Pages

Tuesday, June 24, 2014

Kek pisang pelangi susu

Terasa nak makan kek pisang tapi nak makan kek yg berkaler2. Ni la kesudahan kejadiaannya. Saya bahagikan adunan kepada 5 bahagian. Satu tu plain, capucino, merah, hijau dan kuning....

Saya buat dua bancuhan sbb ada 9 biji pisang berangan yang dah terlebih masak. Ada tinggal skit lagi lebihan adunan plain tu saya tambah horlick.....maka jadilah kek pisang horlick sedap....

Disebalik kemeriahan kejadian kek pisang ni ada cerita sedih disebaliknya....huhuhu....nak tau ker...

Masa bako kek pelangi tu....tetiba blackout....huhuhu....kek tu baru sepuluh minit kut bako......lama wo letrik takde....sampai sejuk jugak la oven ku itu....nak buat camna....doa je la kek tak bantat...

Kek yg satu lagi tu bako pakai magic pan sudahnya. First time guna magic pan bako kek. Tak pandai nal ejas api ngan masa....sudahnya kek hangus sikit kat bawah......huheha....nasib la ko pisang.

Adaptasi KEK PISANG MARBLE SUSU
Cnp dari azlita masam manis
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai

No comments:

Post a Comment