ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
Friday, August 30, 2013
KFC ORIGINAL SECRET FRIED CHICKEN RECIPE
KFC ORIGINAL SECRET CHICKEN RECIPE
12 Herbs and spices.
Share this one so you don't lose it, you won't see it again!
...
Ingredients
1 whole chicken, cut into pieces
3 beaten eggs
4 tablespoons oil
For the coating
2 cups flour
4 teaspoons paprika
1 teaspoons salt
1 teaspoon pepper
1 teaspoon poultry seasoning (or chicken stock powder)
1 teaspoon oregano
1 teaspoon tarragon
1 teaspoon parsley
1/2 teaspoon thyme
1 teaspoon chives
1/2 teaspoon garlic powder
1/2 teaspoon onion powder
1/2 teaspoon celery salt
Directions:
Sift flour and add together all the coating ingredients and grind finely with a mortar and pestle and place in a clean plastic bag. Coat each chicken piece first with the beaten egg, then with the flour mixture in the bag. Make sure you coat each piece completely with the flour.
Heat the oil in a skillet. Brown the chicken in oil slowly, uncovered. Once browned, cover the skillet and keeping frying on a very gentle heat until the chicken is fully cooked. Place on paper towels to drain out the excess oil.
Tomyam Asli Thai
Resepi ni saya dapat daripada my resepi dan saya tambah petua yang diperolehi daripada seorang sahabat. Malam tadi sempat buat paste dia jer...ingat malam ni baru nak masak tomyamnya....
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
- ***PERENCAH TOMYAM***
- 5 ulas bawang merah
- 2 biji cili merah
- 5 biji cili kering
- 1 inci lengkuas
- 2 batang serai
- 1 sudu udang kering
- 3 helai daun limau purut
- 1 inci belacan (dibakar)
- air asam jawa, gula & garam
- ***SUP TOMYAM***
- 1/4 ekor ayam
- 5 ekor udang
- 2 ekor sotong
- 1 biji bawang besar (potong enam)
- 5 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 inci lengkuas (diketuk)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1/2 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
- 5 helai daun limau purut
- 1 biji tomato (potong empat)
- 1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 biji limau nipis
- 3 sudu susu cair / susu sejat
- cili padi
- garam
- daun ketumbar
- air basuhan kedua beras (saya tambah berdasarkan petua yang diberikan oleh seorang sahabat yang katanya diperolehi daripada tauke gerai tomyam yang sedap)
Cara-cara
- Mula-mula sediakan perencah tomyam. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambik..
- Untuk tomyam, rebus ayam beberapa minit bersama air basuhan kedua beras. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. Kemudian masukkan sotong, udang, sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, tomato dan sebagainya.
- Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
- Padamkan api. Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
- Tomyam sedia dihidang.
Pasta Bebola Daging
Resepi kali ni saya merujuk 2 resepi di bawah. Saya ejas menjadi resepi yg saya guna untuk sos meatball kali ini. Disebabkan saya tak suka mengunakan sos instant saya guna pakai resepi kedua dan tambah bahan2 lain yang ada dalam resepi 1 serta citarasa sendiri.
Pasta ni saya buat untuk jamuan hari raya tadika anak2. harapnya semua kanak2 kat situ suka sebab saya tak buat pedas pun.
Resepi saya
Sos spaghetti
3 ulas bawang merah – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 sudu besar oregano flakes
3 helai daun salam
Secekak daun basil
1 sb pasley flake
1 sudu kecil lada sulah
1 tin nenas dalam tin (potong kecil dan simpan jusnya untuk dimasukkan di dalam sos)
1 tin cendawan butang dihiris nipis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 sb parmesan cheese
Bebola daging
------
Tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan bahan2 lain kecuali cheese dan bebola daging dan masak hingga tomato hancur dan kuah pekat. Masukkan cheese dan bebola daging. Masakkan sebentar dan tutup api....sedia dihidang.....
Rujukan saya seperti di bawah.
