Pages

Wednesday, July 30, 2014

Nasi Bukhari dengan kambing cajun panggang serta salata arab

 Orang dah balik baru la sempat buat platting....lepas tu terus ngap sendiri....

Melayan selera raya sambil mencuba resepi chef ammar. Tapi saya ganti ayam dengan lamb dan tambah madu dan nektar kurma.

Untuk lamb

kambing/lamb shoulder
cajun spices secukupnya
lada hitam ditumbuk
serbuk kulit kayu manis
madu
nektar kurma

Gaul semua bahan diatas. Masukkan ke dalam loyang pembakar dan tutup dengan alluminium foil. Bakar di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 °C.

Nasi Bukhari Raja Segala Nasi.
Resipi Turun temurun Chef Ammar 

 Nasi Bukhari

Bahan-bahannya.

Beras basmati dicuci bersih 1kg
Kismis gunakan kismis yg besar 1 cawan
Lobak merah 100gm
Sayur campur 1 cawan
Bawang putih 10 biji
Kacang kuda yg telah direbus 1 cawan
Serbuk bunga cengkih 1 sudu teh
Serbuk kayu manis 2 sudu teh
Serbuk bunga lawang 1 sudu teh
Serbuk cili 1 sudu teh
Serbuk buah pelaga 1 sudu the
Minyak jagung 1 cawan
Daun ketumbar ½ cawan
Daun pudina ½ cawan
Tomato Paste 2 sudu besar

Cara-Cara membuatnya

1. Panaskan minyak kemudian masukkan rempah.
2. Masukkan bawang putih, goreng hingga kuning
3. Masukkan tomato paste dan kacau seketika
4. Masukan 1 cawan air
5. Masukan beras dan kacau hingga sebati semua,masukkan kacang kuda dan kacau hingga sebati
6. Masukkan semua sayuran dan kismis dan kacau hingga sebati
7. Kemudian masukkan air atau stok ayam (1.25 liter) (saya guna 1 beras: 1 1/2 air)
8. Masak dgn api yg kuat hingga air mendidih,kemudian perlahan, kemudian perlahankan api dan masak nasi selama 10 min atau sehingga nasi masak.
9. Masukan garam secukup rasa.
10. Hiaskan nasi dengan kacang badam, parsley segar yg dihiris halus serta daun pudina.

Salata Arab tomato bersama Tahini sos.

Bahan-bahannya

Tomato kecil 2 biji  - dadu
Timun jepun atau timun 2 sederhana besar - dadu
Daun Bawang ½ helai - hiris halus
Daun parsley ¼ cawan - hiris
Tahini sos (boleh didapati kedai arab) 100gm
Jus lemon 100ml (sekiranya pekat masam tambahkan air)
Garam dan lada secukup rasa

Cara-cara membuatnya.

1.Dadukan semua sayuran dan pastikan semuanya dalam saiz yg sama.

2. Hiris halus daun bawang dan daun parsley letakan ia didalam mangkuk.

3. Untuk membuat tahini sos, masukan tahini sos ke dalam mesin memproses masukkan jus lemon atau garam dan lada hitam, mesinkan ke semua bahan, tambahkan air sehingga semuanya sebati.

No comments:

Post a Comment