Pages

Tuesday, June 4, 2013

Bingka tepung beras

Resepi cnp dari yanakitchen tapi saya ejas2 skit.

Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)
    
1500 ml santan (dari 2 biji kelapa)       
250 gm gula pasir      
250 gm tepungberas (cap Gajah) ·        
50 gm tepung Hoen Kue (warna putih) - saya guna tepung jagung      
1/2 st. esen vanila   
5 helai daun pandan - saya tambah 
1 sk. garam
Sedikit pewarna hijau (saya tambah)

Cara-Cara:-

1.  Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
2.   Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak) - keluarkan daun pandan
3.   Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
4.    Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
5.    Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

No comments:

Post a Comment