Pages

Sunday, May 18, 2014

Biskut milo rangup


Ini pun cookies yg dibuat untuk mu cikgu...asalnya memang dah malas nak buat 5api disebabkan coklat tu tak cukup akhirnya digagahkan juga buat satu bancuhan...


 Anak2 dok beriya nak buat cookies bentuk mickey....jadi layan ajer la.....


Sumber EDITORIAL RASA
Waktu memasak: 35 minit

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung gandum
120gm tepung jagung
250gm mentega
120gm gula aising
60gm serbuk Milo
60gm badam kisar
2 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila

BAHAN HIASAN:
1 biji kuning telur
Badam cincang secukupnya
Coklat masakan secukupnya | dicairkan dengan kaedah ‘double boil’

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan dipukul rata.
3. Seterusnya masukkan esen vanila, serbuk Milo dan badam kisar. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
4. Setelah itu masukkan pula tepung jagung dan diadun rata. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan digaul sehingga menjadi doh dan sebati. Doh telah sedia sekiranya ia tidak melekat di jari.
5. Canai doh pada ketebalan 2cm dan terap menggunakan acuan kegemaran. Sapukan kuning telur di permukaan doh dan taburkan badam cincang.
6. Akhir sekali, bakar selama 35 hingga 45 minit pada suhu 180°C. Apabila biskut telah masak, sejukkan seketika dan hiaskan dengan coklat masakan mengikut cita rasa.

(Saya bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 170°C. - bergantung ketebalan dan saiz bisk

No comments:

Post a Comment