ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Sunday, February 19, 2012
Kek Dulce De Leche
Resepi dapat dari my resepi....selalu kita pukul butter ngan gula n telur....
tapi kek ni lain skit....Tima kasih kak fida...
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 cawan mentega/majerin (akak guna 1 buku mentega)
1/3 cawan padat gula perang
1 cawan dulce de leche
1 sk esen vanilla
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
4 biji telur besar - dipukul ringan
100 g coklat masakan - cair
Cara-cara
Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.
Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.
Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.
Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair pd 1 bahagian adunan.
Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.
Bakar pd suhu 170C selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.
Cara DULCE DE LECHE yang dibakar dlm oven :-
Tuang susu manis ke dalam mangkuk tahan panas dan alas dengan loyang yang lebih besar.
Tutup mangkuk yang berisi susu dengan aluminium foil rapat2.
Bakar cara water bath selama 1 1/2 - 2 jam dengan menuang air panas ke dalam loyang yang besar tadi hingga paras 1/2 mangkuk berisi susu. Pastikan air panas ditambah lagi sekiranya hampir kering. Kacau dulce de leche hingga rata dan sejukkan.
Cara saya -
saya rebus tin susu selama tiga jam......saya buat bila saya kukus kek lumut atau kek buah yang masa mengukusnya panjang. Lagi lama kita rebus, lagi gelapla warna susu tu....
Dah brape tin saya buah, baru la ni jadi kek, sebab bila stok susu nak buat air habis, terpaksa la korbankan dulce de leche tu...
Cara-cara lain....dapat dari My Resipi
Tanggalkan pembalut dan tebuk beberapa lubang di atas permukaan tin susu. masukkan tin susu ke dalam periuk dan masukkan air hingga ke paras tidak melebihi tin susu tersebut. rebus pada api sederhana selama 2-3 jam.
Panaskan oven pada suhu 220C. Tuangkan susu ke dalam mangkuk kaca tahan panas (panas oven) atau loyang pembakar. Letakkan mangkuk tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan isikan loyang tersebut dgn air panas/suam. (bain marie style) tutup longgar permukaan mangkuk dgn aluminium foil dan bakar selama 1- 1.5 jam. Tambah air dalam loyang besar jika perlu. bila dah dapat warna keparng gelap boleh berhenti membakar dan tunggu sejuk sebelum pindahkan ke dalam bekas lain.
Masukkan susu ke dalam mangkuk than microwave yang besar . microwave kan pada suhu medium selama 2 minit. keluarkan dan kacau sebati. microwave lagi selama 3 minit, keluarkan dan kacau lagi. microwave lagi selama 10 minit, keluarkan dan kacau lagi. ulang2 microwave sampai dapat warna dan consistency yang di inginkan.
No comments:
Post a Comment