Pages

Wednesday, August 31, 2016

Kek Mentega Cempedak


Tak tahan godaan si Harum Mawar kat fb akak pun apa lagi, berusaha mendapatkan cempedak terbaik utk akak godek jugak jadikan kek cempedak harum semerbak. Masih kekal guna resepi biasa yang digunakan sebelum ni....resepi kek mentega cempedak.


Memang puashati dengan buah cempedak yg dibeli otw balik dari segamat....isi manis leting, empulur dia pun manis, isi penuh dan tebal.....warna pun cukup menarik...sama seperti yang dimaklumkan oleh sipenjual. Rugi pulak beli dia biji jer....nak pegi lagi jauh sangat la pulak.

Sambil buang bijinya untuk kek tangan asyik terbabas suap buah ni ke mulut....tak sempat nak goreng celup tepung dah nampak gayanya...habis baki cempedak ni kami anak betanak makan mentah....anak3 pun suka sangat la.

Bijinya pulak saya kumpul....nanti boleh semai dan rebus selebihnya.


Kalau buat kek ni mesti tak boleh sabar tunggu sejuk.....keluar jer dari oven terus saya angkat keluar dari loyangnya......dan tanpa menoleh kanan kiri lagi terus jer potong 1/4 kek.....daripada 1/4 bahagian tu, lebih separuh masuk perut saya....😣😣😣😣....macam mana nak diet......dua tiga menjak ni asyik tergoda jer bila gambar kek lalu lalang depan mata.... 

Kek mentega cempedak @ ZLC

Bahan-bahan

250 gram mentega 
200 gram gula caster (kalau buat plain butter kek gulanya boleh tambah jadi 250 g)
250 gram tepung gandum + 1 1/2 sk baking powder - ayak
4 biji telur gred A
250 gram isi cempedak, buang biji dan potong kecil-kecil guna gunting jer senang


 Caranya

1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan gebu.
2) Tambah telur dan pukul hingga gebu.
3) Masukkan tepung dan kacau dengan spatula secara kaup balik.
4) Masukkan isi cempedak dan gaul ala kadar jer supaya isi masih berkeping-keping.


5) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius (suhu saya pakai 160 celcius jer - ikut oven jugak la) atau sehingga masak. (Saya bakar guna loyang 9 inci....kek sedang elok tingginya....cepat masak.....dan cepat boleh ngap)


Nasi Briyani Abang Sado JJ


Sesekali memenuhi permintaan nasi briyani abang sado jj untuk majlis raya kat opis member aritu. Dah nak raya haji baru nak update kat blog. Malas kemain nak menaip.

Masakan encik hubby ni memang mantops...sedap tak hengat....hehhehe. Jarang2 kami ambil tempahan sebenarnya...sesekali. Buat suka2 sebab en hubby dan saya masih bekerja, hujung2 minggu atau kalau hari bekerja saya akan mula memasak waktu subuh sebelum pegi kerja. Selalu sangat tak mampu juga nak buat.

Tengok gambar nasi ni....ngences ko.....
😄😄😄.

Bau lauk briyani ni sampai ke rumah jiran sampainya......kalau makan dengan tangan...bau rempah dia melekat. 


Kalau nak resepi ble klik DI SINI YER.

Dalca ni optional - atas permintaan yang.mengoder sebab biasanya briyani johor ni tak dihidangkan dengan dalca. Kalau yang nak saya sediakan dengan additional charge.


Tuesday, August 30, 2016

Pau sambal ngan burger malaysia....beza ke???

Resepi pau saya olah dari sumber Hazizah che uzair yang di share kat MAHN jadi pilihan utk bekal sekolah anak petang ni. Kuih ni ada yang panggil burger malaysia, pau sambal, donut sambal......tapi rasanya sama ajer kan.... Tak kisah la nak panggil apa2 pun...janji sedap meletopssss...


Untuk sambal pau ni saya kisar halus semua bahan kecuali serai sebab mudah anak2 nak makan...takde la terpilih2. Kalau tak mau kisar bilis dan bawang besar nak potong bulat pun ok juga....terpulang selera.

