Pages

Monday, June 9, 2014

Lemon and dill chicken

Arini tak ke office sbb anak2 takde yg menjaga. Jadi tengahari kena la memasak. Sementelah ada stok fresh dill yang diambil dari rumah mak sedara kat taiping tu baik gunakan cepat. Ayam yang dibeli boneless kat pack dia, bila bukak rupanya kedai tu lupa nak deboned. Lemon pun banyak. Kiranya semua bahan ada. Malam tadi dah marinate ayam ngan lada hitam dan garam, jadinya kerja pagi ni lebih mudah.

Saya tak goreng ayam tu garing/coklat sangat...saya masak dalam magic pan....senang nak balik2kan dan ayamnya masak elok jer...

Saya try juga ambil keratan batang untuk tanam kat dpn rumah tu....ada rezeki nanti sentiasa la ada stok fresh dill.
Saya kongsi skit khasiat dill. Nak tahu lanjut baca kat http://kasihilmar.com/tag/khasiat-dill/

Dill adalah tumbuhan yang unik kerana daun dan benihnya sering digunakan sebagai bahan perisa. Daun dill memberikan rasa lembut dan manis pada makanan. Manakala benihnya pula mempunyai rasa sedikit pahit, manis dan aromatik. Ia mengandungi mineral kalsium, mangan, besi dan flavonoid yang terkenal dengan antioksidan, anti radang dan antivirus.

Dill dapat meningkatkan amaun air kencing dan dengan itu membantu menyingkirkan unsur-unsur toksik dalam badan. Ia juga boleh merangsang selera makan, membantu mengawal metabolisme, penghadaman, melegakan cirit birit, senak, loya, kekejangan otot, dan gangguan haid. Ia juga sedatif untuk usus bengkak terutama pada kanak-kanak.


resepinya saya terjemahkan kat sini yer....

resepi ayam sos lemon dan dill
zulfaza love cooking @ zulfadreamland.blogspot.com

4 keping dada ayam yang dibuang tulang dan kulit.
Garam dan lada hitam kisar
---
Gaulkan.

3 sb minyak zaitun
1 /4 cawan bawang cincang 
3 ulas bawang putih cincang
1 cawan air rebusan ayam
2 st tepung gandum
2 sb dill segar yang dihiris

1 sb perahan lemon

-------
Panaskan 1 1/2 sb minyak zaitun. Masukkan ayam dan masak hingga keperangan di kedua2 belah.

Keluarkan ayam, masukkan dalam bekas dan tutup dengan foil.

Tambah 1 1/2 sb minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan tepung, air rebusan (air rebusan ni dah ada sedikit garam dan ayam pun dah ada garam, jadi tak perlu tambah garam) , 1 sb dill dan lemon. Kacau hingga sos pekat. Masukkan ayam dalam pinggan hidangan dan tuang sos. Taburkan lebihan dill, (garam dan lada hitam jika suka.)
Dan hidangkan.

Source :mobile.eatingwell.com

INGREDIENTS

4 boneless, skinless chicken breasts, (1-1 1/4 pounds)
Salt & freshly ground pepper, to taste
3 teaspoons extra-virgin olive oil, or canola oil, divided
1/4 cup finely chopped onion
3 cloves garlic, minced
1 cup reduced-sodium chicken broth
2 teaspoons flour
2 tablespoons chopped fresh dill, divided
1 tablespoon lemon juice

PREPARATION
Season chicken breasts on both sides with salt and pepper. Heat 1 1/2 teaspoons oil in a large heavy skillet over medium-high heat. Add the chicken and sear until well browned on both sides, about 3 minutes per side. Transfer chicken to a plate and tent with foil.Reduce heat to medium. Add the remaining 1 1/2 teaspoons oil to the pan. Add onion and garlic and cook, stirring, for 1 minute. Whisk broth, flour, 1 tablespoon dill and lemon juice in a measuring cup and add to pan. Cook, whisking, until slightly thickened, about 3 minutes.Return the chicken and any accumulated juices to the pan; reduce heat to low and simmer until the chicken is cooked through, about 4 minutes. Transfer the chicken to a warmed platter. Season sauce with salt and pepper and spoon over the chicken. Garnish with the remaining 1 tablespoon chopped fresh dill.

No comments:

Post a Comment