Pages

Monday, September 29, 2014

Nasi Arab terbaek gitew...(bukan akak masak tau....jadi no recipes....sowiiiiii)

Sekarang ni tengah ada hobby baru.....upload post pasal tempat makan yang sedap pada tekak saya yang memilih makanan tahap gaban nih..

Kalau pagi tadi saya dok promote masakan kat gerai yg saya suka singgah, tengahari ni nak criter pasal nasi arab yang saya makan untuk lunch arini.....puas hati makan....tokey dia tanya...any comment.....huhuhu...akak nak comment satu jer.....sedappppp...memang masakan arab sebenar....

Bukan bodek tapi ikhlas buat promosi tanpa bayaran nih.....kalau post ni di baca dan org ke sana maknanya rezeki tokey tu ler.....saya dapat saham akhirat pun cukup la...

Saya peminat tegar masakan timur tengah....kat blog ni pun banyak resepi arab yang saya cuba....dan sambutannya memang menggalakkan.....

Rajin gak sesekali cuba makan di restoran nasi arab ni tapi sesetengah tu kureeeeenggg authenticnya.....keciwa akak tau.....akak makan sebab nak tau rasa yang sepatutnya untuk satu2 menu tu.....resepi yang ada terutamanya kalau blog tempatan ni sesetengahnya dah diubahsuai ikut citarasa melayu sikit.......

Satu lagi fakta nasi arab yang orang kita selalu pukul rata.....setiap daerah atau negeri ada perbezaan resepi dan rasa masakannya.....macam kat m'sia jugak.....nasi jer ada macam2 rasa...

Saya pernah share satu N3 pasal bhaharat atau mix spice....lain tempat bahannya ada kelainan....

Contoh rempah ratus yang saya beli kat Bahrain, bila sembang ngan member orang mekah tu dia kata rempah ratus bahrain banyak pengaruh india....jadi penggunaan kunyit ada sikit lebih la...

Kedai ni pulak kalau tak salah hidangkan masakan syiria.....

Air lemonade nana tu pun kelas gitu sampaikan akak beli pudina ngan lemon sebab nak buat sendiri kat rumah ....ble minum puas2 gitew...
yang ni member order tapi lupa lak namanya....
Ini lamb kabsah....hubby punya...
This was mine......kebab and coselaw....

Korang nak tau ke kat mana kedai ni......

Dekat bukit jelutung, shah alam selangor jer....
Sama area dengan greenhill international school....cari kat google map mesti jumpa....sekali lagi takde koordinate gps...

Opppppsssss.....lupa lak nak kasi tau nama kedai....nih.....tengok gambar bawah ni jer la....malas nak taip...

Rega camna.......ermmmmm reganya pada saya berpatutan.....kalau tak percaya pegi la singgah......
JJCM dah sampai dulu kat kedai ni....

Kuih murah saiz besar

Hari ni saya terpanggil pulak nak cerita pasal harga kuih di pasaran....semakin hari semakin mahal dan saiz pulak srmakin kecil.....semua rasanya faham kenapa harganya mahal....dan masih membeli.....

Sekarang ni rata2 kuih dijual dengan harga 40 sen seketul. Saiznya pula comel2nya.....kira2 saiz dua kali gigit jer....tapi di kedai kak JJ ni kuihnya amat besar....karipapnya saja saiz tapak tangan saya.....donutnya pun besar gedabak.....harganya........cuma rm2 utk 5 ketul kuih tu.... Kat kampung pun takkan dapat harga ni dengan saiz sebesar itu....

Kedai kak JJ ni pernah kuar paper....sbb mee jawa dia yg sedap nih...tapi akak ni tak la pulak naikkan harga mcm dua tiga tempat yg pernah saya pegi....kuar jer TV atau paper terus naik harga....
Mee jawa kakak ni serve dia banyak....jarang saya mampu habiskan....
Saya dah 10 tahun kenal akak ni sbb selalu makan kat gerai dia......dia punya roti canai dulu masa arwah suami pertama dia buat sedap....tapi sejak suami dia meninggal saya tak pernah order roti canai.....

