ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Tuesday, October 18, 2011
Mee Goreng Basah
Resepi Mee Goreng Basah (dewasa)
1 kg Mee Kuning
2 Keping tauhu (goreng dan potong tak goreng pun tak apa, masukkan terus kacau berhati2 supaya tak hancur)
2 Keping Fish Cake
10 biji bebola ikan/sotong/ayamIsi Ayam/daging/sotong/UdangTaugeSawi
3 sudu besar cili kering (dikisar)
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih - Kisar/tumbuk (saya lebih suka tumbuk sebab tak berair)
Untuk hiasan
Bawang goreng/daun sup/daun bawang
Telur didadar dan digoreng ala-ala kuih ketayap/gulung dan potong nipis.
Limau nipis/kasturi.
-------------------------
Tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram+tomato+cili+kicap.
Masukkan perencah (ayam dll) ***kalau udang kena masukkan lewat sikit sebab udang tak bole masak lama.
Masukkan mee dan gaul rata.
Sebelum angkat masukkan sawi dan kacau.
Masukkan Tauge, gaul sekejap dan tutup api.
Masukkan dalam bekas hidangan dan taburkan dengan bawang goreng dll. Perahkan limau jika suka.
Versi Anak-anak.
300 gm Mee Kuning
1/2 Keping tauhu (goreng dan potong kalau tak goreng pun tak apa, masukkan terus kacau berhati2 supaya tak hancur)
1/2 Keping Fish Cake
3 biji bebola ikan/sotong/Ayam
Isi Ayam/daging/sotong/Udang
Tauge
Sawi
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menumis
Kisar/tumbuk 4 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih
Untuk hiasanBawang goreng/daun sup/daun bawang
Telur didadar dan digoreng ala-ala kuih ketayap/gulung dan potong nipis.
Limau nipis/kasturi.
-----
Cara seperti di atas.
Anak2 pun boleh nikmati hidangan sama tapi tak serupa dengan dewasa.....Anak saya puji tak habis dan makan tak hengat....
No comments:
Post a Comment