Anak sulung dah lama menyebut nak makan ambuyat selepas menonton satu rancangan di tv. Mana pula nak cari.....mula ingat nal minta tolong member yang duk kat sabah tolong poskan. Sekali gitu ada jemputan bagi ceramah kat mukah sarawak, dapat la pegi pasar cari tepung sagu untuk buat ambuyat ni....
Satu yang saya belajar kalau di mukah dan mungkin juga tempat2 lain di sarawak pantang kalau asyik menyebut2 perkataan ambuyat atau panggilan tempatannya saya lupa....
Anak2 suka makan ambuyat ni tapi ayahnya tak teringin mencuba pun. Saya sendiri ini kali kedua menikmatinya.
Saya tak buat sayur pucuk paku tu.....masa kat mukah aritu banyak pucuk midin (pucuk paku) jual kat pasartapi sebab beg dah takde ruang jadinya terpaksa lupaksn niat nak bawa balik.....nasib baik dah dapat maksn kat sana.
Ambuyat (Masakan Suku Kaum Bisaya/Brunei)
Hidangan untuk 5 arang
Saya cnp dari nutriweb.org
Bahan A
1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air
Bahan B
600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin
*40 g (5 ulas) bawang merah
*10 g (2 ulas) bawang putih
*10 g (2 sm) kunyit hidup
*10 g (2 sm) halia
*3 g (5 biji) cili padi (saya tambah 2 biji cili merah)
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping (saya kurangkan)
9 g (1 sudu teh) garam
625 ml (2 cawan) air
Saya tambah terung asam.
Bahan C
500 g (60 pokok) pucuk paku (pucuk midin) dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan
Cara memasak
Bahan A
Cara membuat ambuyat:
Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).
Bahan B
Tumbuk kasar *. Ikan dibersih dan dipotong 5 keping. Masak di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. Rebus sehingga masak.
Bahan C
Panaskan minyak di kuali dan tumis semua bahan yang ditumis sehingga naik bau.
Masukkan sayur pucuk paku dan garam. Tambah 1/2 cawan air.
Masak hingga empuk.
Hiaskan dengan cili merah.
Nota:Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.
Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak di atas api sehingga sagu kelihatan jernih. Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas.
No comments:
Post a Comment