Pages

Thursday, September 29, 2016

Daging (kambing) masak hitam, menu istimewa majlis ilmu



Rendang Pulau Pinang ikut nama yang diberii oleh pemilik asal resepi ni....kak zalita cader. Kawan ofis saya suatu masa dulu. Sekarang ni saya nak tukar nama dia jadi daging masak hitam.  Yang ni nama yg femes skit...kalau rendang pulau pinang tu oramg tak tau.

Daging masak hitam ni dibuat secarang rewang di surau sabtu lepas. Untuk hidangan majlis ilmu sebelah malamnya. Kali ni guna kambing korban yang disedekahkan pada tahfiz di surau tu. Memandangkan ustaz tak pandai nak masak kambing....jadi kami minta izin masak dan hidangkan untuk jemaah yg hadir majlis tersebut.


Diorag kata sedap....Alhamdulillah. dan lagi, diorg ingatkan daging lembu masak kicap....ok la tukan.... Orang tak perasan pun benda tu kambing.


Rendang Pulau Pinang (Dag

Bahan

1 kg Daging (ros) (kali ni guna daging biri2 - potong kiub besar2, campur tulang)
2 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 sk jintan manis (tumbuk)
3 tangkai  daun kari
3 sb madu
6 sb kicap manis
3 sb air asam jawa pekat
Garam secukup rasa

Kisar
2 inci halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil (guna bawang ros untuk aroma yang lebih harum)
5 btg serai
20 biji cili kering (buang biji dan celur)
Minyak untuk menumis


--------
Goreng daging yang telah dihiris nipis tanpa minyak hingga airnya agak kering dan ketepikan. (Kali ni tak goteng tapi saya rebus separa empuk
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan daun kari. Tumis lagi sebentar.
Masukkan air asam jawa, kacau rata.



Masukkan daging dan gaul sebati.
Masukkan kicap, madu dan garam.
Masak hingga agak kering. (Kalau daging masih tak cukup empuk, masukkan sedikit air dan masak sehingga agak kering). Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus...


Tadaaaaaa....dah siap. Anak2 saya suka sangat sampaikan pedas pun dia boleh makan bertambah2.....sambil sulam dengan air....πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Tuesday, September 27, 2016

Cucur udang kering, menu minum petang sambil rewang


Menu minum petang, sambil rewang menyediakan daging masak hitam dan sup gear box di surau sabtu lepas. Nak buat benda lain tak sempat jadi saya bawa 2 kg tepung, udang kering yang dibeli di sabah dan daun kucai dan daun bawang yang dituai depan rumah. Alhamdulillah....sedap makan panas2 ramai2.


Kucai dan daun bawang yang diambil dari depan rumah.....dapat la bagi orang merasa hasil tanaman saya.

Kalau nak bentuknya cantik, gunakan tangan...jemputkan adunan dan masukkan ke dalam minyak. Tapi kalau nak senang guna sudu jer la...tak payah nak basuh tangan setiap kali selesai menjemput.

Cucur udang kering

1 mangkuk Udang kering - kisar halus
20 biji Bawang merah atau 2 biji bawang besar - kisar halus
1 mangkuk Jagung
1 ikat Kucai
1 ikat Daun bawang
2 kg tepung gandum
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Satukan semua bahan kecuali air. Gaul rata. Tambah air sedikit2 sambil kacau hingga dapat adunan likat yg mudah dijemput.

Panaskan minyak dan.goreng cucur hingga keperangan.

Abang Sobri, .....rajin dia tolong goreng cucur ni dari mula sampai habis.

Budaya rewang hilang ditelan zaman?

Biasa dengar perkataan rewang tak? Bagi generasi muda mungkin kedengaran alien sikit tapi kalau generasi tua atau yg berasal dari kampung ni istilah biasa yang digunakan untuk aktiviti memasak secara gotong-royong untuk majlis2 keraian....kawen....kenduri kendara.

