Pages

Wednesday, June 4, 2014

Puding buah peach

Puding untuk buka puasa....

Puding saya ni tadi masa masak lupa nak tutup api selepas masukkan susu sebab dok leka mengacau sambal hitam kat dapur sebelah.....bila dah membuak baru perasan....tu la kejadiannya camni...susunya dah terasing skit dari agar2 tu....jadi mcm berketul2 susunya dan nampak tak warna jernih kat puding ni....nasib baik cepat2 tutup....kalu tidak lagi parah kejadiaannya...

Macam mahkota permaisuri pun ada....

PUDING BUAH Peach
Sumber resepi Chef Hanieliza

10 gm serbuk agar2 (1 peket)
4 cwn air
1 cwn gula
1 tin susu cair
2 tin buah peach- dipotong dadu (saya guna 1 tin besar)

Masukkan serbuk agar2, gula dan air ke dalam periuk dan masakan sehingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan susu cair dan potongan buah peach. Kacau rata.
Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.

Hidangkan bersama lebihan buah peach. (Takde lebih peachnya....semua saya dah masukkan dlm puding)

No comments:

Post a Comment