Resepi Potret Kasih
Resepi Pasta Bebola daging
1 paket pasta @ spegeti ( saya guna jenis fetuchini )
minyak zaitun secukupnya
Keju parmesan ( saya guna yang serbuk )
Cara penyediaan
1. Didikan air dalam periuk. Masukan pasta dalam air yang telah mendidih…
2. Bila telah masak angkat dan toskan… gaulkan pasta dengan minyak zaitun.
3. Hidangkan dalam pinggan.
4. Buatlah sos Pasta dan bebola daging.
Resepi Sos Pasta ( sumber : Dapur 1001resepi )
Bahan-bahan
1 botol besar instant sauce (sebarang jenama- saya guna jenama Prego )
2 tin besar chopped tomato
3 sudu besar cili kisar
500g daging kisar ( separuh daripadanya saya buat bebola daging )
1 tin besar cendawan butang
1 tin sederhana nenas dalam sirap
daun basil kering
parsely kering
garam dan gula secukupnya
kiub perisa
bawang putih, dicincang
bawang besar, dicincang
minyak zaitun
Cara Membuat
1) Panaskan minyak zaitun kedalam kuali yang sesuai. Tumis bawang putih dan kemudian masukkan daging kisar.
2) Masak sebentar (10 minit). Masukkan pasta sauce, tomato, cili kisar, cendawan butang yang telah dipotong nipis, nenas dengan sirap sekali dan rebus sehingga sauce pekat.
3) Masukkan lain-lain bahan. Sedia untuk dihidang.
Resepi Bebola daging
250 g daging kisar
100 g besar tepung ( sebarang tepung pun boleh )
1 biji telur
1 biji bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
sedikit garam
sedikit lada sulah
Cara penyediaan
1. Satukan semuakan bahan diatas dan gaul rata.
2. Bulat-bulatkan bahan tadi untuk membentuk bebola daging.
3. Bolehlah di bakar, gorenng atau celur, terpulanglah pada anda.
4. Saya buat terus je masukkan dalam kuah pasta yang telah mendidih. Tutup api setelah bebola masak.
** Saya masukkan sedikit keju parmesan dalam sos pasta kemudian tabur sedikit keju atas pasta bersama bebola daging tadi… yummy!!!
400 g daging cincang
1 biji ubi kentang
1 biji telur
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit tepung gandum
3 ulas bawang merah – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu besar oregano flakes
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Kek Susu
Saya guna suhu 170ÂșC selama 1 jam lebih kurang. kalau yg nak tambah pewarna atau perisa lain pun boleh. Ikut la cita rasa masing2 yer. Walaupun dibakar kek ini tetap lembab selepas disejukkan semalam.
Susu Pekat Manis Home made
1 sb mentega tulen
Bahan-bahan ( 1 keluarga )
250 g butter
1 cawan gula halus
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air
Cara-cara
Pukul butter dgn gula hingga kembang
Masuk kan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
Masuk kan tepung naik sendiri dan susu pekat yang di bancuh dengan 1/2 cawan air.
Masuk kan aduanan dalam loyang bulat yang sudah di geles dengan sedikit butter dan tepung
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Untuk mengelak kan permukaan kek berlekuk @ tidak rata, balut penutup pengukus dgn kain.
Sejukkan sebentar dan sedia di hidang.
Wednesday, August 28, 2013
Urap pucuk ubi
10 batang kacang botol - hiris nipis
10 helai daun cekur (seelok2nya daun muda) dihiris kecil
*10 biji cili api - nak pedas lebihkan
*10 biji ubi cekur - Boleh tambah kalau suka
* 1 inci kunyit hidup (kali ni tak letak pun)
*8 ulas bawang merah
*1/4 cawan udang kering/ikan bilis
*3 batang serai dihiris
Sedikit perahan limau nipis/kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Sunday, August 25, 2013
Puding trifle untuk jamuan di pejabat
Bahan2
Untuk Kastard
Cucur tauge cicah Homemade sos cili
Menu sarapan pagi minggu ni ialah cucur tauge cicah ngan sos cili homemade. Jap lagi nak kuar utk memenuhi jemputan. Jadi tak payah nak masak macam2.....masak simple2 jer untuk sarapan....utk alas perut jer....
Cucur tauge
3 cawan tepung gandum
2 - 3 cawan air
1 1/2 sk garam atau secukup rasa
1 cawan isi udang dipotong kecil
1 biji bawang besar dicincang
1 mangkuk tauge
Boleh tambah karot yang diparut, daun bawang, daun sup, kobis dan lain2 sayuran.
