Pages

Thursday, March 20, 2014

Pasta in creamy mushroom sauce


Ini la menu sarapan pagi khamis. Punya la bersemangat nak masak menu ni sampai sanggup pegi tesco cari mushroom dan capsicum. Nasib baik ada lagi dua pack button mushroom kat tesco nih....kalu tidak kena la tukar menu.

Pasta in Creamy Mushroom Sauce 
Sumber :aziejaya

1 pek spaghetti - rebus ikut aturan di bungkusan dan tos (saya guna linguine)
1 dada ayam - hiris nipis (saya guna udang)
1 pek white button mushroom - hiris nipis (saya guna 2 pack)
5 ulas bawang putih - cincang
1 red capsicum - potong kecil - (saya guna green sbb murah banyak....hehehe 😃😃)
3/4 cawan heavy cream 
Serbuk lada hitam
Garam
2 sb butter


Cara cara:
Rebus spaghetti mengikut aturan di bungkusan. Angkat dan toskan. 

Panaskan kuali, masukkan butter sehingga cair. Masukkan hirisan dada ayam dan biarkan masak. Masukkan mushroom dan bawang putih. Kacau rata
Tuangkan heavy cream, capsicum, serbuk lada hitam dan garam.
Akhir sekali, masukkan spaghetti yang telah ditos. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
Masa menghidang, bolehlah ditabur dengan parutan parmesan cheese. (Tak tabur cheese pun sbb dah kelam-kabut tak sempat)

No comments:

Post a Comment