Pages

Wednesday, April 9, 2014

Kek oreo untuk besday

KEK OREO ni saya buat untuk hantar ke sekolah tadika sempena birthday anak. Beriya2 dia pesan nak sambut birthday ngan kawan sekolah. Birthdaynya harini tapi sekolah bg sambut hari jumaat jer.

Jenuh gak fikir nak buatkan kek apa. Mula2 dok ingat nak buat kek funfetti tu jer. Sekali gitu jumpa kek sempoi ni masa dok google2 kat tenet tu. Cam menarik untuk budak2.

Untuk hiasan, saya guna strawberry filling, tak guna coklat. Dan cream utk topping tu saya hantikan golden syrup dgn madu dan susu tepung....bab2 ejas resepi orang ni pandai ajer....huhuhu.

Resepi Asal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis

Bahan2
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus (saya beli yg dah siap kisar kat bakery 100gm)

Caranya
Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.


Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray. 
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit atau sehingga masak.

Saya buat dlm loyang dan bakinya letak dlm papercup.







BUTTERCREAM

Bahan2
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Caranya
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.

CARA MENDECO KEK
Bahan2
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)

Caranya
Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.

Saya sapu krim pastu sapu strawberry filling

Pastu lapiskan ngan kek satu lagi, pastu sapu krim keliling....hias skit dengan strawberry filling kat keliling pastu tabur m&m dan letak oreo....jadila rupe nih....

HIASAN COKLAT

Bahan2
Coklat compound secukupnya

Caranya

Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. 

Sejukkan kek sebelum dipotong.
Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.

No comments:

Post a Comment