Pages

Saturday, July 12, 2014

Rendang pucuk ubi

Menu untuk besok sebenarnya. Tapi pucuk ubi yang dibeli hari jumaat tu dah mula kering dan menguning.

Kalau korang nak tahu sedap ke tak rendang ni, cer baca petikan akhbar kat bawah nih....

"Masakan rendang yang popular di Malaysia dan Indonesia ini juga telah diiktiraf oleh sisipan pelancongan CNN Go pada tahun 2011 sebagai 50 masakan terlazat di dunia. Ia sering dihidangkan ketika perayaan dan sambutan acara tertentu." 
(Petikan Akhbar Kosmo)

RENDANG PUCUK UBI
by: kak Anim/izahdaut
Bahan-bahan
2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
santan dari 3 biji kelapa atau santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
Segenggam besar ikan bilis
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur

cara2

sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing.

No comments:

Post a Comment