Gerai ni kalau tengahari ada jual sup tulang.....sebelum berpindah ke seberang parit (akibat projek melebarkan jalan) semangkuk sup  baru rm7....dan boleh share berdua ngan hubby.....air asam boi dengan teh bunga kakau tak silap boleh refill free of charge.... Lepas pindah ke dalam saya tak pasti tentang harga sup dan air sbb belum sempat lunch kat situ lagi...

Bila saya post pasal ni kat group fb ramai yang tanya lokasi.....ok la...saya bagi promosi percuma kat akak sebab masakan sedap dengan harga patut....nanti ada kesempatan saya bagi gps coordinatenya yer...

update: balik kerumah saya timbang kuih tu....karipap dia 145gm sebiji......donut pulak 128 gm sebiji.....besarkannnn...makan 1 dah cukup....

gerai kak JJ 

gerai warna pink di jalan paip meru klang. Bersebelahan surau....gerai kuih dia tepi jalan paip tu jer...

Sunday, September 28, 2014

Apam nasi

Dah lama tak buat apam nasi ni....tetiba rasa teringin pulak....makan dengan kelapa muda parut sedap....buat kuih ni utk sarapan besok pagi....

bahan2nya

~kisar halus~
2 cawan nasi
1 1/2 cawan gula
2 cawan air

~adun sebati bahan kisar dengan~
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket yis 

Perap adunan selama sekurang2nya 1 jam. Kacau adunan. Warnakan ikut citarasa.
Sementara itu panaskan air kukusan. Oles acuan  dengan sedikit minyak.....
Sudukan afunan ke dalam acuan dan deco ikut citarasa...
Kukus 10 - 15 minit. Pastikan punutup kukus dibalut dengan kain supaya wap tak jatuh atas apam.
Sejukkan sekejap apam selepas dikukus sebelum dikeluarkan dari acuan. Saya susun di atas redai untuk menyejukkan apam sebelum disimpan di dalam bekas supaya bahagian bawah apam kering...

Apam yg batch terakhir ni jadi tersengih...mungkin sebab adunannya diperap lebih lama....

Ikan masak gulai masam (Masakan Perak)

Masakan orang perak.....antara lauk kegemaran masa kecik....
Bahan2nya
5 ekor ikan bawal putih
1/2 biji labu air - kupas kulit, buang biji dan hiris
Boleh letak bendi juga
10 biji cili padi
3 biji cili merah
2 biji tomato belah 2/4
4 ulas bawang merah
1 ketul kunyit hidup
1 sb serbuk belacan  ( saya simpan belacan di bakar hingga kering dan dihancurkan)
2 batang serai diketuk
1 batang bunga kantan
Daun kesum (kali ni tak letak)
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa 
Air secukupnya

Cara2nya
Tumbuk cili, bawang, belacan dan kunyit hidup hingga lumat (tak perlu halus sangat)
Masukkan ikan, bahan tumbuk, serai, labu, bendi dan air ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam. Masukkan tomato, biarkan sebentar sebelum tutup api.
Ni hasil tuaian semalam dari ladang sekangkang kera....kunyit hidup...
Smlm semangat mengemas dan menyemai benih pokok.....terfikir nak cabut kunyit yg menjadi2 tu sbb stok kunyit hidup dah habis.....sekali belek kat pangkalnya rizom kunyit tu dah terkeluar2....korek sikit jer dah dapat banyak tu.....alhamdulillah sukanya hati....tak sia2 berbudi pada tanah...

Cendawan enoki celup tepung

Biasa kita goreng cendawan tiram tapi hati ni goreng enoki pulak....

Ni style xpress....

Cendawan enoki di potong pangkalnya dan dicerai2kan
Tepung goreng ayam segera
air untuk membancuh tepung

celup cendawan dalam adunan tepung dan goreng keperangan. Sesuai untuk minum petang...cicah dengan sos cili thai...

