Pages

Friday, April 18, 2014

Nasi kunyit versi 2 dan ayam masak bali


Menu permintaan anak yang baru baik demam. Seleranya bukan main sementelah dah dua minggu tak berapa nak makan. Dia minta ummi masak nasi kuning tapi nak lauk ayam. 

Malam tadi saya dah sediakan bahan2 perap dan perap ayam supaya hasilnya lebih sedap. Pagi ni saya dah mendahului jam loceng. Pukul 4.45 dah terjaga. Terus jer bangun dan ke dapur sebab memikirkan ayam tu nanti ambil masa nak di masak. 



Puas hati tengok anak2 makan. Pagi2 pun dah makan bertambah2. Kekafang kalau menu tu tak kena dengan selera diorang mula la makan terkuis2...hilang demam ummi sekejap. 

Kali ni saya guna resepi yang sedikit berbeza....lebih simple tanpa rempah tumis.

Nasi kunyit versi tawau
Sumber: http://hidayatimohamed.blogspot.com/2011/01/resepi-nasi-kuning.html?m=1

Bahan untuk nasi
4 pot beras - dicuci bersih dan di tos
1 biji kelapa parut
8 ulas kunyit hidup (saya guna seketul jer ibu kunyit dalam 2 inci)
2 helai daun pandan
sedikit garam

Cara penyediaan

Masukkan kelapa parut, kunyit hidup dan air ke dalam blender. Kisar sampai kunyit menjadi halus. Tapis dan perah santan bercampur kunyit tadi. Buat agak2 dalam 5 cawan air. Anda akan dapat lebih kurang 5 cawan santan berwarna kuning. Selepas itu, masukkan santan kuning tadi ke dalam periuk nasi yang berisi beras. Simpulkan daun pandan dan letak dalam periuk nasi tadi. Masukkan garam dan gaul rata. Tanak nasi itu seperti biasa.

Semakin menyerlah warna kuningnya bila guna flash.....macam pulut kuning pun ada.

Sekarang nasi dah ditanak....jom masak lauk dia pulak......

Ayam masak bali ni ada iras2 rendang hitam pulau pinang. Sedap juga ayam ni...anak2 suka...masakan yang ada rasa manis2 sikit.

Resepi 2 ayam masak bali
Sumber asal resepi Dapur Malaysia.
Olahan : zulfaza love cooking

Bahan-bahan 

1 ekor ayam
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
10 tangkai cili kering - rebus
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
1/2 cawan minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara

Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kicap pekat. 
Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi. 
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi.
Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

No comments:

Post a Comment