Pages

Sunday, July 6, 2014

apam perlis @ kuih tangkup @ kuih seri bulan @ kuih lipat

Hari akhirnya lengkap bahan2 yang diperlukan untuk buat apam perlis ni. Dah dua tiga kali ke kedai asyik lupa jer nak beli eno.
Ada tiga resepi saya sertakan...yg satu tu guna baking powder dan baking soda. Dan ada satu resepi dlm bahasa inggeris...jom la buat. Senang jer dan sedap. Untuk batter saya guna resepi mamawandiha....cuma baking powder dan soda tu saya ganti dengan eno dua paket.

Kuih Seri Bulan/Kuih Tangkup/Kuih Apam Perlis/kuih lipat
source : Iza Akma SSK

Bahan Untuk Bater :
150 gm tepung gandum
250 gm air / jus pandan
1 peket kecil (4.3gm) Eno fruit salt
sedikit pewarna hijau 

Campurkan tepung dengan air/jus pandan. Kacau hingga menjadi adunan bater yang halus. Tambahkan pewarna hijau. Masukkan Eno (ketika ini adunan akan kelihatan berbuih), kacau sebati hingga buih-buih menghilang. Ketepikan untuk selama 15-25 minit.

Panaskan kuali leper dengan api yang perlahan. Ratakan sesenduk kecil adunan, layangkan atas pan agar adunan itu membulat. Bila saja permukaannya masak dan kelihatan gelembung-gelembung kecil, angkat. Ambil masa anggaran 2-3 minit...jangan masak terlalu lama dan tak perlu diterbalikkan. 

Selepas diangkat, terus letakkan pada acuan karipap dan masukkan inti durian. Jika perlu sapukan sedikit minyak pada gigi acuan agar mudah dikeluarkan.

INTI KASTAD DURIAN
120 gm susu sejat
130 gm susu segar
1 sudu besar (10gm) tepung kastad
1 sudu besar (10gm) tepung jagung
2 sudu besar gula pasir
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
150 gm isi durian
Larutkan tepung jagung, tepung kastad, susu sejat dan susu segar hingga rata.
Satukan dengan bahan-bahan lain di dalam periuk. Masak hingga inti menjadi kental. Sejukkan dahulu sebelum diisi ke dalam dadar apam tadi.

Sumber asal Mamawandiha
diubah suai oleh zulfaza

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan (saya ganti susu segar)
3/4 cwn gula
2 SB tepung kastard
2 SB tepung jagung
daun pandan
secubit garam
Pewarna jika suka

Cara-cara penyediaan inti:
Campur semua bahan kecuali daun pandan. Kacau guna whisk or sudu hingga sebati/rata...Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali.Kemudian, masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat. Biarkan sejuk sebelum diisikan pada kuih..

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
*1 sk baking powder
*1/2 sk soda bikarbonat
(Saya ganti * dengan 2 paket eno biru)
1 biji telur
sedikit pewarna kuning (kalau nak buat warna kuning la tapi kalau buat warna hijau boleh guna air pandan yer...wangi baunya nanti)

Cara-cara penyediaan kulit :

Campur kesemua bahan. Masukkan Eno (ketika ini adunan akan kelihatan berbuih), kacau sebati hingga buih-buih menghilang. Ketepikan untuk selama 15-25 minit. Kemudian masak seperti masak kuih dadar or pancake..(aina guna senduk kecil untuk sendukkan 1 keping kulit).. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. Guna fry pan..Better guna fry pan yang kecil untuk dapatkan bentuk yang sama besar.Setelah masak angkat dan letak di dalam pinggan.

Isikan dengan inti kastard yang telah dibuat tadi..Kemudian lipat dan tekan hujung kuih tersebut..


Sumber wendyinkk

Batter
150gm all purpose flour (9% protein)
250ml water (or pandan juice)
Small drop of yellow food colouring
1 tsp Eno fruit salt
1. Mix flour, water and colouring together until a smooth batter forms. Add in Eno, stir it (it will fizzle) and leave it for 15 minutes.
2. Heat a frying pan on medium low heat, put in 2 drops of oil and wipe around with tissue.
3. Put in 1 Chinese soup spoon of batter and fry until the surface is fully set.
4. Remove the pancake onto plate and fry another piece of pancake.
5. While waiting for each piece of pancake to cook, fill the pancakes with 1 heaped tsp of custard and fold into half. Gently press to seal the sides. (do this before it totally cools down)

Custard Filling (can be made in advance)

2 eggs
80gm sugar
Very small pinch of salt
20gm custard powder (use cornstarch if making pandan flavour)
100gm coconut milk
100gm water or pandan juice
*2 pandan leaves, torn (for yellow custard only)

1. In a small mixing bowl, beat eggs, salt and sugar until combined, put in cornstarch and mix until even. Add in coconut milk and stir to combine. Add in water and combine.
2. Pour the mixture into a heavy based saucepan. Put in pandan leaf.
3. Cook on medium heat, stirring al the time until the custard cooks and turns very thick.
4. Let it cool down before filling the pancakes.

No comments:

Post a Comment