Pages

Sunday, August 4, 2013

Air katira

Resepi ni saya amik dari fb Air tangan cik siti. Teringin pulak nengok air ni bulan2 posakan. Nak mintak sikit jauh sangat langkau beberapa negeri....jadi kena la buat sendiri.

Bahan2:

Getah anggur - rendam sampai kembang
Kembang semangkuk - rendam sampai kembang
Biji selasih - rendam sampai kembang
Kismis
Kurma
Serbuk Badam - kalau beli, selalunya orang tak letak
Susu cair (boleh juga creamer sejat)
Gula secukupnya
Air

Cara2:

1) Rendam katira (getah anggur) semalaman. Tapi semalam saya cuma rendam beberapa jam dengan air panas yang banyak. Getah anggur akan kembang seperti dalam gambar.

2) Blend kismis, kurma dengan sedikit air sampai halus. Selepas tu, tuang ke dalam bekas.

3) Masukkan susu cair. Nak letak sedikit susu atau creamer manis pun boleh.

4) Masukkan juga gula, air secukupnya, katira dan kembang semangkuk.

5) Sejukkan sebelum diminum.

Nota: ada juga orang letak aiskrim soda.
Menurut sumber resipi, kalau tak letak badam, boleh tambah aiskrim soda tu..

No comments:

Post a Comment