Pages

Thursday, July 11, 2013

Ayam masak cili kering & halia

Ayam Masak Cili Kering & Halia Ala-ala Chinese Style ni saya amik dari blog umi qi....

Sedap dan tak susah.....

Bahan A:
1 biji bawang besar - mayang halus dan nipis
1 biji tomato - potong dadu
3 inci Halia - (suka buh lebih kasi sedap)
1 biji cili merah - potong memanjang halus.
5 biji cili padi - potong kasar2
5 biji cili kering - potong kasar2

Bahan B:
1 ekor ayam - Amik tang isi dan tulang sikit dan potong kecik
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar Kicap Manis  (saya takde kicap manis jadi saya ganti dengan gula)
2 sudu besar Kicap pekat
Chinese leek (saya tambah)
Garam secukup rasa

Ayam nih umi dah potong kecik2 dan dibersihkan dgn air basuhan beras (petua untuk hilangkan hanyir ayam).
Goreng ayam tersebut setengah masak, jgn terlampau garing sbb kita nak kan jus ayam itu sendiri keluar dlm masakan nanti....
Setelah ayam digoreng setengah masak angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak.
Tumis semua bahan A..

Kacau sehingga naik bau...jgn garing sgt ye Kemudian, masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos tiram...tambah air masak satu cawan kecil ye utk elak ia hangit...gaul sehingga mendidih. Masukkan ayam...kacau...guna api kecil ye...kacau sehingga naik minyak dan pekat sikit. Sebelum angkat masukkan chinese leek. Kacau seketika. Tutup api.

No comments:

Post a Comment