Pages

Sunday, February 2, 2014

Nuget ayam

Resepi nuget ayam dari blog dayang jack ni saya ubah suai sedikit ikut citarasa dan hasilnya tak mengecewakan.

Berapa hari dah anak2 minta buatkan nuget ni...tadi pegi cari dada ayam takde stok pulak kat kedai az zain tu....nak tak nak beli la whole chicken....takpe nanti tulang temulang tu boleh buat sup utk nasi ayam hainan.....

Suka betul anak2 dapat makan nuget yg ummi diorg buat sendiri. Tak habis puji.....hilang penat buat benda ni. Belum habis makan dah mintak buatkan lagi untuk bekal pegi sekolah.


Bahan-bahan :

500 g isi ayam (dibersihkan dgn air asam jawa dan dicincang kasar) - saya blend halus tanpa air
1/2 sk serbuk lada hitam / lada sulah
1 biji bawang holland dicincang halus atau kisar dgn sedikit air
(boleh juga dipelbagaikan dengan menambah daun sup/daun ketumbar/hirisan karot/fresh sweet corn)
garam secukup rasa
2 biji telur (dipukul sedikit)
6 sudu besar tepung gandum
serbuk roti secukupnya (breadcrumb)

Cara-cara :

Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam / lada sulah, serbuk pati ayam, bawang, 3 sb tepung dan garam hingga sebati.Bentuk2kan isi ayam tadi mengikut kesukaan masing-masing.

Nak bentuk menjadi jejari ayam pun boleh.Kemudian salutkan dengan tepung satu persatu.Celupkan ke dalam telur.Kemudian golek2kan dgn serbuk roti.

Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan sejukkan terlebih dahulu selama 30 minit ke dalam peti dingin beku.

Sediakan minyak utk deep frying. Apabila sudah panas, gorenglah nuget tadi hingga keemasan. Hidangkan bersama sos, mayonis atau ikut citarasa...


Ni pulak resepi dari blog sihat macam yaya...nugget ayam tempura....tak guna breadcrumb....kalau dapat guna tepung tempura lebih sedap....

Bahan-Bahan Isi Nugget Ayam Tempura

Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil)
Secubit garam
Secubit kecil serbuk lada hitam
Secubit kecil oregano kering (kalau ada)
2 biji bawang besar (potong kecil-kecil)
(boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka)


Bahan-bahan Kulit Nugget Ayam Tempura 
3 sudu tepung gandum (isikan dalam pinggan -boleh tambah secubit kecil garam jika suka)
1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)

Cara Buat Nugget Ayam Tempura

1. Campurkan kesemua bahan-bahan Isi Nugget Ayam Tempura ke dalam blender. Dan kisar hingga lumat dan sebati. (tanpa ditambah air). Blender biasa yang kita guna     kat rumah tu pun boleh tau.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng dengan api kecil
3. Kemudian pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk bersih.     Buatkan bentuk yang anda suka. (Agak melekat dan melekit sedikit). Saya suka     tambah dan gaulkan dengan jagung.
4. Golekkan ke dalam putih telur dan kemudian  golekkan pula ke dalam tepung     gandum.
5. Tukarkan api kecil kepada api sederhana besar. Gorengkan Nugget Ayam Tempura hingga ke kuning-kuningan.
7. Siap untuk di hidangkan kepada anak anda ^_^

Tips Sediakan Nugget Ayam Tempura Untuk Si Manja

Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah sangat kuat deria rasa lidah mereka. Oleh itu hanya sedikit sahaja herba yang digunakan sudah mencukupi dan mereka sudah dapat merasai rasa herba itu. 

No comments:

Post a Comment