Pages

Saturday, October 19, 2013

Kari kepala ikan dan sayur tumis ala mamak penang

Nama resepi tu saya yang bagi sebab menurut pemunya resepi Spicesjourney blogspot nih, ini memang resepi authentic orang penang dan lepas makan hasilnya mesti dah tak suka menu sama kat restoran mamak tu.....
Hubby balik dari pasar menemankan bff dia cari ikan, terus suruh masakkan kari 7 ketul kepala ikan yg dihadiahkan oleh bff dia..... Tu yg terus google resepi cari kari ikan mamak style.... Resepi ni agak lain dari biasa yg membuatkan saya terpanggil utk cuba dan hasilnya hingga menjilat jari.....
Kesian mamak, makin kurang pelanggan dia....tapi jangan risau la mamak, saya mesti pg sama lagi sebab belum pandai buat garlic n cheese naan yg sedap tuh....
BAHAN BAHAN :
1 kg ikan jenama pilihan...
50gm Rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan (saya ganti tairu/yogurt)
1 sudu besar Halba Campur (jintan putih + halba + biji sawi)
1 sudu besar Beras sangai ~~ ditumbuk halus
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa
Bendi dan tomato secukupnya
Air Secukupnya
Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih kepala ikan tersebut dan boleh juga dipotong mengikut pilihan memasing.
Sebaik baiknya ia dicuci dengan cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Ini boleh memotong hanyir ikan. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. 
Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari.
Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dengan dan cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Api kena kecik jer, bagi dia garing pelan pelan sampai bebetul garing. Kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita.
Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dengan baik. Pastu bila rempah dah garing, masukkan beras sangai yang dah ditumbuk halus tu dan kacau rata sebentar.Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing.
Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Nak lagi kick, ramas asam jawa bersama santan tu sekali. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa.
Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti.
Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah.
Perut dah lapar la ummi...bila kari ni nak masak....

Beras yang dah digoreng sedia untuk ditumbuk

Sejak adabi tukar resepi serbuk kari ikan dia, saya terus berpaling tadah kepada jenama nih...

segarnya bendi dan cili nih...

saya basuh dengan tepung dan asam jawa....


Resepi Sayur Kobis Goreng Ala Mamak 
sumber potretkasih blogspot

(saya ganti sayuran dengan orgamic  pea sprout dan brokoli)
1/4 biji kobis ( di potong kecil-kecil )
1 biji karot saiz kecil ( dipotong )
1 pokok daun bawang ( dipotong 1 inci )
4-6 ekor udang ( jika udang besar potong udang kecil sedikit )
4 ulas bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih (di hiris )
sedikit daun kari ( jika suka )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
saya tambah 1 sk biji sawi
Garam secukupnya.
Minyak untuk menumis secukupnya.
 
Cara penyediaan

1. Masukkan 2 sudu minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris tadi dan biji sawi.
2. Masukkan udang dan serbuk kunyit. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan kobis dan karot. Masak hingga agak lembut.
4. Masukkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa masinnya…..
5. Last sekali masukkan daun bawang dan daun kari. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Sedia untuk di hidangkan.
Nampak hijau dan menyelerakan....
Jom makan.....

No comments:

Post a Comment