ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, April 11, 2020
Mexican bun aka roti boy aka papa roti aka roti kopi
Itulah tajuk minum petang hujung minggu ni. Alhamdulillah.....lama juga berangan2 nak buat tapi malas mengatasi keinginan. Hari ni dikuatkan semangat buat juga....dan akhirnya tak sempat sejuk dan pindah atas redai selamat sudah masuk ke dalam perut kami bertujuh....
Ku harap kemyang sampai ke malam....sebab malas dah nak masak apa2 lagi malam ni.
Mexican bun aka roti boy aka papa roti aka roti kopi
Bahan-bahan ( 17 biji )
# Bahan untuk Inti #
100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang
Cara untuk Intinya
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
****saya tak bulatkan. Terus sudukan ajer dalam doh.
# Bahan untuk Topping #
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
1 sk NESCAFE dicampurkan dengan 1 sudu besar air
2 sk coffee emulco
100 gram tepung gandum, + 1 sk serbuk kulit kayu manis - ayak.
Cara untuk Topping
Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan nescafe dan emulco.
Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
RESEPI ROTI
Bahan A:
Tepung gandum- 500 gram
Gula kasar- 60 gram
Garam- 8 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 60 gram
Bahan B:
Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram
Cara untuk uli menggunakan mixer:
1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.
2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.
3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.
4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus. [ Jika guna bread maker @ BM ]
1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.
2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.
3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.
Dah siap uli, timbang doh 20 gm dan 30 gm (untuk sebiji roti). Ambil doh 20gm leperkan. Isi inti, tutup inti dan bulatkan doh. Leperkan doh 30gm dan balut doh yg berisi inti, bulatkan dan letak atas cup atau loyang. Buat hingga selesai. Biarkan doh kembang selama 2 - 3 jam. (bergantung pada suhu bilik).
Bila doh dah cukup naik, paipkan topping bentuk spiral. Bakar dalam oven pada suhu 180 celcius selama 25 - 30 minit.
#masaksendiri
#rotiboy
#rotikopi
#roti
#homemadebuns
#teatime
#mco
#foodie
#foodlovers
#food
#foodstagram