Pages

Monday, July 22, 2013

Urap pegaga

Arini saya nak share pelbagai resepi uarap pegaga yang saya cnp dari blog Tiffin biru. Cumanya kali ni saya guna resepi urap pegaga daun cekur sebab stok daun cekur tengah banyak. Lain kali bila saya dah cuba resepi lain tu baru saya update gambar yang lain tu ye......sedap tau.

Urap pegaga ikan kembong

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cekak pegaga, dibersihkan, cuci, tos dan potong kecil
2 ekor ikan kembong, dibakar dan ambil isinya, leraikan
3/4 cawan kelapa parut putih
1/4 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)

2 biji cili merah
10 biji cili padi hijau kampung
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci ubi cekur
1 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Gaul kelapa parut putih, pes asam jawa dan bahan2 tumbuk halus hingga rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan pegaga yang telah dipotong, gaul hingga mesra.Panaskan kuali, masukkan no.1 tadi dan sangai sekejap (digoreng tanpa minyak). Tambah isi ikan kembong dan gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidanglan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Urap pegaga daun cekur

BAHAN-BAHANNYA :-)

400 g pegaga yang telah siap di bersihkan, cuci dan tosk kering
10 helai daun cekur yang muda, cuci, tos dan dimayang halus
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan
*3 biji cili merah
*3 cm isi cekur
*1 cm kunyit hidup
*1 ulas bawang putih
*6 biji bawang merah
*1/2 inci belacan
*1 camca teh gula
*Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)

Pegaga tadi dibuang akarnya, hiris kasar. Daun cekur dimayang halus. Ketepikan. Kelapa parut tadi disatukan bersama bahan tumbuk lumat dan gaul rata2, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.Gaul kelapa tadi bersama pegaga dan daun cekur, rata2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Urap pegaga daging ayam

BAHAN-BAHANNYA :-)250 gram pegaga (kurang lebih)1 keping dada ayam, cuci bersih dan toskan*1/2 inci halia, diketuk*2 ulas bawang putih, diketuk*1/2 camca teh garam*(*direbus bersama hingga dada ayam masak, angkat dan sejukkan)1 cawan kelapa parut putih1 biji bawang besar hiris halusGaram (jika perlu) dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)

4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah (kalau suka pedas, boleh tambah cili padi)
1 kiub pati ayam
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

Pegaga dicuci bersih, toskan kering2 kemudian hiris tapi jangan halus sangat. Isi ayam dicarik kasar2.
Ketepikan.Gaul kelapa parut dengan bahan tumbuk halus, kacau rata tambah garam secukup rasa (rasa dulu, kalau perlu baru letak garam) dan sedikit gula.
Masukkan isi ayam, pegaga dan hirisan bawang besar. Gaul rata hingga mesra.Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak hingga urap panas. Matikan api dan biar sejuk. Boleh hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment