Pages

Saturday, October 12, 2013

Kuih abuk-abuk sagu

Kali ni nak share resepi abuk2 yg saya buat untuk minum petang. Kuih ni feberet saya...

Bahan asas dua2 resepi ni sama jer. Saya gaulkan semua bahan termasuk gula putih dengan sagu yg dah diletakkan sedikit pewarna. Utk bungkus saya ikut cara resepi kedua....bau daun pisang tu yg mengancam...

Ni resepi abuk2 yg moden skit....sumber air tangan reen khan.

Bahan bahan 

1 cawan sagu biji yang berwarna merah jambu 1 cawan sagu biji yang berwarna hijau
sedikit garam
1/2 cawan gula
1 cawan kelapa parut putih

cara caranya

Bilas sagu dengan air bersih dan toskan Campurkan sagu biji dengan kelapa, gula dan garam. asingkan warna sagu merah dan sagu hijau Gaul rata.ambil acuan putri ayu. sapu minyak pada acuan.

masukkan sagu merah ke acuan puteri ayu separuh dari acuan kukus 3-4 minit. kemudian masukan pula sagu warna hijau ke atas sagu warna merah tadi.

tekan sagu tu menjadi manpat dan kukus lagi 5 minit atau sehingga sagu menjadi masak keluarkan dari acuan .simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi keras jika terdedah dengan udara.

Yang ini pulak yg traditional....sumber resepikuih blogspot.

Bahan­ bahan :

300 gram sagu biji
1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
Daun pisang (dipotong segi empat sama)
Garam secukup rasa
Lidi (kerat kecil) untuk sematan (saya guba stapler)
2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)

Cara :

1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong.    Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit.Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment