Pages

Wednesday, October 29, 2014

Chewy gooey brownies

Sejak dah tercuba resepi brownies ni terus tak sabar2 nak buat dan buat lagi....kali ni buat sebagai besday cake untuk anak sulung....seronok bukan main sebab ummi hias supaya nampak lebih jelita...padahal brownies jer kot.....

Saya buat dua biji.....satu letak worm candy tu bagi nampak gempak dan bertambah jelita....seronok anak2....siap puji macam beli kat kedai.....yer ke hebat sangat.....hahaha...alaihai anak2ku....korang la judge paling baik untuk semua masakan ummi

Bahan2nya

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.

Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

@@@@@@@

90 gm tepung
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ( kali ni tak sempat nak cari...saya ganti dengan semi sweet choc chip)

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit

Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

@@@@@@@

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc.
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter ke dalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.

Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.

Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

Buat 1 1/2 bancuhan....buat dua ketul guna loyang 8 x 8

Gambar bawah ni antara bahan2 yang saya gunakan untuk brownies kali ni....

Milk compound jenama beryl's.......brand yg saya suka selain selbourn..

Mentega golden churn......sesekali melayan tekak yg nak bermewah2an.....hahaha....selalunya guna mentega farmcow atau buttercup jer pun....

Seni-sweet choc chips hershey's.......chop chips ni adik bg sebelum balik bahrain.....mengosongkan stok bahan mentah kat rmh dia.....nanti berlapuk sbb entah bila nak balik m'sia pulak...

Inilah hasilnya setelah dideco ala kadar....



Kuih BOM


Kuih bom ubi keledek.....ada yang buat guna tepung pulut....tapi saya suka yg guna keledek sebab lembut. Buat ni sebab nak habiskan inti kelapa hijau yang dibuat untuk kuih koci pulut hitam....

Doh keledek

3 biji keledek saiz besar - kupas, potong kecil dan dikukus hingga empuk, lenyek

(Saya lebih suka mengukus keledek berbanding merebus dlm penyediaan kuih muih kerana ia kurang berair dan hanya perlu menambah tepung yg sedikit. Tepung yg terlalu banyak akan menyebabkan kuih muih kita jadi liat dan kurang enak)

2 cawan tepung gandum
garam secukupnya

satukan semua bahan dan uli sebati hingga jadi doh yg lembut.

Inti

1/2 biji kelapa parut
gula kabung/merah atau gula putih ikut citarasa memasing (kalau guna gula putih boleh la letak perisa dan pewarna lain)
sedikit garam
1/4 cawan air
2 sb tepung gandum
Daun pandan disimpul

Satukan semua bahan di dalam kuali kecuali tepung. (saya sula guna kuali...senang nak kacau)
Masak hingga gula hancur dan inti agak kering dan berkilat. Kacau selalu bg mengelakkan inti hamgus. Taburkan tepung gandum dan kacau seketika untuk memasakkan tepung tersebut. (Tepung ni supaya inti tidak berair dan senang dibulatkan.

Bijan secukupnya


Cara2 penyediaan kuih bom

ambil sedikit doh dan leperkan. Masukkan inti yg telah dibulat2kan sebesar guli. Tutup inti dengan doh dan bulatkan. Gelekkan doh dengan bijan hingga menutupi keseluruhan doh. Buat hingga selesai. Susun kuih yg telah siap di dalam bekas kedap udara dan simpan didalam freezer atau goreng kuih hingga keperangan dengan api sederhana.

(saya bekukan kuih untuk stok kuih sarapan atau minum petang)



Tuesday, October 28, 2014

Roti pandan kismis hitam

Resepi asal roti asas ( Egg enriched white bread) dari buku bread made easy BM450 Kenwood. Saya olah sedikit dengan menambah pes pandan dan kismis.


BM ni sebenarnya bukan buat roti aje....boleh buat jem....kek...ada banyak gak program dia..tapi saya guna untuk buat roti jer.....

Resepi kek dan jem dalam buku ni.....entah bila nak cuba yer....tea bread pun ada gak resepinya dlm tu....

Ini lah hasilnya pagi ni, roti hijau yang kismisnya dah hancur......huhuhu.....selepas 2 jam 50 minit....fully auto.........yang dia tak buat...potong roti dan makan jer....


Bahan2nya

2 biji telur + air (saya guna air suam) = 380 ml
1 1/2 sb minyak masak
600 gm Tepung gandum tanpa peluntur
1 1/2 sk garam
4 sk gula
1 1/2 sk yis (saya guna 1 paket 11 gm)
Saya tambah 1 sb pes pandan dan 1/2 cawan black jumbo raisin

Kalau guna bread maker masuk bshan ikut turutan. BM jenama kenwood guna program no 1.

