Pages

Thursday, October 10, 2013

Kek green carpet

Malam ni terjadila juga kek kukua green carpet yang resepinya saya cilok dari Yatiememories. Walaupun cuma letak pewarna hijau bulannya pandan paste or emulco sebab takde stok tapi kejadiaannya tetap sedap.

Ada lebihan adunan yang tak muat loyang tu saya try bakar. Agak kering sikit berbanding yang kukus tapi sedap juga. Saya hias sikit dengan whipping cream dan letak edible image boy3....kek ni kononnya kek besday anak sulung....walaupun girl sebab dia suka sgt kat boy3 tu ummi dia layannnnnn.....

Bahan-bahan : Loyang 7 inci (kek ni saiz kecil je)
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A
225 gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
3 sudu besar horlicks
1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara :

Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie.

Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2).

Gunakan kelajuan maksimum.Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.Masukkan susu pekat dan kacau lagi.

Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).

Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).

Kukuslah selama 1 jam 20 minit.(tutup loyang dngn aluminium foil yg di sapu sedikit butter). Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Sempoi jer dekonya.....ala kadar....ummi tak sempat...kelam kabut nak prepare nasi beriani pakistan.....
Baru lepas masak....tunggu sejuk...
Ni dia versi bakar lebihan adunan plain....agak kering sedikit tapi rasa ok jer...

No comments:

Post a Comment