Pages

Saturday, June 14, 2014

Cendawan goreng rangup

Makan dengan nasi pun ok....makan cenggitu cicah sos pun boleh jer...

Ada dua cara untuk menggoreng...guna tepung yang tak dibancuh atau guna tepung yg dibancuh mcm tepung goreng pisang tu....

Bahan2

250 gm cendawan cuci bersih dan tos jer tak perlu perah.

*3 sb tepung gandum
*1 sb tepung jagung
*1 sk rempah kari
*Sedikit serbuk lada sulah
*Garam secukupnya

Gaul semua bahan *. Gaulkan cendawan dengan tepung. Goreng hingga garing.

Atau  ~~~~

Sumber resepi puanbee
Bahan-bahan :

Haruslah ada cendawan dalam 250g – (cuci dan perahkan/lap kering cendawan tu)
1 cawan tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 cawan air sejuk (dalam peti ais tu)
1 sudu besar mentega
Sedikit lada sulah
1 sk serbuk kari daging (saya tambah)
Garam secukupnya


Kisar bahan di atas , panaskan minyak , cukup-cukup untuk goreng cendawan dan tenggelam kan cendawan tu , celup cendawan dalam adunan tepung yang telah dikisar dan goreng sampai kekuning-kuningan. Angkat dan toskan ..boleh lah makan dengan sos atau mayonis.

No comments:

Post a Comment