Pages

Monday, April 8, 2019

Homemade cabonara sauce


Kegemaran anak2......pasta cabonara. Ummi tak suka beli yg ready made atas banyak faktor kesihatan jadi ummi buat sendiri....lebih sedap dan lebih sesuai dengan citarasa.

Kali ni ummi letak meatball sebagai perencah. Semua anak2 dah pandai rebus pasta....kengkadang ummi sediakan tomato sauce homemade ala bolognese.....bila nak makan nanti pandai2 la diorg rebus pasta dan reheat sosnya.


Sos cabonara ala prego homemade

5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sk pes halia
2 biji bawang besar - cincang
Cendawan butang segar - hiris nipis
Meatball - hiris nipis
500ml susu segar
150 gm cheddar cheese
20 gm parmesan cheese (optional)
4 sb tepung gandum
Air secukupnya
Garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaiton untuk menumis

Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan meatball. Tumis hingga sedikit garing.
Masukkan lada hitam. Kacau.  Kemudian masukkan tepung dan tumis sebentar.

 Masukkan susu kacau sebati. Tambah air secukupnya. Masak hingga mendidih. Masukkan cheese, masak hingga cheese cair dan sebati dengan kuah. Perisakan dengan garam secukup rasa. Dah siap.



Kuah sizzling yee mee homemade


Stok kuah sizzling yee mee....buat sekuali ni boleh la tahan beberapa kali mengulang. Iman dah pandai buat sendiri....nanti dia la yang paling kerap repeat masak yee mee ni.....adik2 kureng sikit sbb agak pedas.


YEE MEE SIZZLING DALAM PAN

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - hiris nipis
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
6 biji cili kering - dipotong-potong
4 sb sos tiram
6 sb kicap pekat
1 sk serbuk lada hitam (boleh kurangkan ikut citarasa)
1 sk minyak bijan
2 sb tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air (saya guna air rebusan daging)

 Cara-caranya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.

Masukkan 4 cawan air rebusan daging. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). Masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan masukkan daging dan cendawan.

Biarkan 2 - 3 minit. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat. Kemudian masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.

Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali. Masukkan 1 gulung yee mee.

Biarkan mee lembut sedikit. Masukkan sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan seketika hingga telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Selamat mencuba...

** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...

Bingka Pandan


Bingka pandan semalam....dah potong dan separuh letak dalam bekas baru teringat nak ambil gambar....

Ni tempahan semalam....order last minute dari jiran untuk program kat pusat tuisyen dia. Kali ni saya guna resepi yang saya olah dari sumber azie kitchen.


Bingka Pandan

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (1 santan kotak & 2 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sedikit bijan

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blend hingga sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

Taburkan bijan (jika suka). Bakar 45 minit pada suhu 200C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Bakar menggunakan api atas saja selama 10 minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing. Saya bakar dalam 1 jam  untuk mendapatkan permukaan yang garing. (Nak cepat lepas 45 minit saya letak suhu oven maksimum sbb dah kesuntukan masa). Bakar bingka ni tak kisah sangat pasal suhu....tak macam kek....

Victoria Sandwich

Tempahan kek untuk hantaran. Dah lama teringin hias kek guna fresh flower nih....akhirnya tercapai juga impian bila ada orang menempah kek hantaran pertunangan.




Victoria Sandwich Cake

Bahan Kek

220 gm tepung kek (saya guna tepung gandum...tepung kek yilek)
30 gm tepung jagung
secubit garam (saya tak letak sbb guna salted butter)
(Saya tambah 2 sk baking powder- resepi asal takde....jadi terpulang nak letak ke tak sbb kek ni memang sepatutnya agak padat dan sedikit keras tapi citarasa saya sukakan kek yg lembut dan gebu)

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor
250 gm mentega (resepi asal unsalted)
2 sudu besar golden syrup (saya guna madu)
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur (saya derhaka juga kat sini...guna 7 biji telur gred C)








Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan.
Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata.

Tambahkan tepung yang telah di ayak
Kaup balik dengan spatula hingga rata
Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
Bakar kek selama 25 ~ 30 minit.
Jangan terlebih masa nanti ia keras
Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jem atas kek.

Vanilla Cheese Krim

Olahan resepi dari Rima
1 1/2 cawan non Dairy Whipping Cream
56 gm cream cheese
2 sudu besar lemon jus

Putarkan cream cheese dan lemon jus hingga lembut
Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata

Masukkan dalam piping bag.
Letakkan satu keping kek atas lapik kek
paipkan cream di atasnya
Kemudian letakkan jam strawberry tadi.
Tutup dengan satu keping kek lagi

Tart Nenas


Cerita semalam.....untuk hantaran...selebihnya untuk makan sendiri.....buat satu adunan jer. Memang sedap sangat....sehari dah habis sebalang.

Guna resepi dari blog kak wan kali ni


Tart Nenas

250 gm mentega
40 gm gula halus
1 sb susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Ayak kedua2 jenis tepung. Ketepikan.
Pukul mentega, gula dan susu hingga gebu. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan.

Terap atau bentukkan ikut citarasa. Letak jem nenas yang telah dibulat2kan. Bakar pada suhu 160 celsius selama 15 - 20 minit.





*** sapu kuning jika suka samada sebelum dibakar atau selepas dibakar separuh masak. Perbezaan jika disapu sebelum dibakar, kuning telur akan menjadi sedikit keperangan (seperti didalam gambar biskut tanpa bunga merah) berbanding yang dibakar separuh masak dan disapu kuning telur dan dibakar semula (seperti didalam gambar biskut dalam bekas dengan bunga merah).