Best oooo. Kalau time rewang ni meriah la rumah atau surau/masjid dengan jiran tetangga dan saudara-mara. Kalau masak cara rewang ni nak kata jimat belanja, ada la sikit tapi yang paling pentingnya tu ukhwah yang terjalin. Masa ni la kita boleh sembang2, tukar2 cerita dan khabar (mengumpat elakkan yer...dosa😊).



Nak kupas bawang sebanyak ni kalau tak rewang jenuh.....menangis sorang2

Kat surau kami disini, saya dan suami cuba la hidupkan semula budaya ni. Kalau ada sambutan atau kengkadang ada khariah yang bagi sumbangan atau berhajat nak buat kenduri di surau, kami buat secara rewang. Seronok
..kerja jadi ringan la sikit dan kos pun boleh la kurangkan sikit atau dengan jumlah yang sama, hidangan lebih mewah dan kuantitinya extra. 



Sabtu lepas ada majlis ilmu. Kebetulan ada sumbangan kambing dan lembu korban utk tahfiz di surau tu. Memandangkan pihak tahfiz tak berapa pandai nak masak kambing jadi hubby mintak izin nak masak untuk hidangan masa majlis ilmu tu nanti.

Saya cadangkan buat masak hitam atau rendang pulau pinang. Tulang2 gear box lembu tu buatkan sup saja. Tambahkan sambal belacan dan ulam2. Nasi putih....cukup...lengkap dan menyelerakan.

Walau pun kali ni tak ramai sangat yang turun rewang tapi alhamdulillah. Sebelum maghrib selesai memasak. Alhamdulillah...


Selesai kuliah, sama2 kami nikmati masakan yang dihasilkan secara rewang siang tadi....seronok. Ada sedikit lebihan makanan, kami ofer pada kariah yang hadir untuk bungkus bawak balik.






Friday, September 23, 2016

Daging masak briyani johor


Minggu lepas punya cerita. Masa kat Sabah jiran wasap minta masakkan daging aqiqah. Dia nak lauk sahaja dan minta saya cadangkan masakan yang sesuai. Saya bagi dia dua pilihan, briyani dan kari maghribi, dua2nya masakan encik hubby. Kenapa dua tu.....sebab ikut kata ustaz, daging aqiqah ni sunatnya dimasak masakan yang ada rasa manis2 skit. Jadi dua2 jenis masakan tu memang ada rasa manis2 manja....sesuai la digunakan untuk tujuan ni. 

Balik semenanjung subuh sabtu, terima lagi wasap dari jiran tu....tanyakan kosnya....alamak....rupanya saya tak respon lagi yang bab tu. Masa tu kami dalam keta otw nak balik ke rumah lepas breakfast.....jadi sambil jadi co pilot....kira2 kos ngan hubby terus respon kat dia. Bila dah dapat harga dia kata confirm....so kitrg pun terus la ke pasar cari bahan keperluan. Asalnya offer nak masak petang sabtu tu, tapi dia kata takut tak sempat nak agihkan pada sedara mara lauk tu nanti. Ok la camtu, saya kata pagi kul 8 insya Allah siap. 



Balik rumah lepas beli barang, check stor rupanya rempah dah habis. Terus hubby telefon pembekal, tapi takde orang kat kedai sebab diorg ada rewang kenduri dan boleh bagi rempah jam 9 pagi ahad tu. Huhuhuhu....contact balik jiran bagitau rempah lambat, jadi lauknya pun ble amik lewat sikit la. Dah masak2, ingatkan boleh la suruh pick-up jam 11, tapi bila test dagingnya belum cukup empuk....daging campur2, ada bahagian ok dan ada yang dapat bahagian otot2 tu lambatla empuknya.

Alhamdulillah....pukul 12 jiran datang ambil. Tak lama lepas tu dia hantar feedback....sedap sangat katanya. Siap dia snap gambar hubby ngan anak dia cicah kuah briyani tu dengan roti. Anak dia yang baru umur 2 tahun tu pun, suka walaupun lauk tu ada pedas2 manja gitew....hapi la we all. Jiran tu kata lagi nanti dia nak tolong promote....Alhamdulillah, Allah izinkan masakan tu jadi sedap. Korang kalau tak nak oder pun takpe...meh sini hakak share resepi dia....

 

Lauk briyani abang sado JJ


1 kilo daging lembu - potong kiub besar macam nak buat rendang tok
2 batang karot - Potong 2 inci dan belah 4
Bahan tumis
4 sb rempah briani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia
 Kisar *


Rempah tumis 
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
**5 biji tomato - kisar (Boleh juga menggunakan tomato puree tin kecil)
***4 biji cili hijau/cili api pun boleh - kisar
****6 sb madu 
****2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
****1/2 keping gula melaka
****4 sb sos tiram
****4 sb sos cili
****4 sb sos tomato
Garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang -hiris
Secekak daun pudina - ambil daunnya
1/2 batang chinese leek - Potong 2 inci dan belah 4
4 sb minyak sapi (QBB paling best) + 1/4 cawan minyak masak

Bahan pilihan

250 gm bawang goreng
3 sb kismis -goreng 
Gajus - goreng


Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan*. Tumis hingga naik bau dan layu. Masukkan rempah briyani. tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato, cili hijau kisar,  kacau sebati. Masukkan daging dan karot masak hingga mendidih daging lembut. Masukkan **** dan kacau rata. (Kalau guna ayam daging masukkan setelah kuah agak pekat sebab ayam daging cepat empuk dan hancur - lebih sedap sekiranya menggunakan ayam pencen atau ayam kampung sebab masakan ini perlu dimasak lama supaya semua bahan menyerap ke dalam daging). Perisakan dengan garam secukupnya. (Rasa briyani johor agak manis sedikit - sesuaikan rasa manis masinnya ikut selera) 
Masukkan bawang goreng sekiranya kuahnya masih cair. Taburkan kismis dan gajus jika suka.
***kacau sekali selalu supaya tak hangit.

Tuesday, September 20, 2016

Memasak dalam gelap, pengalaman berharga dilupa jangan


Korang pernah masak dalam gelap....masak untuk 100 orang makan. Masak dalam keadaan serba kekurangan dan dalam masa yang sama berharap masakan tu memberi nikmat dan kepuasan pada 100 orang yang memakannya.

Menerima dan menyanggupi amanah dan impian untuk menjamu sesuatu yang baru, sesuatu yang penuh kelazatan dan nikmat merupakan cabaran buat saya dan team (hubby, kak g dan kak inna) yang terbang ke Kawasan Pendalaman di Kota Belut pada minggu lepas. Selain melaksanakan ibadah korban untuk kariah surau dan lain2 yang mengambil bahagian, kami juga menyampaikan sumbangan wakaf pakaian solat kepada golongan yang memerlukan anjuran surau dengan kerjasama UiTM.





Sesampai di Madrasah Al Fateh, Kota Belut selepas memandu hampir 2 jam kami disambut dengan kabaran barangan yang dipesan utk menu nasi arab dan sup pekat tak lengkap....ah sudah. Saya paling risau kalau masak bahannya tidak sempurna sebab takut tak sedap hasilnya. Tapi dah sampai ke situ....tawakkal aje lah...dengan izin Allah sedaplah dia nanti.

Setelah berehat seketika, kami pun dibawa ke homestay untuk mandi manda dan meluruskan kaki barang sejam dua sebelum memulakan operasi memasak nasi arab. Hehhehehe...seram tau....nak masak kat tempat/dapur orang yang bukan sedara atau kenalan. Macam2 fikir kat kepala ni. Dah la bahannya ada yang tak ada. Peralatan belum intai lagi tadi.

Sepatutnya proses memasak ni mula pukul 5, tapi dah terlajak ke pukul 6 sebab dalam perjalanan boleh pulak la singgah amik gambar tepi2 jalan...gambar berlatarkan sawah padi dan gunung kinabalu....sabo je la...πŸ˜‰.

Proses terakhir memasak briyani arab. Lauk di dasar, nasi yang dah 3/4 masak diletakkan di atas.