Gaul semua bahan hingga sebati. Kalau nampak adunan cucur masih pekat tambah sedikit air. Sesetengah orang suka adunan yang cair.
Panaskan minyak. Sudukan adunan ke dalam minyak dan goreng hingga garing.
Ini pula resepi homemade sos cili yg saya cnp dari My resepi
Bahan-bahan
1 mangkuk besar Cili Merah + Cili Padi (kalau suka)
3-6 ulas Bwg Putih
1/2 cwn Cuka (saya guna cuka kurma)
1/2 cwn Sugar
1 sk Garam
1 sb Tpg Jagung - bancuh dgn air
Cara-cara
Blender kesemua bhn kecuali tpg jagung, dgn sedikit air. Kacau atas api sehingga pekat.Akhir sekali, masukkan paste tepung jagung utk memekatkan sos. Jika perlu boleh tambah lagi.Sejukkan & masukkan ke dlm botol kaca yg di siram dgn air panas.
Saturday, August 24, 2013
Laksa nyonya melaka
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering - boleh kurangkan, letak 6 tangkai pun dah pedas.
60 gm udang kering
1 sb serbuk ketumbar dan 4 tangkai daun kesum - saya tambah (ikut resepi dari blog the wong list)
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar * tambah kerang, fishball
1 liter santan
250 ml air - boleh tambah (saya guna air rebusan udang untuk kisar kepala dan kulitnya dan tapis)
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa
Tauge
Daun kesum dihiris
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Telur rebus
* tambah tauhu goreng
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.
Friday, August 23, 2013
Laksa johor
- UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :- Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil, kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
- Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 10 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang diketuk untuk tumis
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
Kicap kipas udang / kicap manis
- lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil,
garam dan sedikit aji
masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan masukkan asam keping tambah garam dan gula untuk rasa masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam.
Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan di dalam peti sejuk
Monday, August 19, 2013
Ayam masak sambal hijau
1/2 ekor ayam dipotong 8
*1 inci halia
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*3 biji cili hijau
*1/2 biji tomato hijau
1 batang serai diketuk
3 pokok daun ketumbar - kalau nak hiris boleh tai saya buang akar n terus masukkan jer
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Sedikit air
------
Goreng ayam separuh masak (tak perlu letak garam kunyit)
Angkat dan ketepikan.
Kisar *, tak perlu hancur sangat
Dalam kuali lain tumiskan * sehingga agak kering dan masukkan 4 sb minyak masak.
Tumiskan hingga keperangan.
Masukkan ayam dan serai. Gaul sebati. Masuklan garam, gula dan sedikit air. Masak hingga ayam empuk dan betul2 masak.
Masukkan daun ketumbar. Masak hingga daun layu dan sambal pekat.
Bingka roti durian
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan
100 ml susu segar / susu cair - saya guna santan cair
1 sudu kecil esen vanila
4 ulas isi durian - nak lebihkan pun boleh ajer..
Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
Boleh juga blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila, isi durian dan gula pasir.
Kacau sebati.
Jika ada bekas bingka, tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja.
Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong.
Bila dah dipotong nampak corak2 rotinya....apa lagi....dipersilakan...jangan malu2. |
Permukaannya nampak macam permukaan bulan tapi harum baunya dah buat kita tak sabar nak makan. |
Reja roti yg belubang ditengah...lebihan buat aiskrim goreng. |
Sunday, August 18, 2013
Ayam goreng/panggang samboi/asam boi
Aritu member kat sarawak post gambar ayam panggang samboi. Tak pernah makan n baru first time tau ada resepi yg camtu. Dok google la kat internet n jumpa la resepi kat Dari dapur sue bee @ blog resepi masakan mudah nih. Berusaha cari asam boi merah. Walau pun spesifikasi yg ada ni tak begitu tepat tapi disebabkan teringin sangat nak rasa menu ni terpaksa la beli juga.
Sedap juga rupanya ayam yg simple jer nak buat nih....mkn dengan nasi panas. Yang balance tu nak simpan utk dipanggang ptg karang menggunakan pemanggang ajaib...
