ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, March 24, 2012
Victoria Sandwich Cake
Dapat 2 resepi daripada internet tolak tambah ikut suka hati....janji hasilnya tak terjejaskan...
250 gm mentega
200 gm gula castor
250 gm tepung naik sendiri
7 biji telur gred C
2 sb madu
2 st esen vanila
Jem strawberry secukupnya
Saya letak cream cheese frosting/ble gak guna buttercream.... (optional)
Gula ising untuk hiasan.
----------------
Pukul butter ngan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan madu.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan tepung dan sebatikan adunan.
Bahagi dua adunan dan masukkan dalam loyang 8 X 8 in yang telah digris dan bakar pada 160 celcius selama 25 -30 min.
Sejukkan.
Sapu satu lapisan dengan jem dan cream cheese dan lapiskan dengan yang satu lagi. Ayak gula ising di atas permukaan kek sebagai hiasan.
No comments:
Post a Comment