Pau sambal

1/2 paket yis
3 sb susu pekat
2 sudu gula
1/2 cawan air suam

Satukan semua bahan.
Biarkan berbuih dlm 15 minit.


2 cawan tepung gandum
2 sb mentega
1 sk garam
1 sk baking powder
Satu semua bahan dan gaul dgn jari jadikan dia sebati.

Masukkan adunan yis dlm tepung dan gaul sebati. Gaul sebati jer perlu uli sampai doh licin berkilat.

Setelah sebati, perap hingga kembang selama 40 minit (tutup dgn kain bersih yg lembap).

Setelah kembang, tumbuk buang angin.. tangan sapu tepung sikit gaul2 manja jd doh bulat..

Bulat2kan doh ikut besar mana nak... (xnk melekat boleh tabur tepung atas dulang tu) pastu biarkan lg 15 minit..

Panaskan minyak dan goreng dgn api kecik. Angkat dan toskan.

Belah dua. Sapu dengan sambal tumis dan letak hirisan timun. Siap...



Resepi sambal tumis ikan bilis kisar ZLC

1 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
20 biji cili kering - rebus/rendam lembut
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batan serai - ketuk/titik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugur
Minyak untuk menumis

Kisar semua bahan kecuali serai hingga lumat.
Tumis  baham kisar termasuk serai dan asam keping hingga naik bau dan pecah minyak. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sambal sedikit kering.




Monday, August 29, 2016

Sambal tumbuk jawa


Menu simple2 pun kekadang boleh membuka selera. Tambah2 kalau kita jadi tukang makan...masakan orang tersayang....memang tak pandang kiri kanan dah...


Sambal ni makan dengan sayur rebus camni pun dah sedap sgt....tq en hubby....sediakan makanan tengahari ni.




Sambal tumbuk jawa

3 biji cili merah + cili padi secukupnya
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan

Goreng semua bahan. Mula2 goreng bilis dulu sampai garing. Bila buih2nya dah kurang maknanya bilis dah cukup garing. Angkat dan toskan. Lepas tu goreng pulak bawang2 dan cili sampai layu jer tak perlu sampai garing.(Bila goreng cili, bawang, kuali kena tutup sbb cili tu meletup). Toskan dan tumbuk kedua2 bahan goreng tadi.

Saturday, August 27, 2016

Gadjet free night - alih perhatian anak-anak dari gajet dengan aktiviti menyeronokkan


Camp fire malam ni di hutan batu anjuran ummi untuk menceriakan anak2 dan rakan2 mereka. Dua tiga hari ni sejak ummi maklumkan rancangan perkemahan dihutan batu pada anak2 tak sabar bertanya bila jumaat malam nak tiba.

Masing2 teruja. Tambahan pula perkemahan kali ini bersama rakan2 lain. Perkemahan bermula selepas maghrib sampai penat. Rancangannya nak bermalam dalam khemah....ummi turutkan ajer asalkan semuanya happy.




Menu yang ummi sediakan simple2 ajer....sosej...megi....dan parents lain pun turut sediakan perbagai makanan kegemaran anak2....roti ada, buah ada, jagung rebus ada.....pendek kata....macam2 ada 😃😃😃😃.


Sedari tadi riuh rendah suara masing2....entah boleh lelap ker tidak tu.... Sampai hampir 12 tengah malam semuanya masih potpet potpet...sesekali saya jengok-2tengok keadaan diorg kat dalam khemah tu. Untuk memastikan semuanya ok.




Awal pagi dah bangun....nak pasang unggun api...kesejukan katanya....mana tak sejuk, kipas angin sampai dua pasang depan pintu khemah. Ubat nyamuk elektrik pun hubby pasang, nak pastikan tidurnya tiada gangguan.



