Pages

Saturday, September 21, 2013

Simple cheesecake

Resepi ni di cnp dari My resepi. Terpikat sebab macam senang sangat nak buat ciskek ni....masuk jer sume bahan dalam blender dan blend sampai creamy. 

Bahan-bahan ( loyang bulat 18 cm )

250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula (gula ni kalu nak keknya manis sikit boleh tambah jadi 120 gm)

Saya tambah 1 sk parutan kulit lemon

Dan dasarnya saya kisar biskut digestive, gaul dengan mentega secukupnya dan tekan di dasar loyang sebelum tuang bancuhan. (Kalau nak boleh juga tambah gula skit)

Cara-cara

Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream

Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Tengah bakar....saya ni selalu sgt salah pilih ukuran loyang Disebabkan malas nak guna oven besar. Oven comel ni loyang besar tak lepas masuk pulak......nasib baik kek ni bukan jenis naik menggunung. Kalu tak confirm melimpah dari loyang tu...

Tuan punya resepi suruh tutup dengan foil lepas 30 minit tapi malas la nak tutup jadi warnanya agak keperangan skit...
Tapi takpe janji sedap....sejuk nanti kita touch up skit kasi lebih mengancam....dan menggemukkan...
Tak sabar betul nak tunggu sejuk untuk potong dan rasa kek ni......nak ajer ditiup2 bagi cepat sejuknya....

Bestnya strawberry tu kan.....Kombinasi yg sangat baik....strawberry + coklat + cheese.....sooooo yummy.

Rasa dia sedap....tak manis sangat....just nice utk org yg tak gemar manis2....next time boleh tambah blueberry plak.

No comments:

Post a Comment