resepi dibawah yer...resepi yg dishare di group masakan di fb...tq pada empunya resepi...

Topping tu ganache keras so bole le di lepa cam buttercream.. ni resepi chocolate ganache.. 

320gm whipping cream..
300gm dark coklat.. 

Cara2mya.. 

dounle boild whipping cream hingga panas.. setelah tutup api dan masukkan dark coklat kacau hingga semua cair.. pastu masukkan dalam petiais ada kacau rata setiap 10 minit sehingga coklat ganache bole di lepa..

No comments:

Post a Comment