Sambal tomato dan pucuk ubi rebus

Kalau ada sayur rebus atau ulam, pelelengkapnya mesti ada sambal...baru la mak mentua lalu tak perasan bila makan....


Semalam dok minta pucuk ubi kerinting daripada jiran....petik sendiri kat kebun dia...best sungguh...tapi pucuk ubi ni sedap dimakan selepas sekurang2 sehari lepas petik...mungkin nak keringkn getahnya skit...

Yang istimewanya pucuk ubi ni, daunnya boleh dimakan hingga sekaki ke bawah...bukan pucuknya saja macam spesis pokok ubi lain...saya pun dah semai dalam 3 pasu...

Selebihnya amik gak batang ubi untuk ditanam kat keliling surau...

Untuk pelengkap saya hidang dengan sambal tomato..

Resepi sambal...

1 biji tomato besar potong dadu

3 biji cili masak

10 biji cili padi

Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk cili, garam dan gula hingga lumat. Masukkan tomato dan penyek2kan skit dengan lesung....dah siap...


Pucuk ubi rebus

daun ubi
air
garam dan gula

Didihkan air dlm periuk dan masukkan bahan lain. Rebus hingga lembut/empuk. Hidangkan bersama sambal pilihan...

Saturday, September 27, 2014

Kuih koci pulut hitam

Kuih koci ni kuih antara kuih kegemaran saya...adik beradik badak berendam jugak ni...

Sedap lemak berkrim gitu...



Buat bentuk kon dan bentuk cam lepat....bentuk kon tu biasa untuk orang2 belah utara dan perak....sebelum duduk kat selangor ni inilah koci bentuk kon yg saya kenal....dan koci tu pulak takde letak kuah santan tu...

Sekarang jom tengok resepinya.

Untuk Doh 

Bahan2nya

1 paket tepung pulut 
3 sb tepung pulut hitam
air secukupnya
sedikit garam
  
Gaul dan uli hingga jadi doh lermbut

Untuk inti

1 biji kelapa muda parut
gula putih secukupnya
paste pandan secukupnya
(Saya masukkan gula teh c peng perisa pandan kali ini)
Sedikit air
1 sb tepung gandum untuk memudahkan inti di bulat2kan....kali ni saya tak letak sbb inti ni serba guna...nak makan dengan pulut dan juga buat kuih lain.....
(Kalau musim durian bole letak isi durian...sedapnya)

Masak semua bahan kecuali tepung hingga hampir kering dan masukkan tepung.....masak hingga sebati. 


Kuah santan/dadih

3 cawan santan pekat
1 1/2 sb tepung gandum
garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan kacau sebati. Masak semua bahan hingga pekat. Sentiasa kacau menggunakan whisker. Sejukkan sebentar.

#####kuah santan/dadih ni ada yang sukat pekat2.....jadi boleh lebihkan tepungnya...


Bahan lain

daun pisang secukupnya dilayukan atas api atau jemur tengah panas....
minyak masak

#############

Cara menyediakan kuih koci

Ambil sedikit doh dan leperkan

Masukkan inti...

Tutup doh dan letakkan di atas daun pisang yang telah dioles dengan sedikit minyak.

Sudukan sedikit kuah santan/dadih....
Balut daun pisang macam lepat atau nasi lemak....
kukus hingga masak selana setengah jam...
saya guna kukus elektrik jadi lepas kukus saya tidur....pagi bangun dah masak dan sedia dimakan...


###########


Kalau nak daun cantik kekal hijau, kukus dulu kuihnya dalam loyang...dah masak baru balut pisang....jadi kekal la warna daunnya...

Atau pun

Selepas diisi inti, rebus macam buat buah melaka, bila dah timbul masukkan dalam dadih atau kuah santan dan  bungkus....

Atau pun 

kalau daun pisang tak cukup atau tak ada pun boleh buat cara ni....

Pepagi lagi dah habis tiga ketul saya ngap......

Hanith/haneth lamb/nasi arab hanith kambing

Dah siap nak makan nih....jemput yer...