Kaedah lain, satukan semua bahan dan uli hingga doh tak lekat ditangan/bekas dan kelihatan licin. Terbaik kalau dapat doh yang elastik.

Tutup doh dengan tuala lembab atau sapu dengan minyak dan tutup bekas. Perap doh sehingga dua kali ganda ssiznya selama lebih kurang 1 jam.

Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Dan uli selama sepuluh minit. Masukkan doh ke dalam loyang yang dioles sedikit minyak atau mentega.

Biarkan naik sekali ganda sebelum dibakar pada suhu 180 C selama 20 - 30 minit atau hingga doh keperangan.

Sunday, October 26, 2014

Sup ekor berempah

Menu tengahari ahad sup ekor berempah...


Bahan2nya

2 batang ekor lembu dipotong (selalu beli  orang pasar tu akan potongkan....jangan masak sebatang panjang tu pulak....tak pernah dibuat orang....hehehe) - rebus sampai empuk.

Rempah tumis
2 sb rempah sup (yang ini boleh ditambah ikut citarasa....kalau nak sup yg lebih pekat dan kuat rasa rempahnya boleh gandakan....saya letak sikit sebab anak2 tak suka sup pekat sgt)
3 sb serbuk cili
10 ulas bawang merah -hiris
10 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 batang serai dititik
minyak untuk menumis

(Ikut citarasa)
3 batang saderi
tomato
karot
cendawan
Dan lain2

pelengkap rasa

perahan limau atau 3 keping asam gelugur
seketul gula batu anggaran sebesar ibu jari
garam secukup rasa

hiasan
daun sup & daun bawang
atau 
daun ketumbar

Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau.
masukkan kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang. Biarkan seketika.
Masukkan serai, rempah kari dan serbuk cili. Tumis hingga pecah minyak. Tuangkan dalam periuk sup. Masukkan pelengkap rasa. Biarkan merenih selama setengah jam. Masukkan sayuran dan masak hingga sayuran empuk.

Masak lemak siput sedut

Masakan hubby yang menjadi kegemaran anak2.

Bahan2nya

1 kg siput sedut dipotong hujungnya.
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 inci halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 ketul kunyit hidup
10 biji cili api (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
2 batang serai
2 keping asam gelugur
Keledek/keladi/kentang di celur empuk. (Kali ni tak letak)
_________
Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan cili api.
Tumiskan bahan kisar dan serai dengan sedikit minyak hingga naik bau.
Masukkan siput, asam dan air sehingga tenggelam siputnya.
Masak sehingga mendidih dan siputnya masak lebih kurang 15 minit.
Masukkan santan, keledek dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih. sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak.

Roti puree/puri

Ini la roti puree menu sarapan pagi ini....dihidangkan dengan keema yang saya buat aritu. Resepinya dari haida @ cooking with love. 


Tips zulfaza: Roti ni kalau nak cantik kembungnya api dan teknik kena betul..... Apinya jangan terlalu kuat dan jangan terlalu kecil....sedang2 jer.....lepas tu bila dah masukkan doh dlm minyak...siram2kan doh tu dengan minyak sampai kembung sepenuhnya sebelum diterbalikkan...

2 cwn tpg gandum
1sudu yis kering/mauripan
3 sudu gula (boleh kurang ikut suka kemanisan)
3 sudu minyak masak
3/4 cawan air suam
secubit garam

cara:

Campurkan tepung dengan yis dan kacau rata.
Cairkan gula dan garam dlm air suam
Campurkan minyak ke dlm air td.
Kacau rata kemudian masukkan air ke dlm tepung sedikit demi sedikit sambil kacau.
Uli sampai tak melekat di tangan.
Perapkan 30 minit (bertutup)
Tumbuk tumbuk doh utk keluarkan udara.


Buatkan bulat bulat (sapu tepung di tangan supaya tak melekat) saiz ikut suka.
Tekan leper dan goreng

nota: pastikan api sederhana dan goreng satu satu.......jangan terbalikkan cepat sangat kalu pertama nanti tak mengelembung, siram2kan minyak sampai kembung baru terbalikkan.......terbalikkan dua tiga kali sampai masak. utk hasilkan roti yg cantik dan masak sekata.


Toskan...dan hidangkan....

Daging dendeng

Tadi pegi pasar beli daging ros kat gerai angah. Minta Angah tolong potong nipis untuk dendeng terus....senang sbb pisau angah tu super tajam....nanti terus basuh, rebus jap, tos dan goreng jer...tak payah nak rebus seketul besar......lepas tu baru nak hiris nipis....