Bila sampai ustaz ingat kitrang sesat ke mana entah...cari madrasah tak jumpa2......rupanya sesat dalam keindahan bumi Kota Belut. Turun keta kami berempat terus ke dapur....rasa bersalah pun ada juga. Bersalah sebab tak tepati masa. Buatnya tak sempat org nak makan lepas isyak. Lupa pulak waktu kat sini awal sejam. Isyak pukul 7 lebih dah masuk.....adoiiii.

Masuk dapur terkejut kejap.....camni jer dapur dia...pandang kiri kanan...depan belakang...ermmm...takpa...teruskan, sempurnakan impian dan amanah. Tawakkal. Masa tu kerja2 mengupas dan memotong sedang dibuat oleh beberapa orang wanita tempatan. Tulang untuk sup pun dah mula ditenggek atas dapur. Saya minta semua bahan yang diperlukan (dan yang ada). Nak mula sediakan nasi briyani arab seperti yang dijanjikan.



Masa tu dimaklumkan periuk...peralatannya terhad...mata melilau sambil kepala deras berfikir nak selesaikan masalah. Dapur tu takde kemudahan sinki rupanya....nak membasuh...mengambil air kena guna paip tempat pelajar mengambil wuduk di luar. Gajet2 memasak pun serba kekurangan. Periuk besar takde utk memasak lauk bersama 10 kg beras. Cabaran betul nih..... Dapur gasnya pun kecil jer...risaunya hati...sempat ke diorg nak makan lepas isyak.

Bergelap sudah....hahhaha.....jangan rentung sudah.


Tak lama lepas merebus daging briyani dalam kawah tetiba bekalan lektrik terputus....ah sudah. Bekalan pulih setelah kerja2 memasak hampir selesai. Alhamdulillah dikurniakan Allah ilmu memasak nasi atas dapur gas....kalau tidak mau nangis... Berbekalkan lampu hp dan torchlight kak inna (sebab diorang takde lilin atau pelita) kerja2 memasak diteruskan. Rezeki Allah, pihak madrasah ada pulak grinder manual, gajet tu la digunakan untuk menyediakan sambal salsa...(sambal yang tak lengkap sebab takde daun ketumbar macam selalu....tapi Alhamdulillah diorg kata sedap sambal salsa tomato tu). Bukan tak boleh guna lesung tapi lesung pun takde kat situ.

Nasi dah masak....bekalan letrik pun dah pulih....

Macam2 cabaran memasak di sini. Beras kami rebus dalam kawah sebab takde periuk. Asalnya nak guna periuk elektrik besar cuma kena buat 2 round.....tapi bekalan letrik terputus pulak. Bila dah direbus, penapis tak ada dan bekas untuk pindahkan nasi yang dah 3/4 masak tu pun tak ada....sudahnya guna jer talam ke apa entah. Proses terakhir kami kena masak dalam dua periuk kendi. Sup tulang yang sebelum tu guna periuk tu kami pindahkan dalam periuk eletrik dan satu bekas lain.

Gaul dalam kawah. Beras yang digunakan bukan basmathi pusa macam yang biasa saya gunakan sebab kat sini takde dijual katanya.
Kat bahagian atas madrasah kedengaran hadirin sedang bersolat isyak.....berpeluh2 saya dibuatnya....bukan sebab masak dalam panas tapi sebab risau hadirin menunggu lama untuk makanan siap. Alhamdulillah, usai solat isyak selepas sesi forum agama, seperiuk nasi dah masak. Memandangkan periuk kendi tu kecil, sukar nak menggaul, saya minta diorg tuangkan ke dalam kawah. Tukang masak madrasah dan beberapa penduduk kampung yang membantu didapur tak sabar nak mencuba. Komen positif kami terima....lega....hilang penat terbit ceria. Terima kasih kerana izin dan pertolongan yang Maha Esa...




Pengalaman ini sesuatu yang sangat berharga buat kami berempat. Cabaran hebat bagi saya sendiri yang terbiasa memasak dengan kelengkapan serba ada. Melihat wajah2 ceria mereka ketika menikmati masakan tersebut (walaupun hakikatnya tak sempurna) rasa sayu pun ada dan buat saya berjanji jika ada rezeki saya akan ke sini lagi menjengok mereka.