Menu arab utk dinner malam ni....
resepi dah lama simpan....cnp dari blog lydia honey. Malam ni akhirnya menjadi juga.....

Sup kambing sedang disediakan.....

Sup daging

bahan2nya

750 g kambing (bertulang)
2 pcs bay leave
1 inch halia- diketuk sikit
1 biji bawang besar- belah 4
2 ulas bawng putih – diketuk sikit
1 btg cinnamom stick
5 kuntum bunga cengkih
1/2 tsp cumin powder
1/4 tsp cardamom powder
1/2 tsp black paper
1/2 tsp coriander powder
1 biji fresh tomato- buang kulit & di dadu besar
1 biji loomy( limau kering)- optional-tak letak pon tak per saja nak rasa masam, just gantikan ngan 1/2 biji jus lemon.
* Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus daging

cara2nya

Masukkan semua bahan ni dalam pressure cooker kecuali bahan * , rebus hingga daging benar- benar lembut dan empuk. Last sekali masukkan garam dan rebus lagi selama 5-7 minit. Ketepikan
Baru siap marinate.....

Lamb

bahan2nya

1 tbsp cumin powder- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 tsp serbuk kunyit..saya letak 1/2 tsp jer kureng kuning..
1 tsp coriander powder (serbuk ketumbar)
1tsp Arabic mixed spices
1-2 tbsp minyak masak

cara2nya

Letakkan kesemua daging yang direbus tadi ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas hingga ok, masukkan sedikit air sup tadi (di atas), dalam 1/3 cawan dan tutup aluminium foil rapat- rapat dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selama 10-15 minit jer. 

Sedia dibakar...
Batch pertama ni saya lupa nak letak sup jadi agak kering sikit...

Nasinya warnanya meriah....saya suker...saya suker...
Nasi

bahan2nya

2 cups basmathi- cuci, rendam ngan 1 tbsp garam selam 30 minit & toskan
1 tbsp tomato paste
1/2 tsp yellow food coloring
1 ketul kiub kambing MAGGI..kalu tak de amik air sup kat atas sikit buat rasa
3 kuntum bunga cengkih*
A pinch of cardamom powder..kalu tak de letak 2 biji jer*
1 btg kulit kayu manis*
1 tsp cumin powder*
1/3 tsp Arabic mixed spices
3 tbsp minyak masak
1/2 tsp rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras kan..

cara2nya

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap. Masukkan tomato paste dan pewarna, biarkan selama 1 minit. Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan amsukkan air panas secukupnya. Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit. Tanak seperti biasa..

Sup dan sambal salata hara

Maraq - tak buat pun 

Bahan2nya

1 biji bawang besar sederhan- di dadu kecil
2 ulas bawang putih- dadu kecil
100 ml tomato paste
1/3 cmt Arabic mixed spices
1/4 cmt cumin powder
Pinch of cardamom
1-2 cmb minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 kib pati ayam/lembu. kambing MAGGI
Sedikit fresh coriander untuk tabur
Sayur pilihan (kentang* @ carrot* @ terung*-dadu medium @ kacang bendhi @ kacang buncis)- ikut taste korang atau campur 2-3 jenis sayo di atas pon ok tapi jangan banyak pulak

cara2nya

Tumiskan bawang hingga naik bau, msukkantomato paste, Arabic mixed spices, cardamom dan cumin powder..goreng selama 1-2 minit dan masukkan air serta syuran pilihan anda. Bila sayuran dah masak/ empuk masukkan garam dan kiub MAGGI. Renehkan selama 5-7 minit dan taburkan sedikit fresh corainder jika ada dan tutupkan api. 

Salsa tomato (saya buat salata hara yg masukkan daun ketumbar tu)

Bahan2nya

1 biji fresh tomato- buang kulit
1 biji bawang besar- medium saize
1 biji capsicum hijau/ cili hijau/ cili api-ikut suka
Jus lemon ikut kemasaman yg di ingini
Garam secukup rasa

cara2nya

Blend semua bahan hingga hancur dan simpan dalam peti sejuk

Tarararrararaaaa siap…………. Masa untuk bersantap, hidangkan semua ni bersama salad pilihan anda. 