Daging ni ada orang yg tumbuk leper2kan lepas goreng tu....tapi saya tak cukup rajin...



Untuk dendeng ni masih gunakan resepi big bos kat tempat keja tu.....selain daripada resepi tu mudah...sedap pulak tu...anak2 saya suka sbb saya pun tak buat pedas sangat......sekejap jer dah habis....makan dengan nasi dan baki roti puree pagi tadi...

Bahan2nya

1 kg daging ros/steak
20 - 30 biji cili kering kisar halus
20 ulas bawang merah rose
kicap masin dan gula secukup rasa
Air asam jawa yg dibancuh dengan air rebusan daging

rebus daging hingga empuk dan toskan. Hiris nipis. Goreng hingga garing dan ketepikan.
gunkan minyak yang sama, tumis cili dan bawang merah hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan kicap dan gula secukup rasa.
Masukkan daging dan gaul sebati, amgkat dan hidangkan..sedia dimakan.....


Saturday, October 25, 2014

Grill pineapple with caramel sauce


Minum petang arini buat simple jer.....nenas pahang yg dimakan dengan sos caramel..... Sos saya ni tak likat sangat sbb saya terletak air lebih...pastu tak masak sampai jadi amber color pun.....alasan nak makan cepat sebabb jap lagi nak kuar ada program......tapi rasa ok la....sesuai dah dengan nenas yg super masam tu....

bahan2nya

2 biji nenas dikupas dan dipotong bulat setebal 1 cm
mentega

Sapu mentega pada nenas dan panggang nenas di atas kuali non-stik  hingga masak macam gambar kat bawah nih....


Sos caramel

http://www.epicurious.com/recipes/food/views/Classic-Caramel-Sauce-51204230

Ingredients

3/4 cup heavy whipping cream (saya guna susu cair sbb stok whip cream takde)
1/2 cup (3 1/2 ounces) granulated sugar 
2 tablespoons water
1 teaspoon honey (madu ni saya letak lebih)
4 tablespoons (2 ounces, 1/2 stick) unsalted butter, softened (saya guna mentega biasa jer)
1/2 teaspoon pure vanilla extract

Preparation

Bring the cream to a boil in a 1-quart saucepan over medium heat.

Cook the sugar, water, and honey in a 3-quart heavy-duty saucepan over high heat until the mixture comes to a boil. Brush around the inside of the pan with a damp pastry brush at the point where the sugar syrup meets the sides of the pan. Do this twice during the cooking process to prevent the sugar from crystallizing.

Cook the mixture over high heat, without stirring, until it turns amber colored, 6–8 minutes. Lower the heat to medium and slowly add the hot cream to the sugar mixture while stirring constantly. The cream will bubble and foam. Continue stirring to make sure there are no lumps. Remove the saucepan from the heat and stir in the butter until it is completely melted. Then stir in the vanilla.

Transfer the caramel sauce to a bowl, cover tightly with plastic wrap, cool slightly, and serve warm.

Keeping:Store caramel sauce in a covered container in the refrigerator for up to 2 weeks. Cautiously warm in a microwave oven or in the top of a double boiler until fluid before using.


Hammour Majboos (Arabian Fish pilaf) طريقة مجبوس سمك الهامور

Hidangan nasi arab ikan untuk makan tengahari yang dah petang.....pelengkapnya sotong goreng tepung dan salad arab.....

Biasanya nasi arab yang ada kat malaysia ni samada guna ayam atai kambing sebagai lauknya...tapi hari ni saya tukar selera dengan menghidangkan nasi arab ikan pulak.

Resepi saya ambil dari http://julienjulia.blogspot.com/2013/01/hammour-makbous-arabian-fish-and-rice.html?m=1
Ingredients:
1 kg Hammour slices or fillet (ikan saya guna fillet ikan pecah periuk dengan jenahak)
2 cup basmati rice
1 big onion, chopped or wedges
1 tomato (big chunks)
1/2 cup fresh cilantro, chopped coarsely
1 hot green pepper
2 garlic cloves, minced
spice (turmeric, cumin, cinnamon, black pepper, chili powder, paprika, and coriander)
3 lemon juice
1 cinnamon stick
2 cloves
1 dried black lemon
salt to taste
3 tbsp tomato paste
5 cup water
1 cup sunflower oil
Directions:
1- Sprinkle salt, cinnamon, turmeric, cumin, black pepper, coriander and lemon on the fish and marinate for 30 minutes in the fridge.
2- Heat the oil on medium heat and place the fish slices to gain a golden color on both sides and transfer it to a dish and set aside.
3- Take some of the oil (about 5 tbsp) you used with fish and place it in a pan, add the chopped onion and stir for minutes to golden, add garlic, turmeric, chili powder, paprika, cumin, salt, cinnamon stick and dried lemon and stir then add the tomato paste, tomato, and hot green pepper, stir then add water and fresh cilantro.
4- When the water is boiled add the fish and let it simmer for 10 minutes and transfer it to a dish 
Place the rice in the remaining water in the pan and once boiled lower the heat to low, cover and let it cook for about 20 minutes and stir, then add back the fish on top and cover for 3 minutes and turn off the heat.
5- Serve the rice topped with the fish, and... Bon Appétit :)


Fattush / arabic fattoush salad

Fattush / arabic fattoush saladPelengkap hidangan fish pilaf saya tengahari ini....

Bahan2nya

Iceberg salad- cut to medium size as you like (daun salad potong ikut suka)
Tomatoes- cut to medium cube (tomato potomg kiub)
Cucumbers- cut to medium cube (timun jepun potong kiub)
Fresh Parsley- chopped (parsley cincang)
Fresh Corianders leave- chopped (daun ketumbar cincang)
Fresh Mint- chopped (daun pudina cincang)
Salt to taste (garam secukup rasa)
Juice from 1/2 lemon (perahan lemon)
1 tbsp Apple vinegar (1 sb cuka apple)
2-3 tbsp Extra virgin olive oil (3 sb minyak zaiton)
Fry tortilla bread for garnished on the top*(ni tak letak) (roti tortilla goreng untuk hiasan di atas)

How to prepare:

Mix all in the bowl except *. Gaul semua bahan kecuali *. Put in and individual bowl/ plate and sprinkle with frying tortilla bread and serve with your favorite meal. Hidangkan di dalam bekas dan tabur tortilla.


Cendol

Cendol sedap buat sendiri...puas minum....kalau yang beli kekadang terlebih air kapur.....ada yang rasa hangit semacam.....

Ada resepi yang campurkan tepung jagung...tapi dua2 pun ok...jadi cendul yg sedap juga....

Yang ini saya guna gula apong teh C Peng dari sarawak tu....sedap sungguh jadinya...


Gula teh c peng....

Yang bawah ni saya guna gula melaka....warnanya kurang gelap....


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
kacau selalu supaya tidak hangit. 


Sediakan bekas yang berisi air sejuk.


Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.

Kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang atau atau plastik - potong bucunya dan picit dalam air. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....



Air cendul

santan pekat
Air gula melaka/merah/gula apong
cendul
garam
ketul ais

Satukan. Semua bahan. Sedia dihidang....



##############$$$$$$##############

Resepi berasaskan cendul...

Talam Cendol

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc./11x11 inc )
Lapis Bawah :-
225 g tepung beras (cap gajah)
1 sb tepung ubi
2 sk garam
800 ml santan cair(akak guna 300ml santan KARA+500ml air)
130 g cendol pandan - http://www.myresipi.com/top/detail/7398...atau beli cendol yg dh siap jual...
60 g kacang merah yg direbus empuk
60 g biji jagung direbus
60 g gula halus
Lapis Atas(Serikaya) :-
*600 ml santan pekat(akak guna 400ml santan KARA+200ml air)
*200 g gula melaka - dihiris halus
*50 g gula halus
*1/4 sk garam
5 biji telur
60 g tepung gandum
30 g tepung beras
Cara-cara
Masak bahan2 bertanda * untuk serikaya hingga gula larut.Tapis dan sejukkan.Ketepikan.
Panaskan kukusan dan masukkan loyang yg disapu minyak sekeliling.
Cara2 untuk lapisan bawah :-
Santan,tepung2 garam dan gula digaul rata dan masak hingga hampir pekat dan tuangkan cendol,kacang merah dan jagung dan gaul rata.Matikan api.
Tuangkan adunan terus ke dalam loyang yg telah dipanaskan dan kukus hingga masak atau selama 15 min.Sambil itu siapkan lapisan atas(serikaya)
Cara2 untuk lapisan atas (serikaya):-
Satukan *santan yg telah dimasak dgn gula tadi bersama telur dan tepung.Kacau hingga sebati dan tapis.Masak hingga adunan serikaya pekat atau masak kaedah double-boil supaya adunan tk mudah hangit pd dasarnya.
Apabila serikaya pekat,tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus lagi hingga adunan masak atau selama 20 min di atas api sederhana.
Biar kuih benar2 sejuk.
Bolehlah dipotong dan disajikan.

Puding/Agar-Agar Cendol

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam
Cara-cara
Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.