***Kepada pelawat blog ini, kalau berminat nak hulurkan sumbangan untuk pembangunan madrasah atau nak agihkan kepada golongan asnaf serta saudara baru di sini, boleh hubungi pengasas Madrasah Al Fateh Kota Belut, Sabah, Ustaz Husni (019-2738581). Selain menjadi pengasas madrasah ni, Ustaz husni juga ada 3 lagi pusat tahfiz Mutqan di Semenanjung termasuk satu di surau Ar Raihan, Impian 7  di Setia Alam.

Paip air yang digunakan untuk berwuduk dan memasak. Hepi jer diorang ni walaupun hidup serba kekurangan. Yg biru tu tong2 bekalan air, kat sini selain bekalan elektrik kerap terputus, bekalan air pun sama. Jadi mana2 pegi kat sekitar daerah ni akan kelihatan beberapa tong air ni kat rumah2 penduduk.



Inilah hasilnya.....tiada daun ketumbar yang menaikkan aroma, daun pudina pun sikit jer dapat bawak dari semenanjung sebab ustaz maklum bahan2 tu tak ada dah lewat malam sebelum bertolak ke sana. Dayn pudina dalam pasu yang ditanam depan rumah hubby petik subuh kitab sebelum bergerak ke airport.....ada segenggam jer dapat...untuk 10 kg beras memang tak cukup

Nak nampak menarik saya taburkan ajer daun bawang lebihan sup pekat.... daun bawang kat sini besar2...lubangnya tu boleh sarung ke jari.

🐐Lamb Beryani Arabic Style🐐

Pertama kali dalam sejarah saya masak nasi arab guna daging lembu. Selama ni guna ayam atau kambing jer. Atas permintaan, saya masakkan briyani daging lembu (korban) untuk Pelajar Madrasah  Al fateh dan penduduk kampung yang menghadiri majlis ilmu malam tu. Alhamdulillah, Allah tentukan untuk saya memilih resepi Briyani arab yg dikongsi lydia honey untuk disediakan disini. Kalau nasi2 yang lain mungkin agak payah nak pastikan nasinya masak elok sempurna. Briyani arab ni nasinya dah direbus 3/4 masak sebelum dimasak kembali bersama lauknya. Jadi risiko nasi mentah atau masak tak rata, kurang. Dalam keadaan dapur gas yang apinya tak cukup besar tu untuk masak nasi 10 kg memang akan timbul masalah sikit tapi ketentuan Allah adalah yang terbaik, menu yang dipilih sesuai dengan peralatan yang ada.

Nasi🍚
4 cawan basmathi- cuci bersih tak yah rendam
1-2 helai daun bay
2-3 biji buah pelaga

Sebatang kulit kayu manis
2-3 sudu besar garam
Air yang banyak untuk merebus beras

RebusπŸ”ͺ🐐
1/4 bahagian lamb (Saya ganti dengan daging lembu)
2 ulas Bawang putih- belah 2
1 labu Bawang besar- belah 4
2-3 helai daun bay*
Sebatang kayu manis*
5-6 biji buah pelaga*
5-6 kuntum bunga cengkih*
1/4 camt serbuk halia *
Air secukupnya

🍟4-5 biji Kentang kecil

1/2 sudu teh rose water
Sedikit pewarna kuning
2-3 tangkai/ batang daun pudina
2-3 tangkai/ batang daun ketumbar
Gajus atau badam

Bahan tumis beryaniπŸƒ
2 labu bawang besar dimayang nipis
2 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 batang kulit kayu manis
2 biji Cili ijau fresh- jgn dipotong
Garam secukup rasa
1/4 sudu teh Lada hitam
1/4 sudu teh halia powder
2-3 biji fresh tomato- buang kulit, dadu kasar
1-2 biji capsicum hijau- dadu kasar
1/4 sudu teh serbuk pelaga
Gajus/ almonds jika suka
1/2 sudu teh arab mix spices
1/4 sudu teh kunyit powder
1/2 sudu teh masala curry powder tin hijau cap kapal.
1/4 cawan Minyak/ ghee untuk menumis( guna minyak sepenuhnya

STEP 1🐐
Bersihkan lamb, masukkan ke dalam pressure cooker dan rebuskan bersama bahan bertanda* sehingga empuk dan airnya tinggal sikit dalam secawan hampir kering.
Bila dah empuk, tapiskan serta asingkan lamb dari stock.