Sarapan pagi ummi sediakan air coklat panas, cucur bilis dan megiiiiii lagi atas permintaan ramai....hahahha.  Selepas sarapan, mandi dan tiba la acara yang masing2 berat hati nak lakukan....acara kawan2 pulang ke rumah masing2. Semuanya cakap tak puas tapi kami nak bergerak ke segamat pagi ni, atas urusan keluarga. Kesian tengok muka masing2...permintaan diorang, lain kali kita buat lagi, buat lama2. Tak nak satu malam jer. Ok insya Allah, ada rezeki kita buat lagi....ajak lebih ramai kawan2.....champ fire dalam hutan batu...tanpa masing2 sibuk dengan hp, game, tv.....

Wednesday, August 24, 2016

Kuih Tokyo


Minum petang...semangat nak mencuba resepi Aznie Khasri. Sedap...mudah jer buat...macam apam balik cuma saiz comel2. Saya buat perisa pandan...satu adunan boleh dapat berpuluh2....kenyang makan.


Resepi Apam Tokyo /Kuih Tokyo

Bahan-Bahan:

½ cawan gula pasir/perang
1 biji telur
1 ½ cawan air (boleh guna air pandan)
2 cawan tepung gandum
½ sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

Bahan Filling :

Kacang tanah goreng (tumbuk) + gula pasir.
Kelapa parut putih + gula.
Kaya
jem strawberry.
Jagung cream

**Saya guna kelapa parut gaul dengan gula perang dan sedikit garam. Saya letak jagung krim diikuti dengan kelapa parut kemudian lipat.



Cara Membuat:

1. Blend gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi.
2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati.
3. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada kuali non stick...
4. Tuang 2 sb  adunan tadi, kemudian bulatkn..  Buat comel2 ye....
5. Biarkan seketika, kemudian letak filling yg kita suka dan lipat.. Bole la diangkat..


Monday, August 22, 2016

Dutch mini pancakes (poffertjes)


Sejak minggu lepas dua tiga kali Dutch mini pancakes (poffertjes pronounced “pufferchess”)  ni lalu kat wall. Nampak menarik dan comel2 jer. Saya mula google resepi sebab malu nak mintak kat org. Ada beberapa resepi pilihan...ada yg guna baking powder...dan ada yang guna yis sebagai bahan penaik.

Saya pilih yang guna yis berdasarkan.sumber, resepi tu lebih asli. Resepi http://ohmydish.com/recipe/dutch-mini-pancakes-poffertjes/ menjadi pilihan saya kali ni. Puas hati dengan hasilnya. Banyak dapatnya pulak tu...utk adunan 250 gm tepung.



Dutch mini pancakes (poffertjes)
Poffertjes (pronounced “pufferchess”)

Bahan2nya

250 gm tepung gandum
2 sb gula
350 ml susu
Sedikit garam
7 gm yis kering
1 biji telur

Mentega
Gula ising secukupnya

Cara2nya

Panaskan susu sehingga suam2 kuku. Masukkan gula dan yis, Kacau rata. Biarkan selama 5 - 10 minit hingga berbuih.

Masukkan tepung dan.garam.ke dalam mangkuk. Tuangkan adunan yis perlahan2 sambil kacau rata menggunakan whisk. Masukkan telur dan kacau lagi hingga adunan betul2 sebati.

Tutup mangkuk dan.biarkan selama lebih kurang sejam atau sehingga adunan naik dua kali ganda.

Masukkan adunan Dutch mini pancakes (poffertjes) ke dalam piping bag tanpa nozel (saya guna sudu jer). Panaskan poffertjespan. Kalau takde boleh tuang atas pan nonstick. (Saya guna acuan bulat sama macam poffertjespan tu, tapi tujuan asal beli utk buat Thai Coconut Rice Pancakes or Khanom Krok).

Tuangkan adunan ke dalam acuan. Jangan tuang terlalu penuh sebab nanti adunan akan melimpah.
Terbalikkan adunan setelah permukaan bawahnya keperangan dan masak permukaan yang satu lagi hingga perang. Angkat dan susun di dalam pinggan. Taburkan gula ising. Hidangkan suam dengan mentega, jem, madu atau mapple syrup.



