ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Thursday, November 22, 2012
Bubur Jagung
Nyum...nyum...nyummm...dap nyer....lama dah tak makan bubur jagung nih...Mudah jer buatnya....rasanya macam dah pernah share resepinya tapi takpe kita share lagi ye.......
6 tungkul jagung hiris isinya nipis2
1/2 cawan biji sagu
1 1/5 liter santan
gula kabung/melaka dan garam secukup rasa
-----
rebus jagung yang telah dihiris dengan sedikit air lebih kuran 15 minit.
Masukkan gula dan garam dan rebus lagi dalam 15 minit.
Masukkan santan pekat.
Masukkan sagu dan masak hingga sagu jernih.
KAcau selalu supaya santan tak pecah minyak...
No comments:
Post a Comment