Pages

Friday, June 7, 2013

Homemade Mee Kuning


Resepi ni saya dapat dari My resepi. Seronok dapat buat mee yang selamat tanpa bahan pengawet untuk keluarga tersayang. Tak susah mana pun....jom buat. Gambar di atas ni hasil yang saya buat. Gambar proses bawah ni saya cnp dari my resepi supaya lebih mudah orang faham. Masa buat tu tak terlupa nak ambil gambar....terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi ni ye...

Bahan-bahan ( 1 kilo )

  • 500 gm tepung
  • 200 ml air
  • satu sudu air abu atau air kapur
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • air untuk merebus

Cara-cara

  1. Meekunging-bahan
    campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
  2. Meekuning-adun
    uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap)
  3. Meekuning-masuk_mesin
    ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar.
  4. terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus... lakukan langkah dan proses seterusnya seperti buat kuey teow (sila rujuk di sana)

No comments:

Post a Comment