Pages

Sunday, March 4, 2012

Rice buble Double Choc Cookies


Ni salah satu usaha menghabiskan stok bahan mentah sebelum
diisytiharkan tamat tempoh....resepi yang di syer di MYR
tokok tambah sesuka hati...

Bahan-bahan

  • 250 gm butter
  • 200 gm gula perang
  • 1 biji kuning telur
  • 280 gm tepung red rose
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 60 gm oat (saya guna bijirin campuran)
  • 100 gm blackcurrent (saya ganti dengan kismis)
  • 100 gm coklat chips
  • 100 gm badam cincang
  • Saya tambah rice buble lebih kurang 150 gm)
  • 1 st esen vanilla

Cara-cara

  1. panggang dahulu badam cincang dan oat di dalam oven.
  2. Pukul butter bersama gula.tak [perlu sampai kembang sangat.kemudian masukkan kuning telur
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  4. Masukkan serbuk koko di ikuti dengan blackcurrent,coklat chips,oats dan badam cincang.
  5. akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata.
  6. sudukan adunan ke atas tray dan tekan sedikit dengan garfu.
  7. Bakar hingga masak.
  8. kalau nak tukarkan badam kepada walnut atau hazelnut pun boleh juga.atau nak masukkan ke semua jenis kekacang tu pun boleh...

No comments:

Post a Comment