Sunday, August 21, 2016

Sira buah cermai


Projek mengutip cermai dari pokok yang ditanam di kawasan surau. Buahnya dah mula lebat tapi tak ramai yang pandai nak.mempelbagaikan kegunaannya. Banyak buahnya berjatuhan di tanah....sayang kalau tak dibuat sesuatu. Sebelum ni ada ahli kariah yg jadikan jeruk. Bila saya pegi semalam buahnya masih banyak bergayutan. Saya petik buah yg dah tua. Dapatlah setengah besen.



Balik ke rumah terus saja saya proses untuk jadikan manisan dan bawa ke surau yg kebetulan ada majlis ilmu. Boleh la ahli kariah lain merasa hasil tanaman di surau tu.

Idea nak buat ni saya google kat tenet.  Jumpa idea nak menyira ni dari blog suri solehah. Memang berbaloi buat....rasanya masam2 manis dan boleh leka memakannya.


Sira buah cermai @ ZLC

1/2 besen Buah cermai - basuh bersih. Rendam dengan air himgga tenggelam semua buahnya.
Masukkan 1 sk kapur masakan dan gaul rata. Biarkan semalaman atau 6 - 8 jam. Bersihkan dan toskan.

Dalam kuali satukan cermai, 1 1/2 cawan gula dan sedikit garam. Masak himgga air yg keluar dari buah cermai kering dan gulanya memekat serta warna cermai berubah kemerahan. Tutup api.

Sejukkan. Sedia dimakan.



Nasi ayam special


Menu hari minggu. Menu kegemaran anak-anak. Kalau masak nasi ayam makannya berulang2. Kalau boleh nak menu ni hari2.😄😄😄. Hari ni ada tetamu cilik. Kawan2 anak datang bermain kat rumah. Dah alang2 diorang main sampai tengahari, saya ajak makan sekali.

Nasi ayam ni bahannya tak renyah,.cuma kerjanya agak banyak sebab stepnya banyak. Puas makan buat sendiri. Supnya pun takde la kosong ajer....penuh dengan sayuran.

Ayam saya guna organik...saiznya kurus2 jer. Rebusnya pun kena lama sikit berbanding ayam daging biasa. Jom la makan. Perut dah keroncong sebab jam pun dah pukul 2.30 petang nih......


Nasi ayam special @ ZLC

STEP 1

Penyediaan stok ayam

1 1/2  ekor ayam-  potong ikut suka
4 inci halia - hiris kasar
Air untuk merebus
Garam secukupnya

Rebus ayam hingga empuk dengan halia. Masukkan garam kacau rata. Biarkan seketika. Tutup api. Asingkkan ayam dan air rebusan.


STEP 2

Sediakan nasi

6 pot beras basmathi - basuh dan rendam selama 30 minit dengan sedikit garam dan tos.

Bahan tumis

1 labu bawang besar - hiris
7 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
7 biji buah pelaga
2 batang serai diketuk

1 sb minyak sapi
7 sb minyak masak

8 pot air rebusan ayam
Garam secukup rasa

Tumis bahan tumis hingga naik bau dan bahsn hiris keperangan. Masukkan air rebusan. Biarkan mendidih. Masukkan beras dan perisakan dengan garam secukupnya.

Bila air dah mengering, kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan nasi masak sepenuhnya selama sekurang2nya 5 minit. Tutup api dan biarkan 5 - 10 minit sebelum dikareh rata.


Step 3

Penyediaan ayam

Ayam yang telah direbus daan ditoskan

Bahan lumur/ perap

5 sb kicap pekat
5 sb madu
5 sb sos tiram
Garam secukup rasa
2 sb serbuk halia (atau tumbuk lumat 5 inci halia)
2 sb serbuk bawang putih (atau tumbuk lumat 10 ulas bawang putih)

Gaul rata bahan diatas dengan ayam yg telah direbus dan ditoskan tadi. Perapkan sementara menunggu nasi, sup dan sambal siap.

Goreng sebentar sebelum dihidangkan. Jangan.goreng terlalu lama nanti ayam keras.


STEP 4

Penyediaan sup

Air rebusan ayam.

