Pages

Thursday, August 1, 2013

Nasi goreng cili merah

5 cawan nasi
*2 biji cili merah
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*2 sudu besar udang kering
6 batang kacang panjang dipotong kecil
1 batang karot didadu (tak letak sebab lupa)
10 ekor udang besar dibuang kulit
2 sb sos tiram
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

-------
Tumbuk lumat*. Tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan sos tiram.

Gaul rata. Masukkan nasi. Goreng sebati dan masakkan hingga agak kering.

Masukkan udang. Masak hingga berubah warna dan melengkung. Masukkan kacang panjang dan karot. Gaul rata dan masakkan seketika sebelum tutup api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment