Pages

Wednesday, October 30, 2013

Kek cokat lembab kukus/bakar

Harini buat kek coklat untuk tempahan dari anak buat....farewell kat opis dia. Kebetulan arini besday sebenar anak sulung. Jadi buat la sekali untuk dia.

Di bawah ni ada dua resepi yang lebih kurang sama dari dua sumber yang berbeza. Satu guna gm dan satu lagi sukat cawan. Sumber yang pertama ni saya lupa dari blog mana tapi anyway terima kasih di atas perkongsian.

Dua2 resepi ni boleh bakar atau kukus. Kalau kukus lebih moist tapi tak berapa tahan lama berbanding bakar...

Bahan2

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4    cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh  baking powder
1  sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1  sudu teh garam
2    biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2   sudu teh vanilla
1   cawan susu segar
1   cawan air panas

Panaskan oven pada suhu 170'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..

Campurkan gula + tepung +serbuk koko+baking powder+baking soda+garam didalam mangkuk.

Gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.

Tip dari rancangan Martha Bakes, kalau kalau kacau adunan kering menggunakan egg whisk nie tak perlu ayakkan tepung tu.... tapi terpulang.. :)dalam mixer pukul telur sehingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla.

Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit. masukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair, jangan takut.. ok jer tu.. tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan lidi atau cake tester samada masih melekat.. tolong yea.. oven kite semua lain2 kepanaskan nyer.. kene check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek nampak masak.. mesti check ^_^

Azlita masam manis

KEK COKLAT LEMBAB / Chocolate Moist Cake

Bahan A

300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan 

Bahan B

3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250 ml (1 cwn) susu cair
250 ml (1 cwn) minyak jagung
2 sb susu pekat manis 

Bahan D

250 ml (1 cwn) air panas

Satukan semua bahan B

Pukul hingga putih.
Masukkan bahan C.
Pukul hingga sebati
Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.

Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas.

Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula.

Tambahkan air panas dan gaul rata. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C

Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

Untuk hiasan, saya guna resepi ganache yang ini.

CHOCOLATE GANACHE: 

450g Coklat - potong kecil 
300g Cream

- Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
- Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek. 

TIPS DR ALONGROZ: 

1: Bagaimana cara nak sapu topping supaya licin.   Tuang ganache kat tengah2 kek sehingga merebak sendiri menyelaputi seluruh permukaan atas kek - tak payah guna sudip sebab nanti permukaan tak licin. 

Ganache yg di biarkan terlalu lama di suhu bilik akan membeku sedikit & ini akan menyulitkan proses menuang, jadi jangan tunggu2 ok.     

Untuk bahagian tepi, biar ganache beku sedikit & sapu bahagian tepi kek menggunakan bahagian belakang sudu. Selepas tu, boleh lah di garu menggunakan scraper untuk mendapatkan pattern spt dlm gambar di atas.  
Paipkan pettern rosette kecil untuk menutupi tepi keliling atas kek

Inila hasilnya....
48 pcs utk anak buah....
Ni utk bawa ke rumah transit anak esok.....
Ni untuk makan kat rumah...

No comments:

Post a Comment