Bahan tumis

1/2 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris

Pelengkap

Cendawan tiram
Tomato dibelah 4
2 batang celery - potong kecil
Hirisan daun sup/bawang/ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bahan tumis hingga keperangan. Tuangkan ke dalam periuk berisi air rebusan. Didihkan dan masukkan bahan2 pelengkap. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.


STEP 5

Penyediaan Sambal Kicap

Kisar 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 20 biji cili padi, 1/4 cawan kicap, 3/4 cawan air rebusan ayam, garam dan gula secukup rasa, 1/2 cawan sos cili, 4 sb cuka. Tuang ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.


STEP 6

Hidangkan nasi ayam.bersama salad segar pilihan.

Friday, August 19, 2016

KEK MARBLE SAYANGKU KAPTEN ZAIDI


Sejak musim drama kapten mukhriz kat TV, kerap pulak gambar kek baju askar ni lalu kat wall. Geram jer tengok. Tak boleh jadi ni, akhirnya malam ni sambil tengok chong wei pukul bulu tangkis, kita ke dapur adun kek.... Strategy nak hilangkan stress tengok game semi final tu.

Untuk kek ni saya guna resepi noorfaizah Omar yang saya cilok kat blog azlita. Kek ni sebenarnya kek mentega biasa jer...tapi coraknya seakan baju askar tu....dah tu tengah hangat dengan drama kapten mukhriz jadi ada la yg panggil kek sayangku kapten muhkriz...tapi sebab ai tak sayang kapten mukhriz ai tukar la nama dia jadi sayangku kapten zaidi... kek kitakan...suka hati kita la nak letak nama sapa...😃😃😃.

Kek saya ni agak nipis kejadiaannya sebab saiz loyang terbesar sikit....tak padan dengan adunan. Tapi ok la...nak makan sendiri jer kot...lain kali kita ikut saiz sebenar yer...kalau buat lagi...

KEK MARBLE SAYANGKU KAPTEN...

250 gm butter
1 cawan gula halus
4 biji telur A
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna hijau, hijau muda, coklat, coklat muda


Pukul butter dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sebatikan
Masukkan susu cair dan tepung berselang seli dan sebatikan
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas
Letakkan pewarna untuk setiap bekas
Tuang dalam loyang 8 inc yang di lapik kertas minyak dan di oleh butter
Tuangkan pewarna tu satu sudu dan di letakkan secara rawak.
Buat sampai habis.
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170c
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.


Kek Alunan Kasih

Kek alunan kasih bertukar tangan sudah. Panas2 lagi dia dah bertemu tuan baru. Disebabkan milik orang takde la operasi membedah kek. Takde posing maut kali ni...

Kalau ada pun ehsan sipemilik baru.


Kalau berminat nak resepinya ada diLink ini, klik ajer yer.

Mulberry and banana smoothie


Pepagi lagi anak-anak dah sibuk nak buat smoothie sendiri. Sejak dua menjak ni, ummi izinkan diorg guna blender sendiri untuk buat shake la, fruit juice la, pantang nampak buah-buahan yang mudah dikisar, ada jer la idea diorg nak kisar.

Semalam untie puspa singgah ke rumah, macam biasa tak pernah dengan tangan kosong. Ada jer buah tangan yang dibawanya. Alhamdulillah....moga berganda2 rezeki untie puspa Allah balas. Semalam buah tangannya pisang, ermmmm apa lagi budak2 ni. habis sesikat dijadikan smoothie. Pagi2 ni sambil ummi siapkan sarapan, sibuk pulak diorg minta izin nak buat lagi dengan pisang yang masih berbaki. Ummi izinkan ajer, dan suggest campurkan dengan mulberry yang tengah ranum dalam pasu depan rumah tu. Selain warna yang lebih menarik, rasanya pun lagi lazat....lemak, masam2 manis gitew...


Mulberry and Banana Smoothie by anak2 syurga ummi
(Jumlah bahan ikut citarasa yer, takde sukatan)

Pisang berangan masak
Mulberry
Susu segar
yogurt tanpa perisa
Gula perang atau madu secukupnya
Ketul ais

Kisar semua bahan hingga lumat dan hidangkan.