Ayam Goreng/ panggang Samboi/asam boi
4 ketul kepak ayam segar (selalunya saya potong 2) - kepak ayam takde - saya guna bahagian peha
5-10 biji Asam boi merah
Tepung goreng Adabi secukupnya (guna tepung gandum pun boleh) - kalau panggang tak payah letak)
Minyak untuk menggoreng (deep fry)
Cara-cara
1.Bersihkan kepak ayam, toskan dan campurkan dengan asam boi. Sebaiknya perap 2jam. Kalau perap semalaman lagi sedap sebab rasa asam boi meresap ke dalam daging.
2.Masukkan tepung dan gaul rata kemudian bolehlah digoreng ke dalam minyak yang cukup panas.
Tips berguna:
*Untuk resepi ni saya guna asam boi merah..warna lain selain daripada tu tak berapa sesuai. Asam boi berkualiti baik dalam berkeadaan kering, bersaiz besar dan kita boleh nampak ‘kerut-kerut’ pada kulitnya. Jangan beli jika asam boi kelihatan basah (sembab) dan kulit ‘terburai’ bila dicubit sedikit (agak bertepung).
*Dan satu hal lagi, warna asam boi itu sendiri. Pilihlah asam boi yang warnanya ‘kurang merah’ yakni “keorenan” sikit.
*Rasa asam boi tidak terlalu masin, sebab jika terlalu banyak rasa garam, ayam yang diperap tadi akan hilang ‘moist’ dan bila digoreng ianya akan rasa keras dan kering.
*Penggunaan tepung penting dalam gorengan ayam sebab fungsi tepung adalah untuk meresap ‘jus’ ayam –tak de lah yang kena tembak minyak..he…he..
*Minyak kena banyak untuk menggoreng ayam dan betul-betul panas. Kalau tidak cukup panas, gorengan tadi akan lebih berminyak dan tidak rangup.
*Selain menggoreng, kita boleh panggang jugak ayam samboi ni..yeahhh BBQ time!
Aiskrim goreng/fried icecream
Aiskrim jenama dan perisa pilihan
Mug atau gelas
Minyak untuk menggoreng
Friday, August 16, 2013
Roti canai
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
uli lagi selama 5 min
** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ianya lembik lg selepas 2nd time uli & rehat, tambah sedikit tepung (1 tbsp) advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh.
Wednesday, August 14, 2013
Sambal tomato telur puyuh
*3 biji tomato masak
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Tuesday, August 13, 2013
Nasi kabsa
Resepi NASI KABSA saya dapat dari sumber: K.Nor@Secubit Garam. Sedap....tetamu yang datang makan laju jer....senang hati walaupun nasinya terlembik sikit sbb rendam beras lama sangat. Rempah saya kirim kat adik yang duduk kat bahrain. Nanti boleh la buat lagi.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
Homemade Rempah Kabsa
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih
**1 sudu makan lada hitam
**1 sudu makan jintan manis
**1 sudu makan jintan putih
**2 sudu makan biji ketumbar
**1 sudu makan buah pelaga
**1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)
**1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak (sangan) bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.
** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.**utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:~
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Thursday, August 8, 2013
Resepi nasi ayam penyet dan sambal sedap
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm HaliaSedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong
4 - 5 cm Belacan
2 sb Ikan Bilis
Garam dan gula merah secukup rasa
3 ulas bawang putihsatu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawangsedikit buttergaram
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Wednesday, August 7, 2013
Kek lumut versi II
Kek Lumut II resepi : DayangJack@Dapurku Sayang. Bezanya dengan kek lumut 1 tu, yg ni letak serbuk badan n tak letak sekaya.....
Buat ni untuk wed anniversary yg kebetulannya jatuh pada hari raya pertama esok. Pewarna hijau kurang sbb paste kope2 tu dah tingga skit. Tapi takpe janji jadi kek gak.. .
bahan-bahan : loyang 8" x 8"
10 biji telur gred A
450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)
3/4 cawan gula kastor
2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
2 sudu kecil esen vanilla
1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
1 cawan susu pekat manis
Cara-cara : Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka)
Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering) Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.