STEP 2🐐
Goreng kentang kecik sebijik2 sehingga golden brown sementara menunggu lamb empuk. Kalau tak de kentang kecik comel kentang biasa besar pon ok tapi potong bulat tebal dalam 1/2 inci.

STEP 3🐐
Dalam periuk besar, panaskan minyak/ ghee, gorengkan lamb tadi sehingga brown di kedua bahagian, angkat dan ketepikan sementara.
Dengan minyak yang sama, sautΓ© bawang besar sehingga light golden brown.
Masukkan bawng putih, kulit kayu manis tumis sehingga berbau harum dan masukkan fresh tomato.
Teruskan masak/ sautΓ© sehingga tomato hancur.
Masukkan capsicum, cili ijau, coriander powder, lada hitam powder, arab mix spice, kunyit powder, masala curry powder, halia powder, gajus dan garam secukup rasa.
Kacau sebati, masukkan kentang goreng dan lamb.
Kacau sedikit supaya bersalut pada lamb, masukkan secawan stock lamb tadi, tutupkan periuk dan renehkan menggunakan api perlahan sehingga kering dan hampir pecah minyak.

STEP 4🐐
Sementara menunggu lamb kering anda boleh terus buat step ni.
Dalam periuk lain, panaskan air sehingga mengelegak (air banyak macam nk rebus pasta), masukkan garam dan tunggu sehingga air boiling sekali lagi dan masukkan sehelai daun bay dan cardamom pods serta kulit kayu manis.
Masukkan basmathi rebuslah beras sehingga 3/4 masak.

Bila beras dah 3/4 masak jadi double saiz, off kan api, tapiskan airnya dan terus masukkan ke dalam periuk yang ada lamb.
Perlahankan api sekecil yang mungkin.
Tuangkan 1/4 cawan air panas serata permukaan nasi.
Campurkan pewarna kuning , rose water bersama 2 sudu besar air dan siramkan ditengah2 periuk atau pon buat tompok2, jangan dikacau, biarkan jer.
Masukkan daun pudina dan daun ketumbar..letak setangkai2 kat atas tu ok.
Ambil aluminium foil cover kemas periuk, tutupkan dengan penutup periuk dan tanaklah sehingga nasik masak selenuhnya dalam 10-15 minits.
Bila dah off api biarkan 2-5 minit baru buka penutupnya, ke.uarkan daun kat atas tu dan telangkupkan ke dalam dulang@ pinggan hidangan anda.
Selamat mencuba.
Sesuai dihidangkan dengan maraq vegetable, salad dan timun yogurt.

Timun with yogurt.🍡
1 cawan plain yogurt
1-2 biji Japanese cucumber/ timun biasa pakai 1@1/2 jer kalau besar-parut kasar guna pemarut.
Garam secukup rasa.
A pinch of dried mints.
Campur semua bahan dalam mangkok dan kacau sehingga sebati.
Sejukkan sebentar dalam peti sejuk baru hidang ngan nasi.

NOTE:-✏️πŸ“
Masa tanak nasik tu lydia boh alas khas bawah periuk tu supaya nasik tak hangus dan masak cantik. Pengalas tu memang ada jual kat sini look like tudung periuk leper tapi ada lubang2 kecil.



Monday, September 19, 2016

Ikan talang tumis daun limau purut


Hari minggu baru ni, masak ikan talang yang dibeli di pasar sg yu. Kalau kebiasaΓ nnya ikan talang ni lebih sinonim dengan ikan masin...dan rata2 orang tak pernah makan ikan talang fresh.