Note:- Nampak jer susah dan renyah..tapi percayalah sedap dan senang kalu ikut steps saya ni..
1)rebus daging/sup..sementara tunggu daging empuk prepare…
2)nasik.. sementara tunggu nasik masak prepare…
3)maraq.. sementara tunggu maraq masak prepare…
4)salsa
5)bila semua dah ok bakar daging jap dalam oven..

Mint lemonade/limonana

Hubby dok crite sheikh arab yang duduk kat surau tu ajar dia minum lemonade pudina.....so balik dari tanjung malim terus singgah giant beli daun pudina memandangkan yg kat rumah ni dah pupus akibat kemarau aritu...tengah re-plant.....harapnya hidup subur macam dulu.

Sedap sangat ...saya minum letak ais...hubby tak...kalau ikut nak lagi sedap blend dengan kiub ais terus...

bahan2

sebiji lemon diambil jusnya
segenggam daun pudina (nak letak lebih sikit pun ok)
gula secukup rasa
2 cawan air masak

Kisar halus. Hidang sejuk atau begitu saja.

Jus K Lime / key-lime juice

Sedap air ni.....masam2 manis....katanya lagi lama diperam lagi sedap....

Resepi dikongsi oleh Kamariah Razak group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Resipi K Lime


Limau Kasturi (gred A paling baik)

Pastikan anda melapik tempat penyediaan dahulu sebelum mulakan tugas ye....gunakan alas plastik yang bersih/ Siapkan bekas untuk di isikan limau



Asam Boi (tanya kat kedai Gred A) cuba cari yang xbanyak garam dan bukan yng warna putih keras tu. 



Gula pasir

Cara2 

1. Basuh limau dan tos hingga kering



2. Taburkan gula dalam bekas penyediaan sebagai base.


3. Potong atas limau jgn sampai putus.

4. Cuba keluarkan sebanyak mana biji nye yang boleh..tak dpt keluarkan semua x de masalah.


5. Sumbatkan asam boi dalam limau. Sila pastikan asam boi lebih kecil dari buah limau baru cantik.



6. Susun atur limau yang telah disumbat ngan asam boi dalam bekas lapisan gula.



7. Tabur lagi gula atas limau yang telah siap disusun. Buat urutan limau, gula, limau gula hingga habis. Lapisan paling atas penuhi ngan gula.

8. Setiap kali buat penyediaan, jgn buang jus limau yang keluar atas lapik plastik or container yang digunakan. Masukkan dalam bekas limau yang telah disumbat. Pastikan hanya jus limau yang dimasukkan. Jgan sekali2 campurkan air ye.

9. Selesai tutup bekas ketat - nak peram berapa lama ikut suka. Ada air jus banyak kuar dah boleh makan. dalam 3 - 4 hari pun kadang dah jadi- saya sentiasa balut ngan cling wrap supaya tidak berair dan bergula container. 

Jika anda dapati ada kulat bermakna penyediaan anda tidak cukup gula. So pandai2 le adjust mana yang patut. Buang kulat tu tambah gula lagi insyaallah sihat lah limau tu.

Selamat mencuba.


Update sehari selapas: 

Selepas sehari di perap jusnya mula keluar...ada 3 hari lagi masa menunggu untuk menikmati jus lazat ini....


****************************

Cara bila chah ke dapur sedikit berbeza....limau direbus hingga memekat dan sedia dinikmati tanpa perlu diperam beberapa hari......lain kali nak cuba cara ni pulak dan tengok perbezaan hasilnya...

Bahan-bahan:

Limau Kasturi
Asam Boi
Gula
Air

Cara-cara:

Potong limau kasturi di pangkalnya.

Sumbat sebiji asam boi dengan lafaz Bismillah.

Rebus dengan api perlahan. Masukkan gula dan rebus hingga agak pekat.

Untuk nikmatinya, campur dengan air dan ais.