Hakikatnya, ikan talang fresh ni sangat sedap, isinya lemak dan yg saya beli ni isinya lembut. Ikut kata hubby, masa diorg berkursus di pulau pangkor, ikan talang ni jadi menu utama dalam hidangan makan tengahari dan makan malam mereka. Diorg masak kari, masak kicap....macam2 masakan boleh.

Saya pilih untuk masak tumis bersama daun limau purut....sedap. Resepi yang dikongsi oleh kak azie....salah seorang peniaga di pasar sg yu tu.... Kak azie ni ramah orangnya...dan bermurah hati share resepi2 masakan yang sedap2.... Nama masakan tu saya cipta sendiri sebab kak azie pun tak tau nak letak nama apa...πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.

Kak azie....nampak cam garang jer....tapi sebenarnya ramah.....meriah pasar tu kalau ada kak azie.

Saya selalu ditanya di mana saya belajar memasak. Jujurnya saya belum berkemampuan menghadiri kelas2 formal yg disediakan.... Kebanyakan ilmu masakan saya peroleh dari pemerhatian, group masakan, encik google, daripada kawan2 dan melalui sembang2.......

Kalau ke pasar, ada spesis ikan yang saya tak pernah masak atau rasa, saya akan tanya si penjual macam kak azie ni.....masakan apa yg sesuai....rezeki baik boleh dapat resepi baru yang super licious. Sukatan bahan tu kena la adjust sendiri....dan ada yang nama resepi kena cipta jugaklah....πŸ˜‰πŸ˜‰.

Kalau beli sayur pun sama...tanya orang jual tu macam mana rasa dia dan cara nak masak.


Ikan talang tumis daun limau purut @ ZLC

4 keping ikan talang - cuci bersih, lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng.

Bahan Tumis

15 biji cili padi - ketuk
1 biji bawang holland/besar - hiris bulat
6 ulas bawang putih - ketuk
2 batang serai - ketuk
6 helai daun limau purut - hiris
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air asam jawa cair
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan serai. Tumiskan seketika hingga bawang sedikit layu. Masukkan air asam dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan dan gaul rata. Akhir sekali masukkan daun limau. Kacau rata. Biarkan seketikan dan tutup api. Dah siapppp....makan dengan nasi panas pun sodap.

Mee goreng hijau


Menu sarapan dan bekal anak2 ke sekolah hari ni. Lama dah tak buat. Malam tadi teringatkan menu ni....anak2 suka. Kebetulan daun sup dan daun bawang baki masak lauk briyani johor semalam ada lagi. Tu yang terus proceed jer dengan menu nih.

Kalau sebelum ni saya guna pasta, kali ni saya guna mee sanggul Bumibes yang dibeli di Pulau Pinang, keluaran bumiputera.

Pagi2 ni malas nak celoteh panjang....jom la semak resepi....


Mee/pasta goreng hijau @ ZLC

Bahan2:
Air secukupnya
1/2 bungkus mee lidi sedikit (boleh guna mee sanggul atau pasta)
minyak masak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicindang
2 sudu besar kicap cair
1 kiub pati ayam (optional - saya tak letak)
sedikit garam
sedikit lada sulah (optional)
10 ekor udang segar (nak letak lebih pun ok jer, kalau nak ganti dengan sotong, daging atau ayam pun boleh )
1/2 biji kobis ~ dihiris (kali ni guna sawi pendek)

Bahan dikisar :

2 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau (Boleh tambah ikut citarasa)
4 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang

Cara

Didihkan air, rebus mee/pasta, angkat dan toskan. Gaul mee/pasta bersama sedikit minyak sehingga rata dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak , tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga keemasan.

Masukkan bahan kisar dan tumis hingga airnya kering sedikit. Tambah kicap cair bersama kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau lagi.

Masukkan udang dan kacau rata. Biarkan udang masak seketika. Masukkan mi dan sawi,  gaul rata sehingga masak. Hidangkan bersama sedikit serbuk lada sulah jikalau mahu.